"Kau ada kunci spare tak?" tanya Suhaila sebaik sahaja ternampak muka Khalis. Memang Khalis nampak hebat dengan sut pejabat. Tak hairanlah kalau perempuan tergilakan dia. Rupa hensem poket pun tebal. Apa dia suka pada Khalis matanya yang setajam helang dan lekuk di pipi Khalis yang nampak comel.
"Nak buat apa kunci spare?"
"Aku nak keluar ada hal. Takkan aku nak tinggal rumah ni tak berkunci."
"Kau ni tak boleh duduk dalam rumah diam-diam ke?"
"Kau saje kan nak tengok aku mati kebuluran kat sini. Senang kau dapat tittle duda tak payah ceraikan aku."
Khalis mati kutu untuk berlawan bicara. Lagi-lagi soal kebulur dia buat modal. Tapi memang betul pun. Dia kalau bekerja boleh sampai lewat malam. Apa-apa jadi kat perempuan ni nama dia jugak yang dalam bahaya. Khalis beredar masuk ke dalam bilik.
Suhaila menarik nafas lega. Kehenseman yang boleh membunuh. Bahaya kalau dia terus berdua dengan Khalis. Boleh terjatuh hati. Selepas subuh dia menunggu Khalis untuk meminta kunci. Dia ingatkan Khalis akan bangun awal tapi biasalah perangai anak boss. Pukul sembilan baru nak keluar rumah.
Dia perlu ke pejabat untuk menghantar surat perletakan jawatan. Dan perlu menguruskan beberapa perkara lain. Dia perlu balik ke rumah mengambil laptop dan kereta.
"Nah kunci... Kau ada kereta tak?" Khalis tiba-tiba muncul. Suhaila angguk.
"Kereta apa. Mesti kereta kancil kan." Khalis meneka. Suhaila diam. Tahulah orang kaya. Mesti pandang hina orang miskin.
"Kenapa kalau aku ada kereta."
"Nak bagi remote control ni. Parking kat tingkat satu. Tapi malulah kereta kancil nak parking sebelah porche aku."
Suhaila rasa nak telan Khalish hidup-hidup. Kalaulah Khais ni burger mc chicken dah lama dia kunyah sampai lumat. Kenapalah perangai baik Tengku Zabidi tak menurun kat anak dia. Perangai mohon penampar je.
"Tak kisahlah kereta apa pun asalkan ada kereta." Suhaila rampas kunci dan remote dari tangan Khalis.
"Aku nak pergi kerja dulu. Kau duduk free kat rumah ni pandai-pandailah balas budi," ujar Khalis tersengih-sengih. Sempat lagi dia melambai tangan sebelum menghilang di sebalik pintu.
Suhaila rasa lega. Khalis dah keluar dia boleh mengemas rumah. Selepas mengemas rumah dia perlu ke pejabat. Entah pukul berapa Khalis akan balik dia tak pasti. Nampaknya dia perlu biasakan diri hidup dengan lelaki yang tak cintakan dia. Perkara pertama yang perlu dia buat adalah mengemop rumah.
"Kamu pasti dengan keputusan kamu."
Suhaila angguk. Dia memang dah tekad untuk berhenti kerja. Tak mungkin dia masih mampu berdepan dengan Karlisa di syarikat ini. Dia tak mahu masalahnya akan menjejaskan syarikat.
"Saya memang tak boleh nak sambung kerja Tan Sri... Karlisa bukan setakat rampas bakal suami saya tapi dia dah musnahkan kerjaya saya. Saya terkejut bila Badrul tunjukkan floor plan pagi tadi. Itu hasil usaha saya Tan Sri." Suhaila rasa dia memang tak akan mampu memaafkan Suhaila.
"Silap saya juga sebab tak periksa dulu floor plan tu. Saya pun kenal kerja kamu macam mana. Tapi saya dah submit pada Syarikat Nusa Kiara dan mereka dah pilih design tu. Saya betul-betul minta maaf. Badrul pun beritahu saya dah lambat." Tan sri Azman Hashim tak malu untuk mengakui kesalahnnya. Hasil usaha Suhaila mereka bentuk Bandar terancang Eco Iskandariah telah di tiru oleh Karlisa. Dia pasti rekaan yang diambil Karlisa adalah rekaan yang dia buang.
"Tak apalah Tan Sri saya anggap ini semua dugaan buat saya." Suhaila bersuara tenang. Cukuplah dia bersedih kerana pengkhianatan Karlisa. Memang dia tak sangka kerana cinta manusia jadi buta mata dan hati. Karlisa yang nampak lembut dan baik menyimpan dendam padanya.
YOU ARE READING
KAULAH TAKDIRKU
Romancecuba menulis cerita kahwin paksa yang konon-konon lain dari yang lain. tiada istilah kahwin paksa kerana semua jodoh datang dari Allah. Ikuti kisah Suhaila dan Khalish dalam mengemudi rumah tangga mereka.