Untuk makluman ini bab terakhir Kaulah Takdirku. Mss sedang disiapkan untuk dihantar kepada penerbit. Untuk teaser boleh join group FB Iham Kata Aein Dhiyauddin. Terima kasih banyak2 sebab setia dengan Tengku Kaz dan Suhaila. Love u all.....
"Kau ni siapa sebenarnya?" Khalis tanya lagi. Entah berapa banyak kali Khalis tanya Suhaila dah kehilangan angka. Semasa makan tadi Khalis tanyakan soalan yang sama. selepas makan pun Khalis tanya lagi. Sekarang dalam kereta sedang memandu pun Khalis tanya.
"Kau nampak aku manusia atau alien. Apa yang kau pilih itulah aku," jawab Suhaila. Malas dah nak jawab soalan ni. Agak-agak Khalis percaya ke kalau dia berterus terang. Gugel je nama Suhaila Al-Hakeem. Gerenti rahang Khalis jatuh ke kaki.
"Aku tanya apa pekerjaan kau sebelum ni. Apa kau buat sebelum kau jadi gila nak perangkap aku. Harga kereta kau tu hampir setengah juta. Aku tak rasa kerja kau setakat bibik je." Khalis tak puas hati sebab Suhaila langsung tak mahu jawab soalannya. Kalau Suhaila anak VVIP pasti dia kenal atau tahu. Tapi siapa Suhaila dia langsung tak punya idea. Takkan Suhaila buat kerja terkutuk nak kaya cepat.
"That's for me to know and you to find out."
"Kau isteri aku Suhaila..."
"Kau dah mengaku aku isteri ke. Lepas ni kita boleh shopping macam suami isteri lain. Kita honeymoon. Kita panggil sayang abang. Kita..."
"Kau jangan perasan boleh tak. Aku tak hingin pun isteri macam kau ni."
"Kalau macam tu bila aku dah jadi isteri Khalis baru kau akan tahu. Dah sampai kan..." Suhaila perasan Khalis berpusing jauh dari pintu masuk bangunan Nusa jaya. Soalan Khalis dia tak akan jawab. Lantaklah siapa suruh buruk sangka je.
Kalau taip nama Suhaila Al-Hakeem pasti keluar Menara Ophelia yang glamer tu. Menara Ophelia terletak jauh di Dubai sana tapi itulah pencapaian terbaik dia. Ophelia Tower sama setanding dan hebat seperti Crescent Moon Tower. Bezanya Crescent Moon Tower bagaikan bulan sabit jatuh ke bumi. Menara Ophelia sebenarnya adalah sebuah piramid besar yang dalamnya terdapat 60 puluh pramid kecil yang mewakili satu unit kondo.
Khalis pandang Suhaila. Misteri sungguh isteri segeranya. Baru nak bawak pusing-pusing dan tawaf satu bandar. Suhaila lebih dulu kenal bangunan Nusa Jaya sebelum sempat bawak jalan-jalan. Nusa Jaya baru sahaja berpindah ke bangunan baru bulan lepas. Khalis tak mahu tanya lagi. Dia terus mencari parking kereta. Dia berpusing-pusing di kawasan parking.
"Kau jangan main-main boleh tak. Aku tau kau ada parking VVIP kat sebelah lif sana."
Khalis pandang Suhaila lagi. Mana pulak perempuan ni tahu dia ada parking VVIP. Lokasi pun isteri segeranya tahu.
"Tak payah nak pelik. Bos-bos memang tak suka rebut parking. Bangunan sendiri kot takkan tak ada special parking untuk bos. Memang biasanya bos ni malas nak jalan jauh." Suhaila sebenarnya terlanjur cakap. Takkan dia nak beritahu dia hafal setiap inci bangunan Nusa Jaya ni. Bangunan baru Nusa Jaya ni hasil ilham Badri dan dia. Cuma dia tak pernah berjumpa dengan Tengku Zabidi dan Tengku Khalis. Setiap kali ada mesyuarat pasti dia ada hal. Sudahnya Badri seorang yang datang.
Khalis parking kereta di tempatnya. Jawapan Suhaila memang pelik baginya. Tapi dia tak ambil pusing sangat. Dia perlu perkenalkan Suhaila kepada Kak Umie setiausahanya. Kak Umie tahu macam mana rupa semua perempuan yang pernah jadi pendampingnya. Suhaila lain dari yang lain. Mereka berdua berjalan menuju ke lif. Khalis menekan punat tingkat dua belas. dia rasa berdebar pulak nak bawak Suhaila naik. Sebaik sahaja sampai di tingkat dua belas Khalis terus masuk ke biliknya. Suhaila setia mengekori.
"Selamat petang Tuan, Puan." Umie Farihah menegur Khalis dan Suhaila.
"Akak panggil saya Puan..." Suhaila begitu teruja. Dia tengok muka Khalis sudah masam mencuka. Suhaila senyum sampai ke telinga. Niat Khalis nak rahsiakan dia siapa nampaknya tak kesampaian.
YOU ARE READING
KAULAH TAKDIRKU
Romancecuba menulis cerita kahwin paksa yang konon-konon lain dari yang lain. tiada istilah kahwin paksa kerana semua jodoh datang dari Allah. Ikuti kisah Suhaila dan Khalish dalam mengemudi rumah tangga mereka.