Antara sumpahan & anugerah

127 8 3
                                    

*4 tahun yang lalu*

Aku membalik batu-batu kecil yang berada di tepi  tasik yang yang semula jadi berada di dalam istana dengan perasaan marah. ' Macam aku nak main dengan kawan lepas ni? Takkan aku nak kena terperuk dalam "penjara"? Dengus aku mencampakkan lagi batu kedalam tasik. "Perempuan tu..perempuan tu kenapa nak turun takhta? Ishh! Menyusahkan betul!!" Jeritku. "Auch!! Sakit lah" jeritku lagi kerana kepala aku seperti di baling dengan sesuatu. "Ishh siapa yang...."aku terdiam apabila melihat seorang budak perempuan yang berada di atas pokok. Mukanya putih pucat, mata hitam biasa , rambutnya panjang hingga ke pinggang berwarna hitam pekat dan dia mengenakan dress victoria berwarna biru putih melihat aku dari atas. "Kau ni!! kau nak apa?.... kau baling epal kat aku!?" aku marah, apabila dia hanya memandang kosong kearahku. Kemudian dia berdiri atas dahan pokok tersebut, dan turun dari situ. Aku hanya mendengus, dan hendak pergi dari situ tapi badanku tiba-tiba tidak boleh bergerak. 'Ehh?! Kenapa ni? Berat semacam saja?' Aku sedaya upaya cuba untuk mengerakkan badanku supaya bergerak.Entah kenapa badanku tiba-tiba mengeluarkan asap, tapi yang aneh sejuk dan tiba-tiba sahaja suasana menjadi kabus. Badanku yang tadi tidak boleh bergerak, dapat semula aku mengawalnya. Kabus-kabus sejuk tadi perlahan-lahan hilang, tiba-tiba budak itu kedudukannya lebih dekat berbanding tadi. Dia memerhatikan aku, kali ini pandangannya mempunyai makna tersirat. "....kau..." katanya perlahan, terus tiba-tiba pandangan aku menjadi kabur dan gelap.

"Apa yang kau buat pada anak aku budak!??" Jerkah suara itu. "Puan, bawa bersabar, Ying tak buat apa-apa pada Minseok" suara lain mencelah. "Kau diam! Budak ini mempunyai kuasa yang jahat, bawa sumpahan kepada orang lain" bilang suara yang jerkah tadi. Suasana yang bising itu, membuat aku terganggu. Perlahan-lahan aku cuba membuka mata walaupun terasa berat. "Ibu...?" Bilangku perlahan, tekak agak kering membuatkan aku rasa sangat dahaga. "........" tiba-tiba ada tangan yang menyuakan gelas kepadaku, "ehh..kau bagi apa pada anak aku?" Aku tidak peduli dengan pertanyaan ibuku, terus sahaja tangan aku menyambut air dan meneguknya sehingga habis. Aku mengelap mulutku dari sisa-sisa air yang melekat, dan memberi semula gelas tersebut kepada orang tadi. "...Ehh?? Kau??" Tanyaku melihat budak perempuan yang pelik itu. "Minseok, kamu tidak apa-apa?" Tanya Ayahku yang sedari tadi diam mula bersuara. Aku mengangguk perlahan, melihat ayahku, dan melihat sekelilingku." Kenapa Minseok ada di sini ayah, ibu?" Tanyaku pula. Ibu menunding jari dengan muka yang merah menyala, "Dia! Perempuan ini telah berikan kamu kuasa jahat! Dia mahu bunuh kamu!" Terang ibu, dalam keaadaan emosinya seperti mahu sahaja menerkam budak perempuan yang berada di sebelahku. Aku memandangnya, aneh, tidak ada secalit takut pada mukanya mahu pun rasa bersalah. "........." budak itu hanya diam seribu bahasa. "Sudah-sudah lah tu yeobo, dia tak bersalah. Bukankah sudah di bilang oleh makciknya?" Terang ayah yang sudah nampak pening dengan sikap ibu yang seperti harimau. "Ahh~! Bohong! Mereka saja mereka-reka cerita. Aku tahu kau tak suka anak aku naik takhta bukan?" Tanya ibu sambil berjalan kearahnya. Seorang wanita awal 20an cuba menghalang tetapi budak perempuan tu memberi syarat "tak perlu" dan berdiri betul-betul dihadapan ibuku. "Ciss..mentang-mentang kau ini Pemaisuri, kau fikir kau boleh suka-suka hati sakitkan orang?! Kau tahu tak, satu istana tempat yang kau tinggal tu tak sukakan kau dari kau lahir lagi?! Menyusahkan orang! Sejak lahir lagi kau itu hanya satu sumpahan yang akan membawa bala pada orang! Sekarang ini kau cuba beri bala tu pada anak aku?! Berani kau ya!" Marah ibu, nampak urat-urat hijau timbul. Entah kenapa ibu hilang pertimbangan, menampar budak perempuan itu, sehingga dia terjatuh. "Puan!!!" Jerit wanita sebelah budak itu, cuba membantu dia untuk bangun. "Yeobo! Kenapa perlu sampai begitu sekali? Sedarkah kamu yang baginda masih seorang Permaisuri negara ini?" Kali ayah pula yang masuk campur. Ayah pergi kearah budak itu, "Maafkan patik tuanku. Isteri patik sangat menyayangi anaknya. Oleh itu dia bertindak di luar kawalan" ayah cuba melutut dihadapan budak perempuan itu. Budak itu pula, menghalang ayah dari melutut. Budak itu bangun, dan mengelap luka dibibirnya akibat tamparan ibu yang kuat itu. Tiba-tiba tangan budak itu bercahaya, "....Maafkan saya. Saya tidak di minta untuk dilahirkan kedunia. Jika diberi peluang, saya juga mahu hidup sepertimana kanak-kanak seusia saya jalani hidup mereka dengan bahagia" bilangnya sambil meletakkan tanganya yang bercahaya pada bibir yang luka itu. "Puan, saya hanya seorang penjaga, bukan pemberi. Saya tidak ada hak untuk memberikan kuasa kepada siapa-siapa yang saya kehendaki" bilangnya lagi, tangannya yang bercahaya tadi perlahan-lahan hilang dan lukanya turut tiada. Dia pergi kearahku dan duduk dibirai katil, menghadap aku dan keluargaku. "Kuasa itu lah yang memilih siapa yang layak menjadi tuannya, jika mereka menyukai orang itu, tiada siapa yang boleh menghalang kuasa tersebut" kali ini tangannya memegang tangan kiriku  dan mengalihkan tanganku. Aku terkejut, tangan aku seolah-olah bercahaya, dan padanya ada lambang seperti bentuk sajli yang kecil. "Anak Tuan dan Puan dipilih oleh kuasa jenis Frost, ia boleh membekukan apa sahaja dan kuasa ini mempunyai pasangan" kali ini dia memandangku. "Pasangan?" Tanya aku sekian lama aku hanya mendiam dan memerhati dia.' Mata dia..bukan hitam ke tadi? Kenapa macam mana boleh jadi perang?' Monologku dalam hati melihat di hadapanku. Dia mengangguk perlahan, dan muncul pada tangan kanannya bulatan air. "Cuba..." dia menyuruhku menggunakan kuasa tersebut. Aku agak ragu-ragu pada mulanya, tapi jika betul aku adalah tuan kepada kuasa ini maka kuasa ini pasti mendengar kata-kataku. Perlahan-lahan kabus sejuk muncul dalam bilik. Semua yang ada menjadi kaget, begitu juga aku. Aku melihat ibu aku yang menjadi tidak keruan, risau rasanya. "Masih banyak yang perlu dipelajari. Bermula dengan cuba kenal kuasa kamu" bilangnya sambil menunjukan gabungan air dan kabus tadi menyebabkan air itu menjadi beku. Kabus-kabus yang menyelebungi tadi perlahan-lahan hilang. Aku kaku di situ, melihat dia bangun dan berjalan kearah ayah dan ibu. "... apabila seseorang cuba mengunakannya dengan cara yang salah, maka ia menjadi suatu sumpahan. Tapi jika digunakan dengan cara yang sebaliknya maka ia suatu anugerah" katanya dan terus berjalan kearah pintu. "Saya harap dengan turunnya saya dari tahkta, tuanku dapat menjaga keamanan negara yang seperti diinginkan oleh rakyat. Berlatih dengan kuasa itu, kemungkinan besar ia dapat membantu tuanku kelak" bilangnya terus keluar dari kamar ku dengan wanita yang selalu disampingnya.

Sejak dari hari itu, aku cuba berlatih walau ditegah ibu. "Kenapa mesti anak kita abang? Kenapa perlu anak kita yang ada kuasa itu? Perempuan itu, lepas sahaja dia turun dari takhta terus hilang. Tahu-tahu saja yang perkara ini akan berlaku" Aku terdengar perbualan ibu dengan ayah dalam mereka waktu melewati kamar tidur. "Yeobo, apa yang boleh kita buat? Kan Tuan...Puteri sudah kata, tidak kuasa yang boleh menghalang kalau ia sudah 'pilih' tuannya" bilang suara ayahku. Aku hanya terdengar ibu mengeluh kecil kemudian kamar mereka menjadi gelap. Aku berlalu pergi, perlahan-lahan melangkah ke kamar bacaan di dalam istana. Sejak menjadi Raja, ini aku agak sibuk memikirkan persengketaan antara Serigala dan Pontianak. Mereka sama-sama hebat, sama-sama gagah. Tapi sayang seribu kali sayang, mereka mempunyai semangat kekauman yang sangat kuat. Peperangan selalu berlaku antara mereka tidak kira kecil atau besar masalah itu pasti perang akan tercetus. 'Pening pula aku fikir benda-benda ni semua. Ambil udara dulu lah, kurang sikit semak kat dalam kepala aku ni' bisikku dalam hati terus melangkah ke balkoni di kamar bacaan. Aku membuka pintu dan menarik nafas sedalam-dalamnya dan hembus perlahan-lahan. Bukan aku tidak tahu, ibu sebenarnya tersentap dengan bualan orang-orang istana. Lebih-lebih lagi, ahli lembaga. Bukan aku tak tahu, mereka itu selalu menyendir aku. Hanya kerana aku pernah membekukan gelas disebabkan menahan amarah salah seorang ahli lembaga mulutnya bagaikan ular berbisa, maka semua melihat aku sebagai ancaman. Aku mengeluh kecil, ditangan aku sekarang ini adalah buku yang mempunyai setiap rahsia kuasa tersebut termasuk aku. 'Bila tengok balik, bukan ada 1 atau 2 kuasa tapi masih berbaki 11 kuasa. Tapi, siapa saja yang ada kuasa tersebut?' Gumanku perlahan. Tiba-tiba pergelanganku terasa sakit, pedih semacam, buku yang berada ditanganku terjatuh. "Kenapa ni?" Gumanku lagi. Kali ni sakit itu sudah tiada cuma tatu yang berada ditanganku bercahaya terang, aku terkejut belum sempat apa-apa cahaya tersebut perlahan-lahan malap dan kemudian hilang. Aku masih bingung tidak faham apa yang sebenarnya berlaku. Lalu aku mengutip buku yang tidak sengaja aku jatuhkan dan cuba mencari kalau-kalau ada bab yang baru saja terjadi pada aku. "Haaa..ni" ujarku perlahan.
Setiap pemegang kuasa akan mempunyai tatu pada setiap pergelangan mereka kecuali penjaga-penjaga mereka. Dan tatu tersebut bukan hanya sebarang tatu, tetapi tatu tersebut sebagai tanda bahawa mereka adalah salah satu anggota kita. Tatu juga adalah sebagai satu petunjuk kepada mereka untuk menemui pasangan atau kelompok mereka. Tatu tersebut memberi tanda dengan rasa kesakitan seperti di sengat kemudiannya bercahaya terang sebentar sebelum ia hilang....'
Aku hanya mengetuk meja dengan jari, dan tersenyum. "....mereka di sini.." bilangku perlahan dan melihat kearah kerajaan yang megah ini

EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]Where stories live. Discover now