A P R I L
"Munirah... Look at here !",
"No... Encik Naufal, please stop taking videos !", rungut Munirah pada Naufal yang sibuk merakam video Munirah ke mana sahaja dia pergi. Berjalan, makan, di pejabat, ke mana saja. Pendek kata, Naufal memang suka menyakat Munirah kerana Munirah memang tidak sukakan kamera.
Naufal menghentikan rakamannya tadi.
"Alah, Munirah ni tak sporting lah !", petah Naufal berbahasa Melayu, walaupun bahasa pasar.
"Me ? Tak sporting ? Seriously... Encik Naufal sendiri tahu saya ni allergic dengan kamera...", ujar Munirah.
"Tapi kenapa ?",
"Entahlah, dari dulu sejak sekolah menengah lagi, saya dididik supaya jangan ambil gambar diri sendiri terlalu banyak untuk tatapan umum.",
"Sebab apa ?",
"Saya kan perempuan. Perempuan sepatutnya simpan je semua selfie dia dalam phone dan tak perlu post dekat public. Bayangkan, kalau ada yang dengki, dia santau guna gambar-gambar tu ? Tak pun, no offense lah tapi lelaki tengok gambar perempuan, especially yang tak menutup aurat dengan sempurna, mesti dapat dosa dekat diri sendiri dan lelaki tu. Belum cerita lelaki yang membayangkan perkara yang bukan-bukan. Tak begitu, Encik Naufal ?", jelas Munirah panjang.
"Eh ? Saya ? Saya tak macam tu okay. Hmm, apa yang awak cakap tu, so accurate. Patut jadi tauladan for all women out there.", Naufal mengangguk-angguk tanda bersetuju.
Biarpun dulu Naufal seorang yang sosial, dia tetap menjaga batasnya antara dirinya sendiri dan Munirah. Ini kerana, dia menghormati Munirah sebagai seorang muslimah yang bertudung labuh.
"But... can I post like one last video of you on my IG ?", Naufal mengerutkan dahinya takut Munirah menolak permintaannya.
"Ugh, janganlah encik Naufal... Nanti apa pula kata fans encik Naufal bila diorang tengok encik asyik post videos about me.",
"Eh... tak ada lah... Kalau ad-... eh, nothing. But please, Munirah ? Yeah ?",
"Ergh, okay.... Promise me this will be the last time ?", Naufal mengangguk-angguk. Munirah hanya bersetuju.
---
[Naufal.SY posted a new video]
"Kak, bos kau post video baru lah !", ujar Marwah pada kakaknya, Munirah.
"Hmm, tahu dah...",
"Ha ? Dah tahu ? But... he just posted this video lah akak...", Marwah mengerutkan dahinya.
"Heh... Dia post video pasal akak lah tu. Dia yang mintak izin dengan petang tadi...", ujar Munirah panjang.
"Waaahh, akak... Tak sangkanya aku, banyak betul video kau yang dia ambil ?...",
"Hah ?! Banyak ?! Dia kata dia nak post satu je ?", Munirah berlari anak dari dapur ke ruang tamu apabila mendengarkan omelan Marwah.
"Ish, memang lah satu je. Tapi, dia buat compilation...!", Munirah yang menonton video itu turut tidak menyangka betapa banyak videonya yang telah dirakam Naufal.
"Hurm, nampaknya cik akak kita seorang ni ada fans lah...", gurau Marwah.
"Haish, jangan mengarutlah !", Munirah menolak tangan adiknya.
Naufal telah post sebuah video kompilasi aksi, reaksi atau waktu mereka makan bersama sepanjang mereka menjadi rakan sekerja. Hampir setiap rakaman berbeza hari dan tempat itu menunjukkan Munirah sangat malu apabila Naufal merakamnya. Video tersebut dikapsyenkan,
"My P.A is allergic to the cameras."
Ramai yang memberi komen yang menjanggalkan seperti,
"Wah comelnya girlfriend Naufal !"
"Naufal punya girlfriend bertudung ? So unbelieveable !"
"Aw, so sweet..."
"Mula-mula personal asisstant, lepastu personal wife..."
YOU ARE READING
Personal Assistant
RomanceSentiasanya cinta tanpa diduga. Kisah ini menemukan Syed Naufal Bin Tan Sri Syed Akram dengan Munirah Binti Nazri, dari hari ke hari, bulan ke bulan, mereka mencipta memori. Sehinggalah mereka sedar, bahawa ada sesuatu yang tertinggal dalam hati ma...