Pagi ini Khalis sengaja bangun awal untuk berjumpa Suhaila. Nak tahu bagaimana keadaan Suhaila selepas kejadian semalam. Tapi dia risau juga kalau-kalau Suhaila tunggu dia depan pintu bilik untuk membalas dedam. Mungkin Suhaila marah pasal semalam.
Khalis buka pintu berhati-hati. Dia keluarkan tangan dahulu. Mana tahu Suhaila tunggu dia dengan penyapu ke apa. Senyap tak ada bunyi. Khalis jenguk luar. Tak ada pun Suhaila tunggu dia. Dia saja yang trauma dengan perempuan mulut cabul tu. Khalis memperkemaskan pakaiannya. Dia mengambil kunci yang diletakkan di atas meja apabila terpandang Suhaila sedang duduk di balkoni merenung langit.
"Aku sayang kau Lisa tapi kenapa kau biarkan aku derita demi kebahagiaan kau Lisa. Kenapa aku rindukan kau. Kenapa aku tak boleh bencikan kau..."
Khalis berdiri di belakang sliding door yang ditutupi langsir. Suhaila masih menangis lagi. Siapa Lisa. Kenapa Suhaila menangis kerana Lisa.
"Lisa... Hati aku sakit sangat. Sakit sampai rasa tak sanggup nak hidup lagi."
Khalis cuak. Takkan Suhaila nak bunuh diri. Khalis risau kalau Suhaila betul-betul ada niat nak bunuh diri. Kenapa dia dapat isteri yang langsung tak menyenangkan hati dia. Pagi-pagi lagi dah buat orang risau. Khalis garu pelipisnya. Itu yang dia buat kalau dia risau atau sedang berfikir. Dia mengambil telefon.
"Apa pencuci toilet saya berhenti kerja. Kamu tahu kan toilet tu mesti bersih dua puluh empat jam. Cari staff baru secepat mungkin!" Khalis sengaja meninggikan suara. Helahnya berkesan bila dia lihat Suhaila bangun. Dia nampak Suhaila kesat airmata. Nampaknya dia kena pastikan Suhaila sentiasa dengan dia.
"Kau kerja sebagai tukang cuci kan sebelum ni." Khalis tanya Suahaila. Suhaila berfikir sejenak. Bila masa pula dia cakap kerja tukang cuci. Suhaila angguk.
"Tukang cuci toilet aku dah berhenti kerja dua puluh empat jam. Aku nak kau ganti dia sementara aku dapat pekerja baru."
"Aku tak nak kerja dengan kau." Suhaila menolak.
"Kau mesti kerja dengan aku. Kau anggap je ini sebagai bayar denda kau." Khalis terus mendesak.
"Denda apa pulak." Suhaila kerut dahi. Tak faham dengan perangai lelaki ni.
"Dendalah sebab aku terpaksa kahwin dengan kau."
"Macam tu pulak. Tapi saya malaslah. Nak duduk rumah."
"Jangan lawan cakap suami. Pergi tukar baju cepat..." Khalis guna kuasa veto sebagai suami. Dia cuma nak pastikan Suhaila tak tinggal di rumah seorang diri. Kalau betul-betul Suhaila dah penat hidup macam mana.
Suhaila hentak kaki tanda protes. Muka Suhaila sudah masam. Pagi-pagi lagi moodnya di rosakkan oleh Khalis yang gila ni. Khalis ketawa melihat gelagat Suhaila. Comel pula melihat muka merajuk Suhaila. Tapi dia masih mengesan sendu Suhaila. Nampak mata Suhaila yang merah kerana baru lepas menangis.
"Pagi-pagi macam ni kalau ada breakfast kan bagus." Khalis kuatkan suara. Nak tengok apa reaksi Suhaila.
"Setakat cuma ada pinggan sebiji dengan mug satu kat dapur tu tak payah mimpi nak breakfast ke apa. Kau minum ajelah air paip tu untuk sarapan. Tak pun kau bukak mulut luas-luas makan angin je."
Khalis terkejut bila Suhaila bersuara betul-betul di belakangnya. Perempuan ni memang sengaja nak menyakitkan hati dia.
"Amboi. nak jadi pencuci toilet kot. Baju merelip tak ingat." Arman mengur pakaian Suhaila. terlebih cantik dan sarat dengan hiasan.
"Aku kan bibik milenium. Bibik Milenium sangat menjaga penampilan. Mesti Vouge walaupun setakat cuci tandas. Faham..."
Khalis sudah malas berlawan cakap lantaklah perempuan ni nak pakai apa. Asalkan dia boleh nampak dan perempuan ni tak boleh nak bunuh diri. Nama dia dah tercatat sebagai suami Suhaila dalam surat nikah. Kalau Suhaila bunuh diri, dia akan terpalit dengan kesalahan. Tak pandai jaga isteri.
YOU ARE READING
KAULAH TAKDIRKU
Romancecuba menulis cerita kahwin paksa yang konon-konon lain dari yang lain. tiada istilah kahwin paksa kerana semua jodoh datang dari Allah. Ikuti kisah Suhaila dan Khalish dalam mengemudi rumah tangga mereka.