"Yang Mulia, Puteri Zhang Linghun, dengan rendah diri kami datang ingin menyampaikan amanat dari Yang Mulia Raja negara Aurora, Raja Kim Minsok menjemput tuan Puteri untuk hadirkan diri ke Majlis Hari jadi baginda yang ke 20. Baginda turut berharap tuan puteri sudi menjadi pasangan baginda pada malam tersebut" Ujar Luhan Sunbae sambil melutut diikuti oleh ahli-ahli Exo yang lain. Yang aku hanya terjegat seketika. Otak memproses ayat-ayat yang disampaikan oleh Luhan Sunbae sebentar tadi. ".........." aku memerhati gaya mereka melutut, dan pakaian yang dipakai seperti seorang kesatria (tak pakai baju besi cuma baju baju yang dalam cerita anime tu) patutlah si Kris dan Tao ini beria-ria ajak pergi majlis ni. 'Aku ingat nak minta tolong apa lah sangat tadi sampai kata tak payah pergi kerja' bisik hatiku. Aku memejamkan mata seketika, "tuan Puteri?"Luhan Sunbae bersuara." Tuan puteri taa.." aku bersuara "Sejak bila kamu tahu?" Tanyaku dengan perlahan-lahan mataku buka semula.
"Sejak dari perlawanan tuan Puteri dengan Tao.."bilangnya. Luhan melihatku tetapi dia nampak ketakutan muncul dalam dirinya. Aku tersenyum, 'warna mata berubah lagi...' monologku. "Tuan puteri..mata....." Suho bersuara tapi tersekat-sekat. "Tidak perlu risau dengan mata saya,warna saja berubah tapi saya ok. Kalian berdirilah" perintahku tapi muncul satu idea nakal dalam fikiranku. "Beta sejujurnya tidak berminat dengan majlis dengan sekian rupa, malah pada hari jadi beta yang ke 14 beta tidak hadir masakan pula beta perlu hadir ke majlis Raja baru ini?" ujarku dengan seriusnya walaupun aku sudah mahu ketawa melihat mereka yang sudah pun berkerut kehilangan kata-kata. "Tetapi beta berkemungkinan akan menghadiri majlis tersebut, lagipun beta sudah lama tidak pulang ke kampung" ujarku lagi untul melihat reaksi mereka. Nampak muka gembira dengan perkhabaran berikut. "Walaubagaimanapun, kalian terlambat, beta tidak boleh menjadi pasangan Raja tersebut. Kerana beta sudah mempunyai pasangan untuk menghadiri majlis tersebut."bilangku lagi kali ini reaksi mereka benar-benar terkejut, hanya tuhan saja yang tahu aku tahan diri dari gelakkan mereka ni. "Tuan Puteri,maafkan saya biadap, tapi siapa yang menjadi pasangan tuan puteri?" Tanya Baekhyun melutut hormat padaku. Aku tersenyum, dan berjalan kearah Tao "Ini lah pasangan beta nanti, beta menerimanya kerana dia sendiri yang meminta secara berdepan." Kata berdepan aku tekankan dan sambil memegang lengan Tao "Naeee??!!!!!!!!..." semua terkejut, aku tersenyum kepada mereka dan aku memberi isyarat kepada Tao dengan memegang tangannya. 'Hahahaha...Tao kau nak teruskan ke atau nak..' "Maafkan saya. Ya betul tu, saya ajak tuan puteri ke majlis tersebut sebagai pasangan saya" katanya menunduk minta maaf. "Tak boleh ke, kau batalkan" bisik Sehun pada Tao. "Berani awak? Siapa kamu ingin mengatakan sebegitu rupa?"aku berpura-pura marah Sehun. Sebenarnya aku geram dengan mereka semua ni, mereka sudah tahu rahsia aku. Buat penat saja aku berlakon. Mereka semua melutut termasuk Tao. "Maafkan patik tuan Puteri, patik tidak bermasuk hendak berkata begitu" bilang Sehun yang sudah menggeletar suaranya. "Baiklah, beta maafkan." Bilangku sambil berjalan kearah dapur. Kemudian aku keluar dari dapur hanya separuh badan "kalian semua boleh pulang. Khabarkan pada Raja baharu bahawa beta akan menghadiri majlis dengan pasangan beta sendiri. Mintakan baginda mencari pasangannya sendiri." Ujarku dan masuk semula ke dapur dengan tersengih kecil.Pov Exo:
"Aduh!! Sakit lah hyung..." Tao mengusap kepalanya perlahan-lahan. "Memang patut pun kau kena, kau ni kan..' Luhan membuat tangan penumbuk menahan marahnya pada Tao. "Ishh..sudah lah tu Luhan, bukan salah dia pun"bilang Kris pertahan Tao dari dipukul. Tao terus menyorok kebelakang Kris, Luhan masih cuba untuk mengetuk kepala Tao tapi masih dihalang oleh Kris. Memandangkan Kris tinggi, tangannya memegang terkejut kepala Luhan untuk menahan Luhan. Luhan bengang kerana kepalanya ditahan, terus saja dia menggunakan kuasa hingga boleh mengerakkan dan Tao. Luhan tersenyum nakal, "Woi!!main kasar nampak?" Ujar Kris, badannya tiba-tiba terbakar membuat Tao menjerit dan Luhan terkejut dengan jeritan Tao terus menjatuh kan mereka berdua. "Ciss...mementang-mentanglah api" balas Luhan membetulkan bajunya. Kris tersenyum puas. "Ehemm.....apa yang kau orang buat ni?" Tanya Suho yang datang dari arah pintu kanan mereka. "Hyung, Luhan hyung dan Kris bergaduh" mengadu si Tao berlari kearah Suho. Suho ketawa kecil menggelengkan kepala. "Woi, masalah bila aku gaduh dengan dia? Aku nak buat kau je, yang dia pula nak tahankan kau" kata Luhan masih bengang dengan kejadian sebentar tadi. Tao kali ini duduk dibelakang Suho, dan menyembekkan mukanya. "Sudah-sudahlah tu, kau orang dah besar bukan budak-budak lagi." Ujar suara yang datang dari arah tangga kiri mereka. "Kris maaf, sini bukan tempatnya nak berlatih..." bilang Xiumin yang turun dari tangga tersebut. Luhan tersenyum puas, Kris pula menjadi bentuk asal dan menggaru kepala yang tidak gatal. Suho hanya menggeleng kepala. Tao? Sekarang ni risau nak beritahu perkara yang berlaku di rumah Yeonghoon tadi. "Macam mana?" Tanya Xiumin menjemput mereka masuk kepejabatnya. Mereka semua sudah biasa dengan Xiumin yang selalunya akan menghidangkan tetamunya dengan kopi. Sambil membawa sedulang kopi, "Jadi, macam mana?"tanya Xiumin menghirup secawan kopi perlahan-lahan. Luhan memberi isyarat kepada Suho beritahu kepada Xiumin, Suho mengganguk. "Dia setuju untuk hadir..."bilang Suho sambil menghirup kopi yang dihidangkan begitu juga mereka yang lain. "Tapi..."Suho berhenti dan meletakan cawan tersebut semula. "Dia sudah ada pasangan ke majlis" bilang Suho lagi kali ini Tao seperti cacing kepanasan, rasa cuak melihat muka Xiumin tidak memberi sebarang reaksi. Itu lebih menakutkan berbanding mukanya menunjukan reaksi. "......ooo" pendek saja Xiumin balas. Lagi kecut perut mereka, telan air liur bila dengar itu saja Xiumin balas. Hanya detikkan jam besar dari sudut tepi kedengaran dalam bilik kerja Xiumin, mereka senyap seribu bahasa. Kemudian dia berdiri sambil memberi isyarat 'boleh pergi' kepada mereka. Tao merasa bebannya bertambah apabila melihat Xiumin tiba-tiba serius. Terus mereka keluar dari bilik."Siapa?" Tetiba Xiumin bersuara. Semua mereka melihat Xiumin yang berada paling hadapan pada sebelah kanan meja makan. Ketika ini mereka sedang menikmati makan malam seperti biasa di ruang makan yang mewah seperti mana setiap hari di rumah agam. Xiumin tidak berminat tinggal di istana, baginya istana hanya tempat bekerja untuk dirinya. Ahli Exo melihat Xiumin dengan wajah berkerut. "Siapa, apa hyung?"tanya Chen sambil menyuapkan daging rusa yang sangat menyelerakan dengan dimasak dengan cukup sempurna dan menu utama makan malam hari ini. Pelik? Mereka makan makanan manusia, walaupun mereka ada yang yang penghisap darah? Salah-silah keluarga mereka ada yang manusia iaitu ibu mereka. Ya, ibu mereka adalah manusia. Unik bukan? Jadi tak ada masalah kalau nak makanan manusia tapi mereka tetap perlukan darah untuk hidup kerana jika mereka tidak minum, mereka akan mati. "Siapa pasangan Ying?"tanya Xiumin menghentikan suapannya dan meletakkan pisau dan garfu. Terus sahaja mereka melihat kearah Tao yang menundukkan diri sambil berpura-pura menikmati santapan. Xiumin memerhatikan Tao dari jauh tanpa ada apa-apa riak muka. Tao mengalah apabila mereka terus menerus melihat dia. "Ssayya...."balas Tao menundukkan kepala takut untuk melihat Xiumin. Manakala ahli Exo yang lain berdebar melihat, hanya Kris, Luhan dan Suho hanya bersahaja. Xiumin mengangguk perlahan, "bagus...." bilangnya sambil tersenyum, membuat mereka terkejut melihat Xiumin tersenyum.
Pov Ying:
Haishmm*bunyi bersin "ehh nak kena selsema ke? Pelik, aku bukan jenis senang kena selsema?" Aku hanya mengangkat bahu keatas menyambung semula membaca buku, buku sumpahan tentang kuasa aku....
YOU ARE READING
EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]
FantasíaZhang Linghun menuruni tahta kerajaan Negara Aurora dan pergi kedunia manusia dari diburu kelompok yang dipanggil Lembaga. Kuasa yang dimilikinya membuatkan diri menjadi suatu anugerah dan sekaligus sumpahan yng harus dipertahankan. Ketika disana di...