Khalis parking kereta seperti biasa. Dia lihat jam di tangan sudah pukul lapan lebih nak hampir pukul sembilan. Patutlah dia rasa penat sangat. Perut pun dah lapar. Bau pizza menambahkan kerancakan perut berlagu. Ini semua Suhaila punya pasal. Kalau tak kerana fikirkan isteri segeranya dia tak perlu susah payah beli makanan. Selepas menekan alarm kereta dia melangkah menuju ke arah lif.
Tiba-tiba langkahnya terhenti. Selama ini dia perasan pemandangan kosong di sebelah keretanya. Tapi hari ini pemandangan itu berubah. Khalis berpusing. Hampir terjatuh rahangnya melihat kereta yang terparkir di sebelah Porche Cayman berwarna biru miliknya. Kereta berwarna merah putih itu membuatkan dia terpaksa menelan balik kata-katanya.
"Range Rover Evoque..."
Dia sangka kereta Suhaila maksudkan kancil. Malu pulak dia buruk sangka pagi tadi. Tapi betul ke kereta ni milik Suhaila atau sekadar kereta pinjam untuk buat dia kagum. Kalau ikutkan harga kereta ni bukan calang-calang orang pemiliknya. Tak boleh jadi ni dia mesti tanya Suhaila. Kalau terbukti kereta pinjam siaplah Suhaila.
"Ya Allah ya tuhanku berikan hambamu kekuatan untuk menjalani hidup. Bantulah hambamu melupakan semuanya. Sembuhkan luka di hati hambamu ini Ya Allah. Temukan aku dengan jodoh ku Ya Allah. Kurniakan hambamu ini jodoh hingga ke jannah...."
Tok!Tok! kedengaran pintu di ketuk dengan kasar. Suhaila buru-buru mengaminkan doanya. Tanpa membuka telekung dia terus berlari mendapatkan pintu. Pasti Khalis sudah balik dari pejabat.
"Waalaikumsalam..." Suhaila membuka pintu. Dia meyorokkan separuh mukanya di balik pintu. Patutlah ramai perempuan gilakan Tengku Kaz. Muka penat Tengku Khaz ni pun cukup comel. Bertuahlah siapa suri hati Tengku Kaz. Boleh cuci mata hari-hari. Tapi cuci mata pun tak cukup kalau perangai tak semengah.
"Aku tak bagi salam pun. Kenapa kau jawab salam." Khalis pandang Suhaila pelik. Dia hairan kenapa Suhaila sorokkan separuh muka di sebalik pintu.
"Itu namanya sarcasm tau tak. Aku tau ni pintu rumah kau kot ya pun ketuk elok-elok atau bagi salam. Kalau ya pun nak jadi duda cepat jangan ada niat nak bunuh aku."
Khalis geleng kepala. Kenapalah perempuan seorang ni mulut tak boleh cakap sesuatu yang manis-manis. Kalau cakap mesti pahit bak hempedu. Kenapa papa boleh suka dengan perempuan tak betul ni.
"Aku bawak makanan... jom kita makan dulu."
"Alhamdulillah kebetulan aku tengah lapar ni. Baik jugak kau ni." Suhaila senyum.
"Dah papa aku pesan jaga kau baik-baik. Kalau ikutkan aku nak campak kau dari tingkat lapan belas ni. Menyusahkan aku je..." Khalis berpaling. Perutnya juga sudah berkeroncong lapar. Kalau tak kerana Suhaila dia pasti sudah terima pelawaan Maira untuk makan malam.
Senyum Suhaila jadi kelat. Apa punya suami nak campak dia dari tingkat lapan belas. Nasib baik bapak mertua dia baik. Padan muka kena paksa kahwin. Suhaila jelir lidah dan tunjuk penumbuk di belakang kepala Khalis yang sedang berpusing. Khalis terpandang cermin di dinding. Dia melompat terkejut.
"Ya Allah! Boleh tak kau bukak telekung tu dulu. Buat aku terperanjat je!" Khalis urut dada. Suhaila ketawa. Kelakar tengok Tengku Kaz yang hensem ni pucat lesi. Kalaulah ada kamera atau telefon dia wajib ambik gambar. Lepas tu jual gambar muka pucat Tengku Kaz. Dah tentu ramai yang nak beli.
"Cepatlah tukar telekung tu... Aku lapar ni!" Khalis geram. Nasib baik tak ada orang lain nampak. Kalau tak jatuh peratus hensem dia.
Suhaila tak habis dengan gelaknya melangkah masuk ke dalam bilik. Hilang semua beban kesedihan yang dia tanggung seketika. Khalis memang terkenal dengan reputasi tak baiknya. Jadi dia tak mengharap sesuatu yang indah dari lelaki itu. Dia pun tak pasti berapa lama usia perkahwinan mereka. Tapi dia pasrah andai Khalis jodoh dia. Saiful lelaki yang paling baik dia pernah jumpa. Seorang kekasih yang paling memahami tapi akhirnya berpaling dari dia. Hidup bahagia yang Saiful janjikan hanya tinggal nama. Dia sudah jadi isteri Khalis dan seharusnya nama Saiful harus dia padam dari mindanya.
YOU ARE READING
KAULAH TAKDIRKU
Romancecuba menulis cerita kahwin paksa yang konon-konon lain dari yang lain. tiada istilah kahwin paksa kerana semua jodoh datang dari Allah. Ikuti kisah Suhaila dan Khalish dalam mengemudi rumah tangga mereka.