Kaulah Takdirku 6

1.2K 43 1
                                    

"Kau nak keluar makan macam ni ke?" Khalis pandang Suhaila atas bawah. Sungguh dia tak berkenan dengan pakaian Suhaila.

"Kenapa?" Suhaila pandang diri sendiri. Rasanya dia cukup comel pakai baju kurung warna kelabu dengan bunga-bunga pink. Tudung pink. Menutup aurat lagi.

"Kalau kau nak jadi perempuan aku tolong pakai sexy sikit. Tak maulah baju ala bibik macam ni."

Suhaila rasa nak telan Khalis hidup-hidup. Baju ala bibik dipanggilnya. Dia ingat baju dia pakai ni murah ke.  Beli time offer pun tak cukup singgit seratus ringgit. Nak yang seksi-seksi je. Sel otak dah terputus kot banyak sangat tengok benda haram.

"Sori sikit tak minat nak jadi perempuan Tengku Kaz. Lebih rela jadi bibik je."

"Kalau kau nak jalan dengan aku pergi tukar baju. Tak payah pakai tudung baju kurung segala bagai ni." Khalis tetap mahu Suhaila menukar pakaian. Semua perempuan yang berdampingan dengan dia seksi dan menggoda. Tiba-tiba dapat isteri yang bertutup macam ni. Memang dia bakal kena kutuk nanti.

"Jangan risau aku jalan jauh-jauh. Kalau orang jumpa kau cakap je aku bibik kau. Bukan senang nak dapat bibik comel macam aku ni."

"Kau ni kalau tak menjawab tak boleh ke. Bibik pun ada adap sopan tau."

"Aku bibik zaman milenium. Bibik ada ijazah lagi... Dahlah aku dah lapar sangat ni. Jangan sampai aku gigit jari kau satu persatu. Biar kau tak ada jari. Hilang hensem Tengku Kaz nanti."

Mendengar ugutan isterinya Khalis jadi takut. Ugutan Suhaila tak boleh di pandang ringan. Dia kena berhati-hati sebab perempuan yang suka mengugut ni boleh buat apa saja. Buat masa ni dia tak boleh lari atau ceraikan perempuan ni. Papa dah ugut akan serahkan semua harta kepada adik tirinya. Dia mana boleh hidup tanpa kemewahan.

"Kau janji kau jalan jauh-jauh. Jangan dekat pun dengan aku."

"Yalah. Aku cuma nak makan je bukan nak bercinta dengan kau. Muka macam kau ni tak termasuk dalam senarai lelaki pilihan aku tau tak. Harap muka je hensem tapi tak ada tokoh khalifah."

Khalis malas nak dengar mulut Suhaila membebel. Tak sampai sehari tinggal serumah dia dah rasa menyampah. Rasa nak humban Suhaila dari tingkat lapan belas ni. Khalis cepat-cepat keluar dari rumah. Suhaila mengekori Khalis.

"Aku masuk lif dulu. Kau tunggu lif sebelah. Lepas tu tunggu aku kat luar kawasan apartment. Aku tak nak orang tengok aku dgn kau. Jatuh reputasi aku nanti jalan dengan bibik."

Suhaila akur. Sekarang ni memang dia kena bergantung harap pada Khalis. Besok lusa dia dah selesai ukur tanah kat kawasan ni tak perlu dia harapkan Khalis lagi. Dia pun tak ingin nak berjalan berdua dengan lelaki sombong tu. Dia bukanlah buruk sangat pakai baju kurung. Ada ke panggil bibik. Macam mana nak ubah perangai lelaki macam Khalis tu.

Suhaila menapak keluar dari kawasan kondo. Kondo mewah yang hanya didiami golongan hartawan. Mungkin sebab tu bila dia cari Khalis tak ada sesiapa bertanya. Entah-entah semua pak guard kat sini semua dah kena sogok. Sebab tu boleh biar je kalau ada kemungkaran.

Atagafirullahhalazim. Suhaila beristigfar tak baik buruk sangka. Rasanya satu hari ni dia banyak buat dosa. Berprasangka buruk pada orang lain. Macam mana perasaan ni tak datang. Orang yang dia sangka paling baik sudah mengkhianati dia.

Pin! Pin!  Suhaila hampir terlompat. Bunyi hon rasa dekat di telinga dia. Salah dia sebab ralit berfikir hingga tak sedar kereta Khalis sudah lama mengekori dia. Khalis ni pun satu tak boleh panggil elok-elok ke.

"Kau ni masa berjalan pun boleh mimpi ke?"

Khalis terus menempelak dia sebaik sahaja punggung dilabuhkan. Suhaila dah agak dah pasti mamat ni marah-marah. Suhaila pekakkan telinga. Mamat tak betul ni tak boleh dilayan. Silap-silap sampai besok pagi pun boleh membebel. Khalis teruskan memandu bila Suhaila tak jawab pertanyaan dia.

Selepas hampir dua puluh minit perjalanan mereka berhenti di hadapan sebuah bangunan. 'Sri Ayutthaya' Suhaila baca nama papan tanda bangunan itu. Makan nak tempat mahal je. Memang sedap makan kat restoran ni. Tapi yang tak sedapnya poket dia. Gaji belum masuk lagi.

"Kau ingat masuk dalam tu nanti kita duduk meja asing. Kau tak kenal aku dan aku tak kenal kau." sekali lagi Khalis mengingatkan. Suhaila mengeluh bosan. Tak payah cakap pun dia tahu. Dia pun tak mahu dilihat bersama dengan buaya darat tu.

"Aku makan kat kedai mamak sana. Kita jumpa kat sini lepas sejam."

"Penat-penat aku bawak kau datang sini.Kau nak makan kat mamak pulak."Khalis tak puas hati.

"Aku bukan orang kaya macam kau... Aku orang miskin je. Mana mampu aku nak makan mahal-mahal. Dah jangan banyak bising. Kau masuk dalam restoran tu aku pergi kedai mamak. Kan tak payah susah-susah nak makan berasing meja. Asing kedai terus." Suhaila sengaja tekankan ayat meja berasing. Biar Khalis tahu dia pun tak suka Khalis.

"Suka hati kaulah. Jumpa kat sini lepas sejam setengah. Kalau kau tak ada aku tinggal."

Khalis dan Suhaila berpisah haluan. Khalis masuk ke dalam restoren manakala Suhaila menapak ke kedai mamak. Di matanya hanya terbayangkan makanan. Waktu sudah hampir pukul tiga baru dia nak makan. Dia tak suka hidupnya sekarang tapi dia perlukan Khalis untuk bersembunyi dari lukanya sendiri. Dia tak mahu berjumpa Saiful dan Karlisa atau sesiapa saja yang dia kenal. Dia malu.

Suhaila memsan air teh ais. Sementara dia meninjau lauk di kaunter nasi campur. Saiful suka makan kari kambing. Setiap kali makan di kedai mamak memang itu menu Saiful. Suhaila memilih untuk makan ayam goreng dengan nasi kosong. Terasa sunyinya hidup dia bila terpaksa makan sorang-sorang. Tiada lagi Saiful atau Karlisa menemaninya.

Ah persetankan dua orang tak boleh pakai tu. Hidupnya tetap perlu diteruskan. Besok sepatutnya dia mula kerja. Tapi dia tak mungkin punya kekuatan untuk menghadap Karlisa dan Saiful. Biarlah dia mengalah. Dia akan berhenti kerja. Dia sudah tekad untuk melupakan terus kehidupan lamanya.

Suhaila menghadap makanannya. Walaupun dia sedih dan terluka perut lapar perlu di isi. Takkan hanya kerana nasib malang dia hidupnya perlu di hentikan. Selepas makan Suhaila berjalan-jalan di sekitar situ. Dia perlu rancang apa yang perlu dia buat selepas berhenti kerja esok. Mungkin dia boleh mencari kerja di kawasan kedai berhampiran kondo.

Suhaila kerling jam di tangan. Lima belas minit lagi dari masa yang Khalis tetapkan. Suhaila mempercepatkan langkah. Kalau kena tinggal habislah dia. Leka sangat berjalan-jalan.

"Nasib baik ada seminit lagi. Aku memang nak tinggalkan kau dah." Khalis bersandar di kereta sambil memerhatikan jam.

"Kau beli apa tu?" soal Khalis bila terlihat bungkusan plastik di tangan Suhaila.

"Maggie dengan telur. Kopi dgn gula..."

"Kau nak buat apa dengan benda-benda tu?"

"Nak makan... Nak minum. Takkan nak buat basuh kain kot."

"Aku tak izinkan...."

"Kalau kau nak kena tangkap sebab biarkan aku mati kelaparan cubalah tak izinkan. Biar semua nampak kekejaman Tengku Kaz yang hebat ni. Seorang lelaki yang tak ada perikemanusiaan. Biarkan bibik dia mati."

Khalis bercekak pinggang.Khalis rasa geram mendengar tiap patah bicara Suhaila. Kenapa dia ditemukan dengan perempuan sula mengugut macam ni. Ringan saja tangannya nak hinggap di pipi Suhaila.

"Jangan banyak bunyi jom balik aku dah penat." Suhaila terus masuk ke dalam kereta. Khalis hanya mampu menggeleng kepala. Kalau tak kerana harta papa memang dia dah tinggal perempuan ni.

KAULAH TAKDIRKUWhere stories live. Discover now