Monolog kata hati ku yang sering kali disalah anggap akan kebenaranya dengan kepalsuan. Lebih dalam engkau pergi, lebih gelap tempatnya yang engkau baca. Boleh kah engkau nampak isi hati ku di tempat yang sunyi dan suram ini? Hanya mata dari hati mu...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Ada seorang wanita solehah yang bernama Samsiah. Memandangkan suami Samsiah seorang Ustaz, dia sedaya upaya menjadi isteri yang baik dengan mentaati suaminya itu. Dia juga bertudung labuh, berlitup serta menjaga auratnya sepanjang masa.
Pada satu hari, suaminya itu menceraikan dia dengan talak 3 secara tiba-tiba.
Terkejut Samsiah dengan tindakan suaminya itu.
Walaupun dia sudah bertungkus-lumus menjadi wanita yang solehah terhadap suaminya, dia masih juga diceraikan juga oleh suaminya sedemikian rupa. Samsiah bersedih lalu bertanya berkali-kali kepada suaminya, mengapakah dia diceraikan sebergitu sekali?..
Namun, suaminya itu enggan memberitahu sebabnya dan terus-menerus mendiamkan diri serta meninggalkan wanita tersebut bergitu sahaja.
10 tahun kemudian, Samsiah terserempak semula dengan bekas suaminya. Kali ini bekas suaminya itu mempunyai 4 orang isteri yang cantik-cantik dan solehah. Samsiah dengan bengis pergi ke arah bekas suaminya itu serta berkata...