Kaulah Takdirku 10

1.3K 47 14
                                    

"Aku lapar..." Suhaila duduk di sebelah Khalis. 

"Ingatkan nak berkurung dalam bilik tu sampai malam." Khalis sindir Suhaila. Dia menunggu di ruang tamu dengan penuh rasa risau. Entah apa yang di buat isteri segeranya di dalam bilik. Dia tak kisah kalau Suhaila tidur atau apa. Dia cuma kisah kalau betul-betul Suhaila tak boleh teruskan hidup macam semalam dan terus bunuh diri.

"Janganlah bising sangat. Aku lapar ni. Nanti aku potong-potong jari kau masak sup jari baru tau." 

"Amboi. Dia ajak kita lepas tu ugut kita pulak. Kau nak masak sup pakai apa kalau rumah aku ni satu periuk pun tak ada." Khalis tak mahu kalah. Perempuan ni acah-acah garang tapi diam-diam nangis sorang-sorang. Suhaila tak perasan agaknya hal malam semalam.

"Belikan aku satu periuk. beli yang kecik je cukup. Boleh buat masak air dengan rebus maggie sudah. Buang duit je aku beli barang semalam."

"Beli sendiri."

"Kedekutnya... aku tak ada duit tolonglah belikan." Suhaila sedikit merayu. Memanglah dia tak ada banyak duit sekarang ni. Duit simpanan dia habis buat bayar syarikat. Dia tak fikir panjang terus hantar surat perletakan jawatan. Nak harap Mak Cik Esah bayar duit hutang dia bagaikan mimpi di siang hari agaknya.

"Kau memang sengaja nak perangkap aku kan malam tu. Mentang-mentang aku kaya kau suka-suka je rancang tangkap basah diri sendiri. Kau tau tak kau dah musnahkan hidup aku. Aku tak rela kahwin dengan orang takde maruah macam kau ni."

Suhaila pandang tepat muka Khalis. Dia tak mampu bersuara. Mungkin kalau dia menafikan sekalipun Khalis tak akan pernah percaya. Sampai sekarang dia tak tahu bagaimana dia boleh termasuk ke dalam bilik Khalis. Tapi tuduhan Khalis melampau. Dia masih ada maruah dan harga diri.

Pang! Satu tamparan mendarat di pipi Khalis. Khalis terkejut. Dia raba pipinya yang perit. Mata Suhaila sudah basah. 

"Kalau pun kau tak nak bawak aku makan dan tak nak belikan aku periuk tak payahlah cakap aku tak ada maruah. Kau ingat aku kemaruk sangat ke nak kahwin dengan kau. Tak ada masa aku nak tambah masalah dalam hidup aku ni!" Suhaila kelihatan sangat marah. Dia tak pernah minta nak kahwin dengan sesiapapun. Hatinya masih terluka dengan pengkhinatan Saiful.

Suhaila menghilangkan diri ke bilik. Khalis raba pipinya lagi. Suhaila nampak marah sangat. Salah dia kerana cakap Suhaila tak ada maruah. Tapi kalau Suhaila gadis yang baik macam mana Suhaila boleh masuk ke dalam biliknya. Dan siapa sebenarnya yang beritahu papa.

Tak lama kemudian Suhaila keluar. Dia telah menukar pakaian dan tudung. Khalis tegak berdiri. Nak ke mana pulak perempuan ni.

"Kau nak pergi mana?"

"Aku nak pergi cari makanan lepas tu pergi cari kerja. Aku lupa yang aku ni tak ada sesiapa pun dalam dunia ni. So kenalah usaha sendiri. Aku mintak maaf sebab dah susahkan kau untuk dua tiga hari ni. Izinkan aku tumpang rumah kau ni sampai aku mampu cari tempat tinggal sendiri." Suhaila cuba berlagak tenang. Sebenarnya dia masih belum kuat untuk berdiri. Dia masih lemah dan sakit. Sakit hati yang dia tanggung membuatkan dia ingin terus tidur. Dan kalau boleh biarlah dia tidur selamanya.

"Suhaila tunggu..." Khalis menarik lengan Suhaila.

"Lepaslah..." Suhaila cuba meronta. Tapi apa daya dia bila Khalis menarik seluruh tubuhnya. Khalis memaksa dia untuk duduk di sofa. Sementara Khalis berdiri di hadapan Suhaila.

"Kau dah kenapa. Kau tak nak bawak aku makan takkan kau nak halang aku keluar sendiri pulak. Kau memang nak aku mati kat sini ke?" Suhaila geram. Semuanya serba tak kena hari ini. Dia sedar dia banyak melepaskan geramnya pada Khalis. Dia marahkan Saiful tapi Khalis yang kena.

"Kenapa kau tampar aku?"

"Sebab kau cakap aku tak ada maruah. Jangan kau ingat kau ada nama ada harta semua perempuan berebutkan kau. Aku tak nak lelaki buaya macam kau. Aku nak lelaki yang boleh bawa aku ke syurga. Aku tak nak jadi perempuan Tengku Kaz."

Khalis diam. Memang salah dia terus menuduh Suhaila. Tapi takkan tak ada penjelasan langsung macam mana Suhaila boleh masuk ke biliknya. Takkan betul kata papa ini semua rancangan takdir. Takkan dia nak habiskan sepanjang hidupnya dengan perempuan yang dia tak suka.

"Aku minta maaf... Tolong jangan menangis lagi." Khalis merendahkan egonya kerana Suhaila. Entah kenapa ringan saja mulutnya meminta maaf. Selama ini kalau ada perempuan yang menangis atau merayunya dia abaikan sahaja.

"Suka hati aku lah nak menangis ke apa."

"Aku tak tau kenapa dari pagi tadi sampai tengah hari ni kau asyik menangis. Aku rasa kat bilik tadi pun kau nangis jugak kan. Takkan pasal kena cium pun nak nangis macam kena rogol. Yang sekarang kau nangis aku fahamlah. Kau marah kat aku."

Suhaila tunduk. Dia tak tahu jawapan apa yang dia harus berikan pada Khalis. Perlu dia beritahu Khalis yang dia sedang kecewa dikhianati sekarang. Atau perlu dia beritahu hatinya yang mula sembuh kembali berdarah melihat Saiful dan Karlisa pagi tadi. Dan perlu ke dia beritahu Khalis lelaki yang sepatutnya jadi suaminya sedang bermesra dengan sahabat baiknya. Membayangkan itu semua dia jadi sebak. Membayangkan Saiful bersama dengan Karlisa dia rasa cemburu dan sakit hati.

"Nangis lagi... Kenapa ni?"

"Aku lapar."

Khalis menarik nafas. Itu saja ke sebabnya kenapa Suhaila menangis. Dia pun lapar juga sebenarnya. Dia belum makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Kasihan pula dengan Suhaila yang sudah dua kali mengadu lapar.

"Pergi cuci muka. Aku nak tukar baju dulu. Tapi sebelum tu..." Khalis tunduk dan mencium dahi Suhaila.

"Aku akan pastikan kau jadi salah seorang perempuan Tengku Kaz. Aku akan buat kau jatuh cinta dan menyerah pada aku," bisik Khalis di telinga Suahaila. Suhaila tergamam dengan ciuman Khalis. Makin berani nampaknya lelaki ni.

"Suka hati kaulah. Kau ingat senang nak buat aku jatuh cinta." Suhaila tak mahu kalah.

Khalis senyum. Setakat ni dia tak pernah gagal menundukkan mana-mana perempuan yang dia suka. Tapi tak ada seorang pun perempuan yang mampu menundukkan dia. Takkan susah kot nak tundukkan isteri segeranya ini. Nampak kuat tapi hati tisu. Nampak sangat garang yang dibuat-buat Suhaila.

"Sebelum aku makan jari kau baik kau pergi cepat tukar baju."

"Ok...ok..." Khalis senyum dan terus berlalu masuk ke dalam bilik. Suhaila tarik nafas lega. Dia rasa jantung dia dah menari lagi lagu aserehe.

Suhaila keluar ke balkoni. Dia kena fikirkan sesuatu.  Dia tak mungkin betah tinggal di situ bila tahu Saiful yang jadi jiran mereka. Dia nampak pandangan Saiful pagi tadi. Pasti Saiful sudah menyangka yang bukan-bukan. Hal pernikahan dia dengan Khalis tiada siapa yang tahu. Tapi bukan ke sepatutnya Saiful pergi bulan madu. Dia yang tempah pakej bulan madu di Bali.

"Hoi... Nak pergi makan ke tak nak ni?" jerit Khalis

KAULAH TAKDIRKUWhere stories live. Discover now