0.8

7.2K 225 0
                                    

O G O S

Hampir sebulan Naufal dan Munirah tidak bertegur sapa, termasuklah di bulan puasa ini.

Bukanlah mereka tidak berurusan dalam kerja, tetapi antara mereka tiada lagi bual kosong setiap petang bersama, tiada lagi bertukar cerita, tiada lagi sakat menyakat antara satu sama lain.

Masing-masing bermasam muka. Sehinggakan staf lain juga berasa hairan dengan tiada lagi senyum manis di bibir mereka.

"Hm, pijo, kau suruh Munirah hantar fail projek bulan Julai. Petang ni jugak.",

"Okay, boss !", Pijo menerima arahan, dengan itu dia keluar dan terus ke meja Munirah.

"Hmm, Munirah",

"Ahh, Pijo... Ada apa ?",

"Bos suruh letak fail projek bulan lepas atas meja dia petang ni.",

"Mhm", itu saja respon Munirah. Dia kembali fokus membuat kerjanya.

"Kau ni dah kenapa... Aku pelik tengok kau dengan bos kita tu, dah tak macam dulu.", ujar Pijo membuatkan dahi  Munirah berkerut.

"Macam dulu tu macam mana maksud kau ?...", tanya Munirah masih tertumpu pada kerjanya.

"Ye lah, dulu masing-masing senyum je memanjang. Happening gila lah ! Kitorang pun bahagia je tengok.", jelas Pijo.

"Dah la Pijo, pergi sambung kerja sana...", arah Munirah. Pijo pun berlalu pergi.

---

Munirah telah mengambil cuti seminggu awal sebelum raya kerana sepanjang tujuh bulan dia bekerja disitu, dia tidak pernah mengambil cuti.

Dengan keputusan itu, Naufal terpaksa menyuruh pekerja baru lain menggantikan tempatnya. Huru-hara Naufal jadinya. Mana tidaknya, bak katanya, hanya Munirah dan Kak Jan sahaja yang memahaminya serta cara kerjanya.

---

*Allahuakbar Allahuakbar Laa Ilaha Illallahu Allahuakbar*

Takbir raya berkumandang di Masjid Rahmah berdekatan dengan rumah Munirah. Munirah sekeluarga mengenakan pakaian berwarna pink belacan pada hari tersebut. Usai Munirah sekeluarga sembahyang raya, mereka pun pulang ke rumah terus bermaaf-maafan antara satu sama lain.

Mereka tidak lagi beraya di kampung mereka, di Johor kerana keluarga babanya sudahpun tiada. Hanya ada pakciknya sahaja di kampung, jadi Encik Nazri mengambil keputusan untuk beraya dikampung setelah beberapa hari beraya di Kota Damansara.

Setelah bermaaf-maafan, mereka sekeluarga makan bersama. Ketupat, rendang, kuah kacang, sate dan lemang adalah makanan utama dipagi raya mereka. Sedang mereka menjamu selera, kedengaran bunyi kereta diluar rumah Munirah.

"Eh, kakak, cuba tengok siapa dekat luar tu.", arah umi nya.

"Assalamualaikum !",

"Waalai-", jawab salam Munirah terhenti setelah melihat tetamu tersebut.

"Waalaikumussalam ! Ya Allah, Naufal ! Eh, meh meh meh, jemput masuk !", ujar Encik Nazri kepada Naufal sambil mereka berdua masuk ke rumah.

"Selamat hari raya,uncle... Apa khabar ? ", tanya Naufal sambil bersalaman dengannya.

"Allah... Selamat hari raya... Alhamdulillah, sihat... Naufal ?",

"Alhamdulillah jugak uncle...", senyum Naufal.

"Eh, Naufal ? Jemput duduk... Munirah tak bagitahu pun yang Naufal nak datang ?", tanya Puan Malia pada Munirah yang kini menelan air liurnya.

"Dah dia pun tak bagitahu kita, mana kita nak tahu ?", ujar Munirah.

Personal AssistantWhere stories live. Discover now