M E I
Munirah's P.O.V.
Alhamdulillah, dua hari lepas baru dapat gaji, memandangkan ini kali pertama aku dapat guna duit untuk diri sendiri, jadi aku akan guna sebaik mungkin !
Maklumlah, bulan-bulan yang lepas kena kumpul duit untuk beli kereta baru. Jadi, terpaksa simpan semua gaji. Duit gas pun mintak dengan baba.
Seperti yang dirancang, aku nak pergi Suria KLCC. Bagi aku, lebih mudah sebab banyak pilihan !
---
Tanpa membuang masa, sejak lepas Zohor lagi kereta Volkswagen Munirah meluncur ke Kuala Lumpur.
Sesampainya disana sudahpun masuk waktu Asar, Munirah terus berjalan ke masjid disekitar taman Suria KLCC. Usai solat, Munirah meneruskan rancangannya untuk membeli beberapa helai baju, kasut dan sebagainya.
Munirah yang tidak cerewet hanya mengambil masa sehingga Maghrib sahaja membeli belah disitu. Setelah menunaikan solat Maghrib, dia terus pergi ke Nando's untuk makan malam disitu.
Tanpa diduga, Naufal juga turut makan malam disitu bersama Ammar Effendy.
"Eh ? Munirah right ?", tanya Naufal yang bangun dari mejanya di belakang terus kepada meja Munirah di hadapan pintu kedai.
"Er, eh ? Encik Naufal ada dekat sini jugak ?!", Munirah turut terkejut.
"Hm, betul lah ni Munirah saya !", ujar Naufal sambil memetik jari.
"Haha, encik ada meeting ke dekat sini ?",
"Eh, no lah. Saya cuma makan dengan kawan saya...", Naufal menunjuk ke arah Ammar.
"...Lagipun, dia dah nak balik. Munirah datang dengan siapa ?", tanya Naufal sambil duduk dihadapan Munirah.
"Um, saya datang sendiri je. I just wanna pamper myself today. Lusa dah busy kerja.", kata Munirah.
"Bruh, what's up ?", Ammar tiba-tiba mendekati Naufal dan Munirah.
"Oh, hey sorry bro. This is Munirah, Munirah, this is Ammar",
"Hey, Munirah !",
"Hey, Ammar... Husband Medina right ?",
"Yes. Well, sorry guys, I've got to go first. Bro, aku balik dulu. Gotta fetch the twins at my mom's house.", Naufal bersalaman dengannya kemudian Ammar berlalu pergi.
(if anyone tak tahu pasal cerita Ammar-Medina, boleh check profile saya, story bertajuk "You're NOT My Type !)
"You're eating alone right ? Tak pe, malam ni saya belanja !",
"Eh !!! Tak perlulah encik Naufal... Encik dah selalu treat saya cheesecake, lunches and everything. Nevermind, encik Naufal...", ujar Munirah panjang.
"Munirah, can you do me a favor ?", tanya Naufal membuatkan Munirah mengangkat keningnya.
"Only for encik Naufal.", Munirah meniru ayat Naufal membuatkan Naufal tertawa mengingatkan itu baris ayat yang sering dikatakan pada Munirah.
"Okay, do what, encik Naufal ?",
"Stop that.",
"That ? Stop what ? Copying you ? I bet this is like my first ti-", belum sempat Munirah menghabiskan ayatnya, Naufal menjampuk.
"Munirah, stop calling me 'Encik'", nada suara Naufal berubah sedikit tegas.
"But why ?",
"Awak tu, dah macam kawan saya tau. Hampir setiap masa saya sehari-hari bertemankan awak dan karenah awak.",
"Karenah ? Saya problematic ke encik ?",
"There you go again, stop calling me that. No lah, saya maksudkan saya dah kenal macam-macam pasal awak. Saya anggap, kita ni dah macam kawan.",
"Oh okay...", perlahan Munirah akur.
Sejak itu, Munirah hanya memanggil Naufal dengan namanya sahaja.
---
Usai makan malam, Munirah meminta izin untuk pulang dan mereka saling bertukar lambaian dan selamat malam.
YOU ARE READING
Personal Assistant
RomanceSentiasanya cinta tanpa diduga. Kisah ini menemukan Syed Naufal Bin Tan Sri Syed Akram dengan Munirah Binti Nazri, dari hari ke hari, bulan ke bulan, mereka mencipta memori. Sehinggalah mereka sedar, bahawa ada sesuatu yang tertinggal dalam hati ma...