Kawan...?

695 29 2
                                    

'Kenapa kamu lambat yeonghon?'tanya guru kelasku. Sesampai saja aku di sekolah terus saja aku pergi ke bilik guru untuk laporkan diri.'Maaf cikgu, saya memang sudah datang awal, tapi saya terlupa barang jadi saya balik rumah' terangku bersungguh-sungguh.'Apa bukti yang awak datang awal? tanya guru kelasku lagi.'Kalau aku bagi kau bukti, kau pula yang pengsan nanti' monologku dalam hati.'Saya boleh jadi saksi yang dia datang awal' bilang suara itu. Kami berdua mengalihkan pandangan ke arah suara itu dan melihat seorang lelaki yang memberi senyum pada kami...mungkin.'Oo..Suho. Macam mana kamu tahu yang yeonghon datang awal?' tanya lagi cikgu perempuan pada lelaki yang bernama Suho.'Saya nampak dia tadi pagi. Memandangkan dia kalut sangat jadi saya tak sempat nak tanya dia nak pergi mana' terang Suho pada guru yang paranoid itu.Guru perempuan itu memandang kami bersilih ganti, kalau boleh nak nak aku cucuk-cucuk saja mata cikgu ini. Bukan nak kurang ajar tapi kalau kau orang duduk dekat tempat aku, percaya lah kau orang akan rasa benda yang sama.'Selamat pagi cikgu. Cikgu panggil saya ke?' tanya seorang lelaki yang tinggi lampai yang menyapa guru perempuan itu.'Ya Chanyeol, memang saya panggil kamu. Kenalkan ini Jang Yeonghon. Dia pelajar baru dan akan belajar di kelas 1-1 mulai hari ini' terang guru perempuan pada Chanyeol.'Budak baru ini ke cikgu?' tanya Chanyeol pada guru itu,. Guru itu sekadar menganggukkan kepala.' Saya harap kamu jaga diri baik-baik' ujar guru perempuan itu dengan senyuman yang tersirat.'Apa maksud dia?' bisik hatiku. Kami berdua memberi tunduk hormat dan mengikut Chanyeol di arah belakang.'Selamat belajar di sini Yeonghon' kata Suho. Aku cuma menganggukkan kepala.'Anyeong hyung. Jumpa waktu rehat' kata Chanyeol pada Suho sunbae (baru tahu yang dia senior). Suho cuma tersenyum dan kami berlalu pergi.'Kenapa jalan di belakang? Sini berjalan seiringan dengan saya senang nak cakap'bilangnya menarik tanganku.'Panas...macam lelaki tadi.Aneh...? Bisikku dalam hati. Sekarang ini aku menggunakan suhu badan manusia jadi aku rasa pelik dengan suhu badan mereka ini.'Nama saya Park Chanyeol. Ketua kelas untuk kelas 1-1. Saya harap kita jadi kawan' bilang Chanyeol dengan girang.' Saya pun harap benda yang sama' bilangku menghadiahkan senyuman.

'Beri perhatian semua. Hari ini kita ada pelajar baru' kata Chanyeol pada rakan-rakan di dalan kelas. Yang aku tunggu di suruh tunggu di luar kelas katanya nak buat mereka terkejut.'Siapa?' tanya suara itu. 'Kejap aku panggil dia masuk' kata suara Chanyeol dan aku mendengar langkah kearah pintu. Pintu itu diselak dan 'masuk la' ujarnya dengan senyuman yang di ukir. Aku melangkah masuk ke dalam kelas dan melihat semuanya LELAKI!.'Nampaknya...aku seorang saja yang perempuan' monologku dalam hati dan cuba mengawal reaksi wajah.'Mari..kenalkan diri pada semua' ujar Chanyeol menarik lagi tangan ku ke hadapan. Aku menarik nafas dan 'Anyeongheseyo, saya Jang Yeonghon. Selamat berkenalan. Saya harap kita semua boleh jadi kawan' bilangku dan menunduk hormat.'Yeonghon ah~ saya nak jadi kawan awak' ujar lelaki yang berada di bahagian tengah meja. Semua kelas ketawa bila mendengar kata-kata lelaki itu, aku cuma senyum.'Jangan berangan la dia nak kawan dengan kau Sehun. Dengan cara kau macam ini' kata lelaki yang berada di sebelah Sehun.'Kenapa pula. Dia tak kata apa-apa pun. Betul tak Yeonghon? Kita kawankan' aku menganggukan kepala.'sudah la tu. Yeonghon awak boleh duduk dekat sebelah Tao'kata Chanyeol dan menunjukkan tempat dudukku. Tao melambaikan tangannya terus saja aku berjalan kearahnya. Ketika aku duduk,Sehun datang kearahku'kalau tak duduk dengan awak pun tak pe la. Waktu rehat nanti,kita rehat sama-sama ya' kata Sehun dengan aegyo.'Kau ini tak habis-habis lagi nak usik dia. Jamgan layan sangat dia ini. Oh lupa pula, nama saya Kai. Selamat berkenalan' menghulurkan tangan dan aku menghulurkan tanganku tapi di sambut oleh Sehun.'ya..yang kau sibuk apa hal?'terus saja Kai memukul belakang Sehun.'Biar saja mereka ini,selalu macam tu' ujar Tao lalu menghulur tangan.'Tao' pendek saja perkenalan diri.'Yeonghon' sekadar mengikut rentak. Pelik berbanding tangan lelaki yang aku langgar, Chanyeol, Sehun...panas tapi Tao...sejuk macam nak beku. Aku mengawal reaksi wajah agar tidak dipersoalkan.'Nanti apa kata awak dan kita semua rehat sekali? Alang-alang boleh saya kenalkan awak dengan hyung kami.'Kenapa pula? Aku baru nak bawa pergi 'date' dengan aku saja. Kau orang sudah nak sibuk pula' ujar Sehun dengan wajah yang cemberut.'Ingat elok sangat buat muka macam itu?'tanya Chanyeol dengan muka tak puas hati.'Memang pun. Kan Yeonghon?aku hanya mengiyakan saja.'Yehet'laung Sehun. Terburai ketawa satu kelas.

'Sekarang waktu apa? tanyaku pada Tao.'Sekarang waktu PE'ujar Tao sambil mengeluarkan baju T-shirt dan seluar dari begnya.'Bawa tak baju sukan?'tanya Kai padaku.'Bawa'ujarku dan mengeluarkan baju dari beg. Terkejut aku bila Tao membuka baju kemeja dihadapan.Badan tegap tapi kurus sikit.'ya,kau lupa kita ada pelajar perempuan dekat sini!?' bilang Sehun pada Tao.'Oh..maaf'kata Tao padaku.'tak pa. Teruskan, saya tukar baju dekat tempat lain' bilangku dan meninggalkan mereka

EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]Where stories live. Discover now