0.6

7.4K 235 0
                                    

J U N

(Mesej WhatsApp Group - Dari telefon Naufal)

amad guard : assalaaaamualaikum !

pijo : ahh, amad kalau online tu ada lah tu dia nak heboh...

amad guard : ish sibuk la kau ni ! salam tu gak jawab la... huk aloh..

az tea lady : aip awat berkelahi ni... tak baik... waalaikumussalam, amad.

amad guard : hah... macam tu baru kawan... oh, haah.. ni hah, saya nok tanya ni... bila lagi buleh gi hari keluarga tu ?

ejaz : ha'ah lah ! eh... amad bagitahu baru saya ingat..

warda : why baru ingat ?

ejaz : Mr. Naufal asked me to remind all of SYED AKRAM CO. staffs to prepare for our family day.

pijo : bila tu ?

ejaz : next month. kita pergi Pulau Langkawi pulak this year.

az tea lady : wah best tu !

afiq : hurm, best jugak. Aku pun dah lama tak pergi Langkawi...

dah lupa apa yang ada dekat sana..

My P.A : Seriously ? Wah, bestnya... Tapi, apa yang perlu kita prepare ?

warda : Um... RM235 per person. 3 hari 2 malam.

pijo : yvonne mana yvonne ? dia yang selalu tell every details of the family day..

yvonne : I'm here !

I just bagi hint, hari pertama you all kena prepare extra clothes..

Okay guys, be prepared ! Kita akan pergi Langkawi in two weeks by MAS Airlines.

pijo : okay girl and mr naufal

amad guard : apa dia oyak tu..

az tea lady : dia cakap hari pertama tu kita kena sediakan baju tambahan..
oh, noted yvonne and mr. Naufal...

amad guard : berrehhhh

ejaz : thanks yvonne & Mr. Naufal

warda : thanks too yvonne and mr. naufal

My P.A : oh okay... thank you yvonne & naufal ! 😙

Okay, selamat malam ! 😉

◇◆◇◆

2 Minggu Kemudian

Munirah telah bersiap mengemas barangnya. Dua beg dibawanya. Satu beg galas dan satu beg luggage kecil. Setelah bersiap, dia meletakkan beg nya dihadapan pintu rumahnya.

Assalamualaikum, Munirah... Dah siap ? 😊

Waalaikumussalam, dah ! 😉 Awak dekat mana ?

Okay... Saya dah nak masuk simpang rumah awak. I'll be there in 5.

Kereta BMW Naufal berhenti dihadapan rumah Munirah. Naufal keluar dari kereta untuk bertemu kedua ibu bapa Munirah.

"Assalamualaikum, auntie, uncle.", Naufal menyalam tangan Encik Nazri, baba Munirah.

"Waalaikumussalam, oh... ni lah Naufal, bos Munirah ?",

"Ya, uncle.", Munirah tersenyum melihat mereka berinteraksi. Naufal juga tersenyum, mereka saling memandang.

"Okay, baba and umi, I think we should get going now...", ujar Munirah menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan kedua orang tuanya. Naufal pula mengangkat begnya ke dalam kereta. Kemudian Munirah masuk ke kereta.

"Okay, uncle auntie, saya pergi dulu. Insha Allah saya jaga dia elok-elok.", Naufal bersalaman dengan Encik Nazri ditepi keretanya, disebelah bahagian tempat duduk Munirah.

"Okay, Naufal... If anak uncle nakal, just leave her at Langkawi.", gurau Encik Nazri sambil tertawa.

"Babaaaaaa !",

"He was just messing with you... Baba ni...", Puan Malia memukul perlahan tangan suami nya.

Naufal meminta diri dan keretanya meninggalkan rumah Encik Nazri dan Puan Malia.

---

Mereka telahpun sampai di Pulau Langkawi. Mereka telah menyewa empat buah van.

Van pertama memuatkan Naufal, Munirah, Ejaz, Warda serta dua orang anak mereka. Van kedua memuatkan keluarga Amad, pengawal keselamatan pejabat dan Yvonne bersama adiknya Chunji. Van ketiga menempatkan pekerja lelaki lain dan van keempat menempatkan pekerja perempuan yang lain.

Van Yvonne mendahului van yang lain kerana dia adalah pengerusi program tersebut. Setelah hampir setengah jam, mereka telah sampai ke tempat peranginan kereta kabel.

"Wah !!! Kita naik cable car lah Adi !", kata Munirah kepada anak lelaki Warda yang berusia 3 tahun.

"Yeay ! Auntie angkat kita !", ujar Adi. Munirah dengan relanya mengangkat Adi. Naufal yang melihatkan aksi mereka berdua, turut tersenyum.

"Haih, Munirah... Awak dah boleh jadi ibu dah...", ujar Naufal. Munirah hanya tertawa kecil sambil menggeleng kepala. Mereka bertiga berjalan dibelakang sekali. Ada saja suara yang berbisik.

"Eh tengok tu Encik Naufal dengan Cik Munirah...",

"Diorang tu ada apa-apa ke ?",

"Perasan tak, Munirah dah tak panggil Encik Naufal, 'encik' lagi dah sekarang...",

---

Setelah menaiki kereta kabel, petang itu mereka terus ke Dayang Bunting. Hari kedua, mereka mengelilingi pulau. Hari ketiga, mereka keluar membeli belah dan malam itu juga mereka pulang ke Selangor.

Personal AssistantWhere stories live. Discover now