'Selamat datang ke Lemon Cafe. Boleh saya ambil pesan encik?' Aku mengucapkan selamat dan bertanya kepada pelanggan lelaki itu. 'Ya. Saya nak buat pesanan ringkas. ' kata lelaki itu dengan senyuman yang menggoda. 'Pesanan ringkas? ' mengulangi ayat itu dan tapi yang lebih peliknya matanya memandang wajahku seperti mengharapkan sesuatu. "Mungkin dia betul-betul nak tinggalkan pesanan" Bisikku. 'Apa pesanan encik?' Aku mengukir senyuman melihat dia mengeluarkan kertas dari poket baju dan menyerahkan kertas itu padaku. "Sudi tak awak keluar dengan saya? ;-)" aku membaca isi kertas itu yang mana namaku tertulis di bawah. Aku memandangnya serta merta dia mengambil tanganku 'awak sudi tak?' Tanya lelaki itu. Aku melihat kearah matanya lalu mengeluh "kau tak nak aku kalau aku tunjuk siapa diri aku" monolog ku. Belum sempat aku menjawab soalan itu tiba-tiba badanku seperti ditarik ke belakang. "Aku kenal bau". 'Ya, ada apa - apa yang boleh saya bantu?' tanya Xiumin Sunbae pada lelaki itu. 'Eh..tak pernah nampak awak kat sini pun? Yeonghon siapa dia ni?' tanya lelaki itu. 'Ah..ni pekerja baru xiu...' belum sempat aku menghabiskan ayat Xiumin Sunbae memintas ' Xiumin ' tegas sedikit bunyinya. Dia menoleh kearah ku ' Dan teman lelaki dia ' bilangnya lagi menoleh kearah lelaki itu semula. Aku terkejut dengan tindakan Xiumin Sunbae tapi aku tahu dia cuma hendak tolong aku kerana aku dan manusia tak mungkin..bukan tak boleh bersama. Tak macam cerita 'Twilight' pontianak dan manusia serta serigala jadian boleh ada perasaan tanpa perlu fikir siapa yang mereka cinta..kalaulah itu aku. 'Yeonghon - ah betul ke? tanya lelaki itu. Aku melihat kearah matanya lalu mengangguk perlahan. Tiba-tiba tanganku ditarik ' Saya harap anda faham' bilang Xiumin Sunbae lagi. Ketika aku dalam dakapan Xiumin Sunbae aku nampak lelaki itu sangat kecewa pada wajahnya. 'Saya minta maaf kalau mengganggu teman wanita awak. Maaf' ujarnya sebelum berlalu pergi. Aku mengeluh perlahan sambil melihat dia pergi. 'Ter..' lagi sekali badanku di tarik ke tapi kali ini Xiumin Sunbae menunduk kepalanya 'Lain kali jangan letak harapan pada 'mereka' kalau tak nak jadi apa-apa pada mereka. Faham? ujar Xiumin Sunbae wajahnya tegas tapi lembut. Aku menundukkan kepala dan menangguk. Kemudian dia berlalu pergi.' Nak buat pesanan boleh tak? '
Terkejut aku melihat Luhan Sunbae, Chanyeol, Kai dan Tao. 'Yeonghon - ah jadi kau pun kerja kat sini? 'tanya Chanyeol padaku.' Ya. ' jawabku pendek. 'Kau orang buat apa dekat sini? 'tanyaku pula.' Nak menari' ujar Kai terus menari. Luhan Sunbae menggeleng kepalanya 'Xiumin ada? ' aku mengangguk kepala 'Nak apa cari aku?' terkejut aku tiba-tiba saja Xiumin Sunbae di sebelah.' Haiss..tengok hyung takkan tak boleh?'kata Chanyeol pada Xiumin Sunbae. Xiumin Sunbae merenung tajam pada Chanyeol terus chanyeol menunduk kepalanya. 'Janganlah kau salahkan dia. Aku punya idea nak jumpa kau' bilang Luhan Sunbae. 'Kalau ada apa-apa, kat rumahkan boleh jumpa' marah Xiumin Sunbae walaupun muka tak tunjuk tapi suaranya begitu tegas.' Ikutkan hati aku memang tak kisah tapi bila aku tengok aku rasa baik aku terus jumpa kau' menunjukkan fail pada tangannya. "Aku kenal fail tu. Fail itu dari kerajaan" bisik hatiku. Berkerut muka Xiumin Sunbae melihat fail itu. "Tapi bukan sebarang makhluk boleh melihat fail tu melainkan Xiumin Sunbae ada kena mengena dengan dengan kerajaan tersebut. Takklah dia ada jawatan dalam kerajaan tu?"bisik hatiku lagi. Malas ambil pusing aku terus membuat kopi yang di pesan oleh Kai kerana terlalu penat dengan pentas khasnya tadi manakala Chanyeol dan Tao ketawa pada Kai yang kepenatan. Tapi dalam kepala aku cuma fikirkan apa yang di bincangkan sehingga Xiumin Sunbae terkejut dan melihatku dengan wajah yang berkerut ketika aku meletakkan minuman pada mereka berdua.
YOU ARE READING
EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]
FantasyZhang Linghun menuruni tahta kerajaan Negara Aurora dan pergi kedunia manusia dari diburu kelompok yang dipanggil Lembaga. Kuasa yang dimilikinya membuatkan diri menjadi suatu anugerah dan sekaligus sumpahan yng harus dipertahankan. Ketika disana di...