F E B R U A R I
Selepas sebulan lamanya mereka mengenali satu sama lain, mereka kini bagaikan rakan sekerja yang serasi. Bagi Naufal, Munirah sangat memahaminya.
"Munirah, if kak Jan tu tak kahwin lagi, saya yang kahwin dengan dia tau.", ujar Naufal yang sedang melengkapkan beberapa kertas kerja dimeja Munirah.
"Ish, sungguh ? Kenapa pulak, encik Naufal ?", berkerut dahi Munirah kekeliruan.
"Ya lah, kak Jan is the only person yang faham saya and tahan dengan perangai saya...", jelas Naufal memandang Munirah.
"Oh...",
"Ummm, but...",
"Tapi... ?",
"Tapi, Munirah pun understands saya juga. Munirah boleh tahan dengan my attitude...", terang Naufal yang membuatkan Munirah tertawa kecil, dia menggeleng kepalanya.
"Why ? Why Munirah gelak ?",
"Encik Naufal, can you do me a favor ?",
"Only for Munirah.", senyum Naufal melebar, Munirah tertawa.
"Please sign yourself up for Malay language classes...", Naufal berkerut, mulutnya mencebik.
"Oukayyyyy....", Munirah tertawa lagi, Naufal juga turut tertawa.
---
Hari Valentines kunjung tiba, pelbagai hadiah Valentines yang telah sampai di pejabat Naufal. Dari coklat, coklat pelbagai bentuk, jambangan bunga dan manisan, jam tangan, baju-baju dan minyak wangi berjenama dihantar ke pejabat Naufal.
"Munirah, can you please clear all these craps ? I wanna see none of those in my office.", arah Naufal. Munirah mengangguk. Dia turut meminta tolong beberapa rakan kerjanya yang lain membersihkan pejabat Naufal.
"Encik Naufal, kenapa encik nak buang semua ni ?",
"Buat apa saya nak keep all these things ? I dont deserve this, plus article yang Munirah send in Whatsapp group yesterday is so relevant. I've shared that article to my other Whatsapp group too", jelas Naufal.
Munirah telah berkongsi sebuah artikel tentang "Haram Menyambut Valentines", yang cukup dengan nas dan dalil-dalil sahih tentang hukum tersebut beserta hujah dan sejarah tentang hari Valentines.
"Oh, encik Naufal baca artikel tu ? Alhamdulillah... Semoga Allah beri hidayah pada orang yang membacanya...", Naufal mengangguk tanda setuju.
Setelah beberapa jam masa diambil untuk mengemas segala hadiah yang diberi oleh 'peminat' Naufal, Munirah yang kepenatan, mengeluh sendiri. Namun, keluhannya didengari Naufal.
"Tired ?", Naufal mengangkat sebelah kening, melihatkan Munirah sedang duduk diatas lantai sambil mengutip sampah-sampah kecil. Munirah kembali memandangnya hanya mengangguk. Naufal tiba-tiba bangun dari kerusi nya,
"Let's get your coffee and boost your energy. Saya belanja.",
"Eh ? Ini pun termasuk dalam hadiah hari Valentines ke ?", gurau Munirah.
"Err, eh... No... Valentines kan haram ? Um... This is because, umm, yeah, Munirah kan penat kemas all my stuffs... So, saya reward awak.", jawab Naufal sambil menggaru-menggaru belakang lehernya. Munirah yang melihatkan Naufal berdiri kejanggalan dihadapannya, bangun dan mengikut ajakan Naufal.
---
"Um, kita nak pergi mana ni encik Naufal ?", tanya Munirah sambil memasang tali pinggang keselamatan.
"Maccas ?",
"Err, encik... saya bukannya tak nak, tapi kesian dekat our Palestine families...", Munirah mencebik tertunduk.
"Okay... Betul juga... Dunkin Donuts ?",
"Sama je lah encik...",
"Starbucks ?",
"Areeee you kidding me ?", Munirah memusingkan matanya keatas membuatkan Naufal tertawa kecil.
"Saya tahu, encik mesti nak jumpa cashier girl yang bagi nombor dia dekat encik kan ?", gurau Munirah.
"Um, that girl ? Meh, not my taste. Her face nampak macang...",
"Macang ?",
"Yes... Matured. Why ?",
"MATANG LAH encik Naufal... Macang is like Machang, a place in Kelantan...", Naufal hanya mengangguk.
"Okay... Okay... What's your suggestion then ?", tanya Naufal sambil mengeluarkan kereta dari bangunan pejabatnya ke simpang jalan.
"Um, saya teringin nak makan cheesecake dekat Secret Recipe...", perlahan suara Munirah menjawab.
"I heard you the way you heard my heart ! To Secret Recipe we go !", teruja Naufal membawa Munirah ke Subang Parade.
Mereka bersama menghabiskan masa di Subang Parade, bertukar cerita serta pandangan tentang perkembangan syarikat.
(p/s : some AU people called Mc Donald as Maccas 😬)
YOU ARE READING
Personal Assistant
RomanceSentiasanya cinta tanpa diduga. Kisah ini menemukan Syed Naufal Bin Tan Sri Syed Akram dengan Munirah Binti Nazri, dari hari ke hari, bulan ke bulan, mereka mencipta memori. Sehinggalah mereka sedar, bahawa ada sesuatu yang tertinggal dalam hati ma...