"Sah."
Begitu mudah urusan pernikahan mereka. Khalis dan Suhaila telah selamat diijabkabulkan. Tanpa majlis yang grand dan baju yang cantik mereka dinikahkan di pejabat agama. Suhaila menangis teresak-esak. Dia tak rela menikah dengan orang yang baru dia kenal. Kenapa urusan pernikahan mereka menjadi terlalu mudah.
"Tak payah nak drama sangat. Aku tau kau orang suruhan mak tiri aku. Kau sengaja nak perangkap aku kan."
Suhaila bingung. Kenapa suami segeranya asyik menyebut nama mak tiri. Dia tak ada kena mengena langsung dengan sesiapa pun. Dia masih lagi bingung bagaimana dia boleh masuk ke dalam bilik yang salah. Dan bagaimana pula kunci magnetik boleh membuka pintu bilik suami segera dia.
"Ambik ni..." Khalis menghulurkan sebuah kotak baldu berwarna merah. Suhaila tak cakap banyak menyambut pemberian Khalis. Dia membuka kotak itu. Seutas gelang tangan terdapat dalam kotak itu. Suhaila pandang Khalis.
"Aku tengok gelang tu cantik. Aku beli sebab aku nak bagi seseorang. Tapi dah jadi rezeki kau. Ni cek sepuluh ribu. " Khalis hulurkan sekeping cek tanpa memandang Suhaila. Suhaila tak rasa tersinggung. Dia faham kalau Khalis tak sukakan dia. Dia pun tak sukakan Khalis. Dia baru kenal Khalis dua jam lepas.
"Aku rasa urusan kita dah selesai. Aku akan anggap semua ni tak pernah terjadi. Aku tak kenal kau dan kau kenal aku."
Suhaila seperti orang bodoh ditinggalkan keseorangan di hadapan pejabat agama. Waktu sudah melepasi tengah malam. Dia menikah pada tarikh yang dia pilih 1.6.2016 tapi bukan dengan lelaki pilihan hatinya. Dia menikah dengan seseorang yang dia langsung tak kenal.
Pin! Pin! Suhaila terkejut dengan bunyi hon sebuah kereta di seberang jalan. Tingkap diturunkan dan seorang lelaki agak berusia menjengulkan muka. Walaupun keadaan agak samar-samar dia kenal lelaki itu. Lelaki yang Khalis panggil papa tadi. Lelaki inilah yang bertegas mahukan mereka berkahwin. Siap ugut lagi hidup tak akan selamat.
"Khalis tinggalkan kamu seorang kat sini?"
Suhaila angguk.
"Naik."
Tanpa membuang masa Suhaila mengikut arahan yang di beri. Dia pun seram sebenarnya nak berjalan seorang-seorang di waktu begini. Dah nama bapak mertua takkan dia nak buat sesuatu yang jahat. Pemandu membukakan pintu kereta di sebelah belakang. Suhaila duduk di sebelah bapa mertuanya. Suhaila diam memandangkan bapa mertuanya juga tak bercakap. Suasana senyap sepanjang perjalanan.
Mereka tiba di sebuah rumah banglo yang agak besar. Suhaila ternganga sekejap. Reka bentuk rumah ni dia biasa tengok dalam majalah saja. Mati hidup balik pun dia tak akan mampu memiliki rumah sebesar ni. Kereta di parking di perkarangan rumah.
"Puan kita dah sampai." Leka memerhati Suhaila tak perasan mereka dah sampai. Pemandu tadi memanggilnya puan. Pelik rasanya bertukar pangilan dari cik ke puan saat hati terluka.
Pemandu membukakan pintu kereta. Bapa mertuanya sudah menunggu di pintu. Ada seorang perempuan separuh umur menunggu di depan pintu.
"Ini ke budaknya?" tanya perempuan itu.
"Ini isteri Khalis..."
Isteri Khalis. Rasa macam pelik rasanya. Suhaila bersalam dengan perempuan itu. Sepatutnya dia bergelar isteri Saiful bukan isteri Khalis. Tapi takdir menentukan dia jadi isteri Khalis.
"Kenapa abang paksa dia... nanti dia tambah marah dengan kita."
"Biar dia bertanggungjawab sikit dengan perbuatan dia." Bapa mertuanya nampak marah.
"Saya salah masuk bilik. Saya tak buat apa-apa pun dengan dia." Suhaila menyampuk. Rasanya dah berkali-kali dia beritahu perkara ini. Suhaila kecut perut bila dua pasang mata merenungnya. Tak boleh nak menyampuk ke. Suhaila mengendur dan tunduk merenung kaki.
"Kita masuk dulu bincang."
Suhaila mengikut mereka masuk. Dia dah ibarat rusa masuk kampung sekarang. Kalau tengok dari luar dah menganga. Sekarang rahang dia nak terjatuh sebab tengok dalam rumah. Memang cantik. Suhaila terpandang satu gambar potret yang sangat besar di sudut ruang tamu. Dia melopong kagum. Potret keluarga tokoh perniagaan yang menjadi idolanya Tengku Zabidi.
Suhaila pandang bapa mertuanya berkali-kali. Tangannya menunjuk ke arah gambar. Dia ingin bertanya sesuatu tapi mulutnya seakan terkunci. Lututnya menggigil. Takkan bapa mertuanya Tengku Zabidi. Tapi orang dalam gambar memang sama dengan bapa mertuanya. Ini bermakna suaminya adalah playboy termasyhur di Kuala Lumpur Tengku Khalis Aiman Zabidi atau nama glamor Tengku Kaz.
"Kamu dah tau siapa suami kamu?" Tengku Zabidi sudahpun duduk di sofa. Perempuan pertengahan umur tadi sudah tentu isterinya Puan Sri Azrina. Kata orang Puan Sri Azrina ni asalnya orang gaji Tengku Zabidi. Tapi itu cerita sebelum Tengku Zabidi menceburkan diri dan dunia perniagaan.
"Ya Allah suami saya Tengku Kaz..."
"Saya dah penat nak layan kerenah Khalis. Banyak sangat buat hal. Kamu bukanlah pilihan saya untuk Khalis. Tapi kalau Allah menghantar kamu jadi menantu saya apa daya saya untuk menolak."
Suhaila senyap. Memang dia bukan menantu pilihan sebab dia adalah menantu segera. Patutlah semua urusan pernikahan dia senang. Bagi pihak dia memang tak ada masalah sebab semua dokumen untuk pernikahan sudah sempurna. Tunggu hari nikah sahaja.
"Papa tahu Khalis pun tak suka kamu. Papa tak nak paksa kamu terima Khalis. Tapi papa tahu Allah ada perancangan lain untuk kamu berdua. Terserah pada kamu berdua untuk menentukan hala tuju rumahtangga kamu sendiri. Papa dan mama akan terima semuanya."
Suhaila senyap lagi. Bapa mertuanya telah membahasakan diri dengan papa. Adakah ini bermakna dia di terima dalam keluarga ini. Tapi tak ada gunanya sebab suami segera dia sendiri tak sukakan dia. Dah bagi amaran jangan beritahu siapa-siapa lagi pasal perkahwinan mereka.
"Abang kita bincang besok. Hari dah lewat ni. Suhaila pun mesti penat kan." Melihat Suhaila diam Puan Sri Azrina bersuara. Dia faham kalau Suhaila sedang pening. Siapa tak pening kalau tiba-tiba kena paksa kahwin.
"Hmm... baiklah. Bagi dia tidur kat bilik tamu. Abang naik dulu... penat dah kepala ni fikir anak bujang serang tu." Tengku Zabidi meninggalkan Suhaila dan isterinya berdua.
"Apa yang terjadi sekarang pasti ada hikmahnya."Suhaila tersenyum kelat. Dia belum mahu berfikir soal hikmah sekarang. Segalanya berlaku terlalu cepat. Dia belum mampu menerima semua ini. Dia berharap bila dia bangun esok segalanya hanyalah mimpi.
YOU ARE READING
KAULAH TAKDIRKU
Romancecuba menulis cerita kahwin paksa yang konon-konon lain dari yang lain. tiada istilah kahwin paksa kerana semua jodoh datang dari Allah. Ikuti kisah Suhaila dan Khalish dalam mengemudi rumah tangga mereka.