Bab 5

316 8 0
                                    

"Isabelle..."

Dikuak pintu itu. Isabelle sedang memeluk teddy bearnya di atas katil kayu itu. Mata bulatnya mengerling Nek Zizah.

"What do you want?"

Nek Zizah mendekat. Dilabuhkan punggungnya di sisi katil itu.

"Ada orang nak jumpa Isabelle. Dia orang bawa hadiah..."

Isabelle tidak menjawab. Wajahnya jelas kebosanan.

"Who?"

Nek Zizah tersenyum. Dia menoleh ke pintu bilik.

"Paan, mari masuk."

Paan muncul, bukan seorang. Di belakangnya, Aman dan Chan. Di tangan Paan ada sesuatu yang bergerak-gerak. Isabelle menjeling Paan, matanya jatuh pada tangan Paan.

"What is that?"

Paan menghampiri bersama sengih lebar.

"Nah, untuk awak," dihulurkan tangannya pada Isabelle.

Isabelle menolak patungnya ke tepi. Huluran Paan disambut.

"Wow! A kitty!" Isabelle bersorak ceria.

Dipeluknya anak kucing itu dan dibelai-belainya lembut. Paan memandang Chan dan Aman. Masing-masing tersenyum.

"Awak nak main dengan kami?" tanya Chan.

Isabelle mengangkat mukanya.

"What? Who are you?" pelik pandangannya pada Aman dan Chan.

"Ini, Chan dan ini Aman."

"Hello, I'm Isabelle."

"Dah tahu dah," balas Chan yang sudah terpukau.

Aman pantas menyiku Chan, menegur kata-katanya. Tersedak Chan.

"Nice to meet you, Isabelle," tergagap-gagap Chan berbahasa Inggeris.

"Eh, macam mana kau tahu cakap orang putih?" tegur Paan tak puas hati.

"Ha tulah kau, tengoklah cerita orang putih. Time Teacher Aini masuk kelas jangan tidur!"

Paan angkat tangan, nak sekeh Chan. Chan cepat-cepat mengelak.

"Acah je..." sengih Paan.

Chan gigit bibir geram. Mereka yang lain ketawa saja.

"Isabelle, nak main dengan Paan?" Nek Zizah mengelus kepala yang bertocang dua itu lembut.

Isabelle menunduk.

"I want to feed him. He's hungry."

"Okey, kita bagi dia makan ya," lega Nek Zizah tersenyum.

Isabelle angguk. Riuh-rendah dapur Nek Zizah kerana semua mereka turun ke dapur. Paan tersenyum senang.

"PAAN!"

Suara Haliza yang bagai halilintar itu membuatkan Paan tersentak. Dia menoleh ke belakang. Haliza sedang bercekak pinggang di depan biliknya.

"Paan ke rumah nenek ke?" garang Haliza bertanya.

Paan ketap bibir. Takut.

"Tak, ibu. Paan... main dengan Chan dan Aman." Haliza merengus kasar menghampiri Paan.

"Paan ingat tak apa ibu cakap semalam?"

Paan angguk. Sepi.

"Apa ibu cakap?"

Istilah Cinta Untuk DiaWhere stories live. Discover now