1.0

7.7K 229 5
                                    

O K T O B E R

Naufal's P.O.V.

Hampir sebulan. Hampir sebulan Munirah dah tak kerja dengan aku. Aku tak tahu kenapa jiwa aku ni kosong je. Sedangkan selama 6 tahun aku kerja dekat syarikat ni, Kak Jan memang dah jadi pembantu peribadi aku. Semua benda pasal aku dia dah faham, dia dah hadam.

Aku rasa... Aku rasa sunyi ? Is that it ? Ya ! Aku rasa sunyi tanpa ada Munirah. Hampir setiap petang, dia mesti akan hidangkan secawan kopi dan kek keju untuk kami makan bersama. Setiap pagi, dia dah kemaskan pejabat aku, letak semua kerja yang aku suruh dia buat atas meja. Aku hanya perlu selak, teliti dan tandatangan sahaja.

Sejak Kak Jan dah ada anak ni, aku lebih memberi cuti pada Kak Jan pada hari Khamis dan Jumaat supaya dia dapat jaga anak dia yang baru lahir tu. Jadi, kalau nak harapkan Nana, office girl baru sejak Munirah tak ada, memang susah la. Kerja sambil lewa, typing error sana sini, tempat kerja sendiri tak teratur lagikan nak harap dia kemas pejabat aku. Huh, memang tidak lah ! Aku STRESS ! Lebih baik, aku keluar.

---

Laju kereta Mini Cooper Naufal meluncur ke Pavilion. Sesampainya disana, dia terus masuk dan membuka kamera GoPro yang dihadiahkan oleh Munirah untuk hari jadinya.

"Hey, Assalamualaikum and good morning everyone !", Naufal memulakan video blogging nya.

"So, how's my camera ? Cool tak ? Cool kan... Mestilah, my Muya hadiahkan kot... Thanks, Muya ! Anyway guys, hari ni saya nak release tension sikit sebab sibuk dengan kerja sangat. Jadi, saya ingat saya nak shopping dekat Philosophy-Men dulu kot. Then, saya pergi makan dekat DOME cause it's almost lunch time !", Naufal menutup kameranya dan terus pergi ke kedai-kedai tertentu. Setelah penat membeli-belah, Naufal terus ke kafe yang disebutkannya.

"That's all, sir ?",

"Yes, that's all. Thanks",

"My pleasure.", pelayan itu berlalu pergi. Sedang Naufal melihat orang yang lalu-lalang disekeliling kafe terbuka itu, dia terlihat satu kelibat yang biasa dilihatnya. Dia bangun terus pergi kearah orang tersebut,

"Munirah ?", 

"Eh ? Encik Naufal ?! No-no, I mean, Naufal ?", Munirah terkejut memandang Naufal dihadapannya.

"Hey, Ya Allah... Saya tak tahu pun saya dapat jumpa awak dekat sini... What a coincidence !", Naufal tertawa diiringi tawa kecil Munirah.

"Saya toreh getah dekat sini...",

"Ha ?! Itu ke kerja baru awak ?!",

"Haish, Naufal... Saya shopping je lah. Awak ?",

"Saya baru lepas shopping. Nak makan ni. Awak, dah makan ? Jom, teman saya makan ?",

"Er, o-okay...", dengan itu Naufal dengan senang hatinya menarik kerusi dihadapan tempat duduknya bagi Munirah.

Setelah beberapa minit berlalu, makanan yang dipesan oleh mereka sampai dan mereka menikmati makanan tersebut sambil berbual. Matahari semakin naik, Naufal tahu bahawa jika Munirah keluar membeli-belah berseorangan, bererti dia mengambil teksi dari rumah ke tempat tersebut. Lalu, Naufal menawarkan untuk menghantarkannya hingga ke rumah dengan persetujuan Encik Nazri yang dibuat melalui telefon Munirah setelah makan tadi. 

---

Sesampainya Naufal dan Munirah dirumah Encik Nazri sekeluarga, Maghrib sudahpun tiba. 

"Eh ? Naufal ada sekali... Mai lah masuk, kita solat Maghrib sekali.", ajak Encik Nazri.

"Ha.. ye lah, uncle. Assalamualaikum..", Naufal menyalam tangan Encik Nazri sebelum masuk ke rumahnya memberi salam.

---

Usai solat Maghrib, sementara menunggu Munirah dan Puan Malia menyediakan hidangan makan malam, Naufal dan Baba Munirah berbual diruang tamu.

"Err, uncle... Memandangkan kita dah berbual ni, saya ada perkara nak cakap pasal Munirah...", kata Naufal yang berbunyi sedikit gemuruh dalam suaranya.

"Hah ? Munirah ? Kenapa ? Dia ada masalah atau hutang ke dengan company kamu ?", bertubi-tubi pertanyaan Encik Nazri.

"Eh-hh, tak uncle... Cuma.. Err",

"Cuma apa...",

"Saya ni, secara jujurnya dah berkenan dengan Munirah. Jadi, saya tak nak panjangkan hubungan ni hanya sebagai kawan. Saya dah bersedia nak ambil Munirah sebagai isteri saya. Alhamdulillah, saya sempurna fizikal dan mental. Insya Allah, zahir dan batin juga.", ujar Naufal panjang.

"Oh, pasal ni ke.. Hmm, uncle boleh bagi keputusan uncle sekarang tapi uncle menghormati hak Munirah juga. Jadi, Insya Allah uncle akan tanyakan Munirah hal ni malam ni.", sejurus Encik Nazri menghabiskan ayatnya, Munirah masuk ke ruang tamu rumah.

"Haa, Baba, tanya Munirah apa tu ?",

"Eh, tak ada apa lah kamu ni... Dah siap ke makan malam ?", tanya Encik Nazri bagi mengaburi perbualannya tadi.

"Erm, dah. Jom lah makan !", ajak Munirah.

Usai makan malam dan sedikit pemanis mulut, kek keju mangga kegemaran Naufal dijamah bersama, Naufal meminta diri untuk pulang. Secara tak langsung dia memberi isyarat pada Encik Nazri supaya berbincang tentang hal yang telah diberitahu sebelum makan malam mereka tadi.

----

"Munirah, baba panggil tu.", ujar Puan Malia disebalik daun pintu bilik Munirah. Tanpa membuang masa, Munirah terus pergi ke bilik baba dan umi nya.

"Ada apa ni, umi, baba ?", Munirah mengambil tempat dihadapan Encik Nazri dan Puan Malia.

"Macam ni, Munirah...",

.

.

.


Wooo, cliffhanger ! :D Stay tuned guys~ I just finished my diploma year yesterday and just got back from Kelantan so I'm 28/5 at home nowadays. A lot more stories coming up Insya Allah ;)

Personal AssistantWhere stories live. Discover now