Suhaila mendongak ke arah langit. Sungguh indah malam ini. Bintang-bintang bertaburan menghiasi dada langit. Bulan bersinar dengan megah malam ini. Alangkah indahnya kalau hatinya juga begitu. Namun dia pasti hatinya sedang gelap ibarat mendung hitam yang sarat dengan air.
Dia mula terasa sejuk bila angin malam menampar pipinya. Sudah lama dia berdiri di situ. Perutnya sudah mula berkeroncong. Dia terpaksa menginap di hotel memandangkan dia sudah menempahnya awal-awal. Bilik hotel ini dia tempah untuk menjadi tempat penginapan kawan-kawannya. Namun nasib tak menyebelahinya apabila tunang tersayang memutuskan hubungan mereka sekaligus membatalkan pernikahan yang dirancang.
Sepatutnya saat ini dia sedang bersanding dengan Saiful di ballroom hotel ini. Tapi apa dayanya semua yang dirancang tak menjadi. Dia pun tak pasti kenapa Saiful tiba-tiba memutuskan hubungan mereka. Keluarga Saiful sendiri datang berjumpa ibu angkatnya di asrama anak yatim untuk memutuskan pertunangan mereka. Manakala Saiful memilih untuk berdiam. Puas dia cuba menghubungi Saiful tapi gagal.
"Kau kuat Su. Suhaila kuat. Chaiyok! Chaiyok!" Susila mengucapkan kata-kata semangat kepada dirinya sendiri. Dia sudah penat menangis. Takdir Allah menentukan dia bukan suri hidup Saiful.
"Jom kita pergi makan." Suhaila mengambil tas tangan yang diletakkan di atas kerusi. Dia berazam untuk membuang semua kesedihan dia hari ini. Lupakan Saiful yang menyakitkan hati. Mungkin jodohnya belum sampai lagi.
Suhaila tiba-tiba tergerak hati untuk melihat ballroom yang sepatutnya menjadi tempat pertandingannya hari ini. Niat untuk keluar makan ditangguhkan dulu. Kakinya melangkah ke Ballroom Matahari. Mungkin ada majlis orang lain sedang dilangsungkan. Majlis yang dirancang hari ini diuruskan oleh keluarga Saiful sepenuhnya kerana dia anak yatim.
Mata Suhaila terbuntang melihat imej yang dia lihat pada bunting yang di letakkan di luar dewan. Kakinya tiba-tiba menggigil. Seluruh tubuhnya menggeletar. Betul ke apa yang dilihatnya. Dia berharap apa yang terjadi hanyalah mimpi. Perlahan-lahan Suhaila melangkah masuk tanpa di sedari sesiapapun.
"Tahniah Karlisa... Selamat pengantin baru Saiful dan Karlisa. Korang kawan baik aku tapi terlupa nak jemput aku datang." Suhaila tak dapat menahan air matanya dari jatuh. Saiful bekas bakal suaminya bersanding dengan kawan baiknya sendiri.
"Su... aku...aku." Karlisa tergagap-gagap bersuara. Saiful tunduk.
"Ini impian perkahwinan aku Lisa. Kau sepatutnya jadi pengapit aku hari ini bukan pengantin!" Tempik Suhaila.
Hatinya remuk melihat pasangan merpati dua sejoli yang sedang bersanding. Kenapa dia harus menyaksikan drama terhebat ni. Kenapa dia yang dipilih untuk melalui semua ini.
"Bukan salah dia. Saya yang meminang dia." Saiful membela isterinya.
"Kalau korang bercinta kenapa tak cakap awal-awal. Aku boleh undur diri. Kenapa korang sanggup sakitkan hati aku. Apa alasan awak putuskan pertunangan kita Saiful." Suhaila mahukan penjelasan.
"Saya nak perempuan yang jelas asal-usul dia jadi isteri saya. Awak tak ada asal usul."
Suhaila sudah jangka itu alasan Saiful. Dia dibesarkan di rumah anak yatim. Dia tak kenal siapa orang tuanya. Tapi Saiful tahu semua tu dan tak kisah pun. Sekarang apa alasan sebenar Saiful.
"Awak dah tau kan saya anak yatim kenapa baru sekarang isu ni timbul?" Suhaila tak puas hati.
"Tapi awak tak beritahu saya yang kemungkinan mak awak pelacur. Orang yang hantar awak kat rumah anak yatim tu pelacur!" Saiful berdiri. Dia tak berniat untuk mengaibkan Suhaila. Dia pernah sayangkan Suhaila.
Suhaila diam. Hanya tiga orang di dunia ni tahu hakikat itu. Dia, ibu dan juga Karlisa. Ibu sudah pesan jangan beritahu sesiapa.Ini aib dia. Ibu pun tak pasti pelacur yang menhantar dia ke rumah anak yatim ibu kandungnya atau tidak. Tapi dia beritahu Karlisa sebab dia sudah anggap Karlisa seperti saudara sendiri. Sampai hati Karlisa. Sanggup Karlisa tikam dia dari belakang.
"Lisa... kau pernah cakap kau terhutang nyawa dengan aku tapi kenapa sekarang kau sendiri sanggup tikam aku. Kau dah bunuh aku Lisa. Kau bunuh jiwa aku. Kau cabut nyawa aku Lisa." Suhaila pandang tepat Karlisa dengan mata yang berkaca. Dia tak sangka ini semua akan terjadi. Dia dikhianati kawan baiknya sendiri.
Karlisa menangis teresak-esak. Kerana dengki dia membongkarkan aib sahabatnya sendiri. Suhaila pernah menyelamatkan nyawanya dulu. Dia hampir mati lemas kalau tak kerana Suhaila selamatkan dia. Tapi dia mencintai Saiful dalam diam. Dia tersiksa melihat kebahagiaan Suhaila. Dia cemburu. Menurut ibunya dia boleh miliki Saiful kalau bersungguh. Dan sebulan lalu dia berjaya membuatkan Suhaila dan Saiful putus tunang.
"Aku takkan maafkan kau sampai bila-bila Lisa walaupun nyawa kau kan leher sekalipun." Suhaila pandang tepat Karlisa yang sedang menangis. Saiful cuba untuk berkata sesuatu namun Suhaila sudah berpaling.
Suhaila benci untuk terus lama-lama di situ. Muak dia lihat wajah sombong Saiful. Kalau dia berdiri lebih lama mungkin dia hilang sabar dan buat sesuatu yang lebih teruk. Suhaila turun dari pentas. Matanya terlihat kek setinggi lima tingkat di hadapan meja pengantin.
"Kek ni aku yang pilih Lisa. Kau tak berhak potong kek ni!" Dengan sepenuh tenaga Suhaila menolak kek berwarna pink putih di atas meja. Kedengaran jeritan dari meja hadapan. Suhaila pandang tajam keluarga Saiful. Hipokrit sungguh mereka semua ni.
"Tak nak menantu tak ada asal usul tapi sanggup pula terima menantu yang suka tikam belakang macam Lisa tu. Semua yang ada kata sini hati-hati sikit jangan begitu rahsia apa-apa lat perempuan tu. Mana tau esok lusa dia jaja rahsia tu pulak!" Sengaja Suhaila menguatkan suaranya di hadapan keluarga Saiful dan Karlisa. Alang-alang Karlisa sudah buat jahat dia pun dengan senang hati balas.
Terdengar raungan Karlisa dari atas pelamin. Suhaila langsung tak pandang belakang. Berpasang-pasang mata memandangnya dengan penuh tanda tanya. Pandai-pandailah Saiful nak terangkan. Hatinya sudah hancur berkecai. Semangatnya sudah hilang. Dia seakan mati di situ.
YOU ARE READING
KAULAH TAKDIRKU
Romancecuba menulis cerita kahwin paksa yang konon-konon lain dari yang lain. tiada istilah kahwin paksa kerana semua jodoh datang dari Allah. Ikuti kisah Suhaila dan Khalish dalam mengemudi rumah tangga mereka.