1.1

8.1K 223 1
                                    

N O V E M B E R

"Akak ni nak letak dekat mana ?", tanya Nadrah yang memegang jambangan bunga ros hidup yang besar.

"Letak dekat bilik akak kot, nanti akak arrange sendiri. Thanks, Nad", jawab Munirah.

"No big deal, my sis in-law.", ujar Nadrah sambil mengenyit mata kearah Munirah. Jawapan Nadrah membuatkan Puan Malia, Puan Hani dan saudara mara Munirah tertawa.

Setelah perbincangan Munirah, Encik Nazri dan Puan Malia pada bulan lepas, Munirah bersetuju kerana dia tahu bahawa baba nya telahpun meredhai cara dan budi bahasa Naufal. Persediaan perkahwinan tidakpun mengambil masa yang lama kerana Munirah inginkan perkahwinan yang ringan sahaja.

Hari majlis pernikahan terus diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Shah Alam terus ke Dewan Banquet MBSA kerana Munirah ingin memudahkan segala jemputan dan urusan majlis kedua-dua belah pihak. Jadi, tidaklah terlalu memikirkan tentang tema majlis, menu untuk pihak pengantin lelaki dan perempuan, dan lain-lain.

Tarikh cantik diambil iaitu 11 November, mereka melangsungkan pernikahan mereka pada jam 2 petang. Ramai antara ahli keluarga, rakan-rakan terdekat, rakan sepejabat Munirah dan Naufal yang telah hadir bagi menyaksikan pernikahan mereka.

"Syed Naufal Bin Syed Akram",

"Saya",

"Aku sebagai wali, menikahkan kamu dengan anakku, Nur Munirah Binti Nazri dengan mas kahwinnya RM 1000, tunai.",

"Aku, terima nikahnya Nur Munirah Binti Nazri dengan mas kahwinnya RM 1000, tunai."

Dengan sekali lafaz, Munirah bergelar isteri Naufal. Doa dan lafaz sakinah dibaca. Saat lafaz sakinah dibaca, hening suasana. Encik Nazri melafazkan bicara...

Serah kini amanahku ini padamu
Nafkahilah dia curah kasih dan cinta
Lebih dari yang ku berikan kepadanya

Dulu esakannya sandar di bahuku
Tangisannya kini ku serah padamu
Bukan bermakna dia bukan milikku
Fitrahnya perlukanmu
Jadikanlah dia wanita syurga
Mengerti benar akan maharnya
Taat itu bukan hanya pada nama
Indah ia pada maksudnya

Berguguran manik jernih dimata Puan Malia dan Munirah. Makna yang mendalam disetiap bait kata-kata seorang ayah yang tegas pada air muka, hatinya perasaannya, hanya Puan Malia dan Tuhan yang tahu.

---

Usai majlis makan bersama ahli keluarga, Naufal dan Munirah pula melayan tetamu menggantikan kedua ibu bapa mereka. Mereka bergambar bersama rakan-rakan dan saudara mara di photobooth mereka. Yang turut menjadi jurugambar pada majlis mereka adalah adik-adik lelaki Munirah iaitu Muslim dan Muaz.

---

Malam itu, Naufal perlu tidur dirumah Munirah kerana barang-barang didalam bilik Naufal untuk dipindahkan ke rumah mereka belum siap dikemas.

"Fuhhh", keluh Naufal yang berbaring dihujung katil Munirah.

"Penat ?", tanya Munirah yang sedang melipat telekungnya setelah solat sunat berimamkan Naufal.

"Hmm, penat walaupun cuma layan tetamu je...", keluhnya lagi.

"Kalau penat, baring lah betul-betul. Nanti sakit badan tu, siapa pula yang nak urut awak...", kata Munirah yang memukul perlahan kaki Naufal. Dengan 'lampu hijau' Munirah, dia bergerak baring disebelah Munirah yang sedang bersandar dikepala katil.

"Sempitnya katil ni...",

"Memanglah, ni katil queen, sebelum ni awak tu tidur seorang, sekarang dah berdua lain lah.", ujar Munirah yang bertongkat dagu memandang kearah suaminya.

"Lain... Apa yang lain nya ?", Naufal mengangkat-angkat keningnya. Munirah hanya mampu menggeleng kepala.

.
.
.
.
.

Personal AssistantWhere stories live. Discover now