Bab 3

422 12 0
                                    

Isabelle termenung di tangga. Dengan gaun kembangnya dan teddy bear besarnya, dia menongkat dagu.

Nek Zizah yang baru saja datang dari dapur menggeleng bersama keluhan panjang. Sudah dua hari Isabelle di rumahnya. Dua hari jugalah dia termenung di tangga hampir sepanjang masa. Sekurang-kurangnya, dia tidak lagi menangis.

"Isabelle," panggil Nek Zizah seraya mengambil tempat di sisi Isabelle.

Isabelle menoleh sekilas.

"What is it?" Dia memandang hadapan kembali, merenung halaman. Pandangannya terhala ke jalan masuk.

"Isabelle tengok apa?" Hakikatnya, Nek Zizah tahu apa tujuan Isabelle duduk di situ.

"I'm waiting for my grandpa and granny."

Nek Zizah mengusap kepala Isabelle lembut.

"Lambat lagi nenek nak datang, Isabelle. Tak nak tengok TV?"

Isabelle menggeleng.

"No, I want to wait here."

Nek Zizah mengeluh perlahan.

PAAN menendang batu-batu di kakinya. Bosan. Nak main tapi tak ada kawan. Aman ke kampung sebelah dengan atuknya. Chan di kedai bapanya.

Ah, bosan! Paan menggaru kepalanya yang tidak gatal. Tiba-tiba...

"Yes! Rumah nenek!"

Paan melompat turun dari pangkin bawah pokok jambu yang dibuat ayahnya setahun lalu. Dia menuju ke satu destinasi untuk mencari kawan baru. Sasarannya? Sudah pasti Isabelle.

"Assalamualaikum nek..."

Suara Paan memberi salam membuatkan Nek Zizah menjengah ke bawah. Mata bulat Isabelle turut singgah di wajah Paan.

"Hah, kamu Paan. Nak mengaji lagi ke? Kan tadi dah mengaji?" Hairan Nek Zizah melihat Paan tersengih-sengih duduk di anak tangga yang paling bawah.

Di hujung minggu, Paan akan mengaji selepas makan tengah hari. Hari sekolah, Paan akan mengaji pada petang hari. Pukul enam selepas pulang dari sekolah.

"Tak lah nenek," sengih Paan lagi.

"Nek..." meleret pula panggilannya.

"Hmm, nak apa? Panggil macam tu adalah tu yang nak dimintanya." Nek Zizah mencelah pantas. Sengih Paan lagi.

"Nak ajak Isabelle main boleh tak?"

Nek Zizah mengerutkan dahi.

"Buat apa? Mana Aman? Chan?"

Paan memuncungkan mulutnya.

"Dia orang tak ada. Sibuk."

"Kecik-kecik dah pandai sibuk. Sibuk apalah sangat," cemik Nek Zizah.

"Boleh tak nek?" minta Paan lagi.

"Nak main apa? Dia ni perempuan, kamu tu lelaki. Jangan bawa dia terjun sungai pulak."

"Ish nek, apa pulak mandi sungai. Taklah. Kawankan Paan je. Bosanlah," Paan memujuk.

Nek Zizah mengerling Isabelle yang terpinga-pinga.

"What do you want?" Isabelle menyoal tiba-tiba.

Paan terdiam. Pandang Nek Zizah. Pandang Isabelle. Dia garu kepalanya.

"Nek, apa dia cakap?"

Nek Zizah tergelak sendiri.

"Hah, nak main dengan dia, nak kawan dengan dia, kamu tu, cakap omputih faham ke? Dia ni mana reti cakap Melayu."

Istilah Cinta Untuk DiaWhere stories live. Discover now