"Kau buat apa kat sini?" Khalis terkejut melihat kelibat Suhaila sebaik sahaja membuka pintu. Dari mana pulak perempuan ni tahu tempat tinggalnya. Suhaila terus sahaja masuk tanpa menunggu keizinan Khalis.
"Aku dah kena halau dari rumah. Aku tak ada tempat tinggal."
"Itu bukan urusan aku."
"Pembetulan... Aku memang urusan kau."
"Kau keluar dari sini sekarang..." Khalis mempersilakan Suhaila keluar. Pintu yang sedari tadi dibuka belum ditutup. Suhaila buat tahu sebaliknya dia duduk di sofa empuk Khalis.
"Kau nak aku tolak kau atau tarik kau keluar!" Khalis sudah naik marah.
Suhaila buat tak tahu lagi. Dia berbaring pulak di sofa. Alat kawalan jauh di atas meja dicapai. Dia mencari-cari drama yang menarik di saluran Astro. Khalis mula hilang sabar. Dia mendekati Suhaila. Dia sudah sedia untuk mengheret Suhaila keluar.
"Kalau kau tak nak aku naik mahkamah dan mintak kau bertanggungjawab baik kau diam je. Atau lebih dahsyat aku buat PC lepas tu viralkan surat nikah kita dan beritahu semua orang Tengku Kaz yang hebat dah ada isteri. Memang confirm satu Malaysia kutuk kau sebab cakap tak serupa bikin. So silalah halau aku kalau kau mau."
Khalis mengudur diri. Kedua-dua pilihan akan memakan diri dia sendiri. Dia sudah bersumpah tak akan membiarkan mana-mana perempuan masuk ke dalam hidupnya. Macam mana kalau ada sesiapa tahu yang dia sudah menikah. Menikah cara tangkap basah lagi tu.
"Kau boleh tinggal kat sini dengan syarat tak ada sesiapa boleh tahu hubungan kita. Jangan beritahu sesiapapun yang kau isteri aku. Kalau kau berani bongkarkan rahsia sila berambus dari rumah aku."
"Ok. Bilik aku mana?"
"Bilik tamu ada dua kau pilih je mana satu. Ataupun kau nak guna bilik orang gaji kat dapur sana."
"Aku bukan orang gaji buat apa nak duduk bilik orang gaji."
"Tapi kau kena ingat sikit. Duduk kat sini jangan nak jadi mem besar pulak. Pandai-pandailah nak balas budi aku tumpangkan kau."
Suhaila buat tak tahu. Dia mahu lekas masuk ke biliknya. Mahu berehat dan tenangkan fikiran. Soal balas budi ke apa pandai-pandailah dia nanti. Dia pun bukan bodoh nak duduk situ selamanya. Dia tahu status dia macam mana.
"Ni bilik kau... Bilik aku sebelah sana. Dan bilik tu kawasan larangan bagi engkau. Jangan mimpi nak jejakkan kaki masuk dalam bilik tu."
Suhaila terus heret bagasi masuk ke bilik. Khalis dibiarkan tegak berdiri di depan pintu. Suhaila mahu menanggalkan tudung tapi dia perasan mata Khalis melekat padanya. Dah nama lelaki kalau pandang perempuan memang boleh tembus baju.
"I need privacy... " Suhaila menutup pintu. Khalis menahan sabar bila pintu berdentum di depan mukanya. Perempuan pelik.
Sudahlah dia terpaksa sabar dengan Darien. Sekarang muncul pula masalah baru. Pagi tadi dia balik rumah kerana rasa stress selepas terpaksa menikah. Tengok rumah sama je seperti sebelum ditinggalkan bulan lepas. Rupanya Darien tak mula kerja langsung. Duit yang dia beri dah habis buat joli.
Sebaik sahaja pintu ditutup Suhaila menghempaskan badan ke katil. Dia menghanburkan tangis. Hidupnya sudah berubah sepenuhnya. Dia impikan hidup bahagia dengan lelaki yang dia cintai. Namun sekarang dia terpaksa hidup dengan orang asing. Rumah tangga bahagia yang dia idam-idamkan sudah terlalu jauh untuk dia gapai. Mampu ke lelaki bernama Khalis di luar sana membahagiakan dia.
Suhaila lihat jam di tangan. Sudah pukul dua petang bermakna watu zuhur sudah lama masuk. Dia perlukan Yang Esa untuk dia mengadu. Suhaila mengeluarkan tekung dan sejadah untuk solat. Tapi dia perlu mandi dahulu untuk segarkan badan.
YOU ARE READING
KAULAH TAKDIRKU
Romancecuba menulis cerita kahwin paksa yang konon-konon lain dari yang lain. tiada istilah kahwin paksa kerana semua jodoh datang dari Allah. Ikuti kisah Suhaila dan Khalish dalam mengemudi rumah tangga mereka.