kaulah takdirku 4

1.2K 41 5
                                    

Suhaila dah jangka ada sesuatu yang akan terjadi bila dia balik ke rumah sewa. Tekaannya mungkin Karlisa akan pindah rumah memandangkan Karlisa sudah jadi isteri Saiful. Atau apa saja boleh terjadi.

Hatinya sakit bila mengenangkan itu semua. Semua impian perkahwinan dia dan semua rancangan dia Karlisa dah rampas.  Karlisa hanya tinggalkan kelukaan dan pedih dalam hati dia. Karlisa dah buat dia hilang segalanya.

Teksi sudah menghampiri rumah sewanya.  Detak jantungnya mula tak menentu. Dia belum bersedia untuk berjumpa dengan Karlisa atau Saiful. Tapi mungkin Karlisa dan Saiful pergi berbulan madu memandangkan itu memang rancangan asal dia dan Saiful.

Dari dalam teksi dia nampak sesuatu yang kurang menyenangkan. Beg pakaian tersusun di luar rumah. Dia kenal itu beg pakaian dia. Tapi siapa yang baik sangat kemaskan pakaian dia.

"Bagus kau dah balik. Anak aku tak perlu malukan diri berkawan dengan anak pelacur macam kau ni."

Suhaila berdiri di luar pagar. Mak cik Esah berdiri dengan lagak sombong. Mentang-mentang dah dapat menantu anak Dato dah pandai nak sombong. Dulu bukan main Suhaila sayang. Suhaila intan payung. Sekarang Suhaila anak pelacur.

"Besok saya datang balik ambik tv, sofa, dapur, video dan jugak mesin basuh. Barang-barang tu saya beli pakai duit saya. Lisa cuma tumpang pakai je. Maklumlah anak orang kampung kan susah tak ada duit." Suhaila cuba untuk bercakap sehabis baik. Dia hormat Mak Cik Esah sebagai orang tua. Tapi kalau orang tua dah lupa diri dia patut bagi pengajaran.

"Dan jugak saya nak duit saya balik. Lima ribu yang Cik Esah guna untuk tebus tanah kat kampung. Saya kan ada cakap Cik Esah boleh bayar bila dah mampu. Mesti dah mampu sekarang kan. Besan dengan Dato'. Apalah sangat lima ribu tu. Betul tak." Suhaila senyum. Senyuman mengejek Mak Cik Esah. Beginilah sikap manusia yang dia tak suka. Bukan setakat tikam belakang. Bunuh terus kalau boleh.

"Tak guna punya anak pelacur. Berani kau sindir aku. Sedar diri sikit kau tu dari keturunan hina!" Mak Cik Esah kelihatan marah.  Nampak telinga Mak Cik Esah bertukar merah. Suhaila buat tak perduli. Dia hormat orang yang boleh hormat dia. Jiran-jiran mula berkumpul bila mendengar kekecohan.

"Anak pelacur ni lah yang satu ketika dulu tolong makcik. Anak pelacur yang makcik kutuk sekarang ni yang tolong tebus tanah makcik dari kena gadai. Duit dari anak pelacur ni yang tolong sekolahkan anak bongsu makcik. Jadi siapa yang hina sekarang. Orang yang tak kenang budi atau anak pelacur!" Suhaila lantang bersuara. Hatinya sudah retak dibuat Karlisa. Sekarang bukan setakat retak malah sudah hancur menjadi debu.

"Saya sedar saya tak ada mak bapak. Asal keturunan saya tak jelas. Tapi bukan hak makcik hina saya macam tu. Saya ada maruah jugak." Suhaila menahan air mata agar tak gugur. Sekian lama hal keturunan ni tak terungkit. Hari ini perkara yang paling dia takutkan terjadi juga. Rasa malu bila menghadap jiran-jiran yang selama ini baik dengannya.

"Kau ada maruah ke. Silap-silap kau pun pelacur jagak. Makan duit haram hasil jual badan."

Mak Cik Esah sudah melampau. Suhaila rasa tangannya sudah menggigil. Ingin sahaja dia lepaskan penumbuk pada muka sombong Mak Cik Esah. Dia beristighfar dalam hati.

"Karlisa rampas bakal suami saya...saya boleh bersabar saya anggap tak ada jodoh. Karlisa buka aib saya itu semua urusan Allah. Tapi bila Cik Esah hina saya dan ungkit keturunan saya tahap sabar saya dah hilang. Hasil duit haram ni yang sekolahkan Karina sampai habis STPM.  Hasil duit haram ni yang Mak Cik Esah guna untuk modal buat bisnes dan hasil duit haram ni yang Mak cik esah guna untuk tebus tanah yang suami kaki judi mak cik tu gadai. Kalau Mak Cik Esah nak bersihkan keluarga Mak Cik Esah dari duit haram tolong bayar balik setiap sen duit saya."

Suhaila tak bercakap banyak lagi. Makin dia layan makin sakit hatinya. Dia angkut beg satu persatu masuk ke dalam teksi. Nasib baik dia menyuruh pemandu teksi menunggu sekejap. Mak Cik Esah mula diam bila jiran-jiran mengata. Apa yang Suhaila dengar cuma tak kenang budi dan tak kenang jasa. Dia malas nak fikir.

"Pak Cik tolong balik ke Villa tadi." Suhaila masuk ke perut teksi setelah selesai mengangkat beg. Dia tak ada tempat nak dituju sekarang selain dari rumah Tengku Zabidi. Terpaksalah dia menerima tawaran bapa mertuanya.


"Papa nak Aila tolong bawa anak papa ke pangkal jalan."

Suhaila terkejut dengan permintaan bapa mertuanya. Dia tak kenal pun siapa Tengku Kaz. Dia cuma kenal nama dan reputasi Tengku Kaz saja. Tengku Kaz seorang kaki perempuan dan dengar cerita ramai yang pernah tidur dengan dia. Dia pun tak mahu suami macam tu. Semua orang mengidamkan suami baik-baik. Kalau dia mata duitan mungkin dia bertuah dapat jadi isteri anak orang kaya.

"Tengku rasanya biar saya berterus terang pasal diri saya. Saya ni dibesarkan di rumah anak yatim. Orang yang serahkan saya ke rumah anak yatim tu pelacur. Jadi kemungkinan besar saya anak pelacur. Saya rasa Tengku pun tak nak terlibat dengan saya." biarlah dia berterus terang sekarang. Dia tak mahu hal asal keturunan ni menjerat dia kelak. Biar orang benci dia sekarang.  Dia tak sanggup kehilangan orang yang dia anggap sahabat tapi menyakitkan hati dia.

"Aila sendiri pelacur ke?"

Berubah muka Suhaila bila di soal macam tu. Terasa nasi goreng yang dia telan sudah berubah menjadi pasir. Ibu mertuanya juga kelihatan terkejut. Tengku Zabidi saja yang terus makan tanpa apa-apa masalah.

"Saya arkitek. Saya bukan pelacur." jawab Suhaila tegas.

"Jadi tak ada masalah rasanya. Saya rasa saya baik tapi tengok anak saya kenapa dia tak jadi baik macam saya. Kalau ibu kamu pelacur pun itu antara dia dengan Allah. Yang penting diri kamu Aila. Kamu tahu siapa diri kamu. Asal keturunan tak memastikan seseorang tu akan jadi baik atau jahat."

Suhaila rasa terharu. Kenapa orang yang sudah berjaya dan berstatus jutawan boleh saja berfikiran positif. Kenapa orang-orang macam Saiful dengan Karlisa tak boleh berfikiran macam ni. Dia baru sehari semalam kenal Tengku Zabidi tapi rasa diterima dan di hargai. Dia kenal Karlisa dan Saiful bertahun-tahun tapi dia kecewa dengan sikap keduanya.

"Tapi Tengku saya tetap rasa tak layak masuk dalam hidup keluarga Tengku. Apa lagi masuk dalam cara keadaan yang tak sesuai macam ni." Suhaila merendah diri. Dia rasa pelik bila bapa mertuanya mekanggil dia Aila. Suka-suka je panggil.

"Kita boleh mintak ke kita nak mati macam mana atau dalam keadaan apa. Semua urusan Allah kan. Macam tu jugak dengan jodoh. Aila cuba boleh merancang tapi Allah yang tentukan."

Suhaila mati kutu lagi. Tokoh yang sedang duduk bersarapan di depannya bukan sebarangan orang. Patutlah Tengku Zabidi sangat dihormati. Suhaila kagum dengan bapa mertuanya. Kata-kata yang terucap penuh dengan rasa rendah diri.

"Aila fikir dulu. Kalau kata berubah fikiran ini alamat Khalis. Seorang isteri tempatnya di sisi suami."


KAULAH TAKDIRKUWhere stories live. Discover now