Selepas kejadian tersebut, aku sedaya upaya elakkan diri dari bertemu atau bertembung dengan Xiumin Sunbae. Entahlah kenapa dengan aku ni. Setiap kali terserempak dengan dia seperti di koridor aku akan ambil jalan lain untuk elak dari bertembung kadang-kadang di tangga pun aku sanggup lompat turun kebawah asal tak bertemu dengan Xiumin Sunbae. Dekat tempat kerja pula, aku akan sentiasa sibukkan diri. Aku tolong mei dan wen unnie. Walaupun aku tahu Xiumin Sunbae ada juga cuba tegur aku, tapi aku cepat-cepat elak dan terus aku pergi.
Sudah seminggu berlalu, aku masih macam tu. Kadang-kadang aku sendiri pelik, 'aku ni..benci Xiumin?' Bisik hatiku. Waktu itu aku berada di atas bumbung sekolah. 'Atau sebaliknya?...ishh!! Mustahil, mustahil......' aku mengeluh. 'Sebelum ni aku tak pernah kisah pun benda-benda ni. Lagipun Sunbae cuma nak buat aku tenang, walaupun caranya buat aku hampir jatuh ha....'
"Oit, kau buat apa kat sini?" Tanya suara itu. Aku memusingkan kepala dan tersenyum. "Anyeongheseyo Sunbaenim" bilangku pada Kris Sunbae. Dia muka mengiyakan. "Jawablah soalan aku" tanya dia lagi. "Tak ada apa-apa, cuma tenangkan diri saja" aku menjawab soalannya sambil melihat dia duduk di sebelahku. "Ya ke tenangkan diri? Ke cuba mengelak dari Xiumin?" Aku terkejut dengan pertanyaan tersebut, tapi kemudiannya aku tersenyum kecil. "Nampak sangat kau cuba nak mengelak dari dia. Kalau iya pun, cuba elak tak perlu lompat dari tingkat 3" bilang Kris sunbae sambil menggelengkan kepala. Aku menggaru kepala yang tidak gatal, malu barangkali. "Yeong..apa hon hoon...ish! kau ada nama pendek sikit tak? Atau gelaran ke? Nama kau kadang-kadang susah nak sebut" aku tersengih kecil dengan gaya Kris Sunbae yang terkulat-kulat menyebut nama aku. "Ying..." ujarku perlahan dan terus bangun, Kris sunbae turut mengikut rentak kerana loceng sudah pun berbunyi. "Haaa, sebelum terlupa...tujuan aku cari kau ni sebab nak bagi kad ni" Kris Sunbae menghulurkan kad. Aku menghidu dan berkerut. Kris tergelak, melihat riak mukaku. "Memang dia Serigala tapi untuk menghormati pontianak jadi Raja perintahkan kami buat kad untuk setiap mereka yang pontianak boleh mengetahui maklumat dengan memegangnya manakala serigala dengan menghidunya" penerangan Kris sunbae menunjukan tampok pemerintahan masih dikawal oleh Raja walaupun begitu masih ada yang cuba melanggar daulatnya. "Tapi...saya rasa tak agaknya."bilangku berjalan perlahan kearah pintu untuk keluar dari bangunan. "Kenapa? Oo..dance neo style aniya?" Tanya Sunbae. Aku ketawa kecil apabila aksi dia menari agak melucukan. Tiba-tiba hidungku dapat menangkap bau yang aku kenal. "Kris, kau menari apa?" Tanya Xiumin Sunbae. "Haha..ni ha aku bagi kad dekat..Ying" bilang Kris Sunbae sambil menggosok kepala aku. "Sunbaenim, jangan. Nanti jatuh beanie saya ." Aku mengelak Kris Sunbae dari bermain dengan kepalaku. "................" entah kenapa pandangan Xiumin Sunbae agak berlainan. "...kalau tak ada apa-apa saya pergi. Anyeongkeseyo" aku tunduk hormat, dan berlalu pergi. Aku melangkah laju ke kelas,
"Yeonhoon!! Berhenti." Ada suara yang menyeruh aku berhenti. Aku pusing ke belakang. "Ehh, Tao. Kau tak masuk kelas lagi?" Tanya aku melihat dia yang tersengih-sengih. "Hehehe...kau pun sama." Balas Tao. "Jom lah nanti lambat pula" bilangku meneruskan langkah. "Haa..Kau pergi tak Majlis Hari Jadi Raja?" Tao pula tanya soalan yang sama. Aku menggeleng. "Kenapa? Pergilah...." bilang Tao dengan suara Aegyo. Aku senyum, "Tengoklah." Balasku pendek. "Kalau kau tak ada pasangan, kau boleh je jadi pasangan aku" kata Tao sambil meletakan tanganya pada bahuku membuatkan jarak aku denganya rapat. "Nanti aku fikirkan" bilangku. Kami berdua melangkah terus ke kelas.
ANDA SEDANG MEMBACA
EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]
FantasiZhang Linghun menuruni tahta kerajaan Negara Aurora dan pergi kedunia manusia dari diburu kelompok yang dipanggil Lembaga. Kuasa yang dimilikinya membuatkan diri menjadi suatu anugerah dan sekaligus sumpahan yng harus dipertahankan. Ketika disana di...
![EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]](https://img.wattpad.com/cover/28049324-64-k659369.jpg)