NYAMUK

75 8 0
                                        

Semenjak dua menjak ni, banyak betul nyamuk gigit gua. Gatal betul nyamuk ni kan nak gigit-gigit gua (memandangkan kajian saintifik yang mengatakan nyamuk penghisap darah adalah betina).

So, gua saja-saja la tanya member gua yang belajar medic ni apehal nyamuk suke gigit gua. Nama ja student medic, tapi hisap rokok. Dia bagi jawapan, yang berkemungkinan darah gua berjenis B sebab darah jenis B ni manis. Tak paham betul gua dengan bebudak medic ni. Diorang ni dracula ke hape?

Gua masih tak berpuas hati dengan jawapan member gua tadi. Gua tengok muka dia pun dah mula nak menyeringai. Sebelum dia bertukar jadi Pontianak, lebih baik gua bla cari member lain.

Lepas tu, gua pegi berjumpa pulak dengan bebudak veterinar dan gua pun mengajukan soalan yang sama. Lagi celaka jawapan diorang. Diorang kata gua ni banyak makan pisang, sebab tu nyamuk suka gigit gua. Diorang nak samakan gua dengan beruk kat zoo la tu. Lahanat sungguh.

Selepas menampar muka student veterinar tadi sampai berbirat, gua masih lagi tak dapat jawapan kenapa nyamuk suka gigit gua.

Jadi, gua buat spekulasi sendiri yang semua terjadi ini adalah ketentuan allah sebab orang melayu ni kalau dah buat salah suma bende dia nak ketentuan allah. Cuma yang bezanya, nyamuk tu yang buat salah, bukan gua. Heheh.

Ni satu lagi perangai orang melayu, kalau dah buat salah mesti nak salahkan orang lain.

*gua syak nyamuk yang gigit gua tu berbangsa melayu*

TIADA SIAPA DI SINITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang