Majlis Hari Jadi 2

25 2 0
                                    


          Semua yang hadir pada terpegun seketika, melihat tetamu yang terakhir yang hadir. Tetamu misteri itu tersenyum dan memberi tunduk hormat kepada semua, seraya yang lain membalas tunduk itu. Disudut yang lain, pembesar-pembesar, pelayan-pelayan istana malah tetamu yang turut terpesona dengan kecantikkan tetamu misteri itu.

          Xiumin juga sedar kehadiran tetamu misteri, maka dia terlupa akan perbualannya dengan Sir Paul. Dia kini hanya ingin berhadapan dengan tetamu misteri itu, mungkin sudah terlalu lama hatinya menahan. Di sudut atas beranda, Tetamu misteri melihat para tetamu yang hadir, mencari wajah yang ternanti-nanti kehadiranya.

          Mata mereka bertembung, maka masing-masing tersenyum. Perlahan-lahan Zhang linghun menuruni anak tangga, dengan pakai gaun kembang berwarna merah dan sedikit taburan emas padanya, Zhang linghun ternampak cantik dan menawan. Xiumin sudah pun melangkah kearah tangga menanti kehadiran Zhang linghun dibawah.

   "Selamat Petang Tuan puteri, patik berbesar hati menerima kehadiran tuan puteri" kata Xiumin sambil mengucup tangan Zhang Linghun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

   "Selamat Petang Tuan puteri, patik berbesar hati menerima kehadiran tuan puteri" kata Xiumin sambil mengucup tangan Zhang Linghun.

   "Patik juga berbesar hati menerima jemputan Tuanku." Balas Zhang Linghun tersenyum dia dengan perbuatan Xiumin.

"Awak nampak cantik Ying"terpesona Xiumin dengan kecantikkan Zhang Linghun

Zhang linghun ketawa kecil "Terima kasih kepada penduduk elf, mereka memperbaiki bajunya" balasnya sambil mengenyit mata.

Xiumin terpaku, dan tersenyum seraya berkata "adalah berbesar hati patik jika tuan puteri sudi untuk menari bersama"

"Menari? Sudah tentu. Tidak lengkap majlis tanpa ada tarian" Zhang linghun menrima pelawaan Xiumin. Maka xiumin membawah Zhang linghun ke lantai tarian. Dan meletakkan tangannya pada bahagian pinggang Zhang Linghun.

"Namapaknya, Tuanku tuanku ramai peminat" bisik Zhang linghun.

"Percayalah,bukan patik yang mereka minati..."jelas Xiumin.

Seketika Zhang linghun sedari bahawa tatapan mereka bukanlah pada Xiumin tetapi kepadanya. Maka lanunan lagu dari okstera terdengar. Perlahan mereka mengikut rentak tarian, seperti hanya mereka berdua sahaja yang berada di sini.

______________________________________________________________________________

         Semua yang hadir melihat tarian mereka, tidak ada seorang pun yang mahu menari, malahan ada yang memuji-muji kecantikan dan padanan berberdua. Dari sudut atas beranda yang lain, Cik cecile bersuara "Siapakah dia? Bertanya dia kepada bonda permaisuri.

"......" Bonda permaisuri hanya terdiam sahaja, mungkin terkejut dengan perlakuan anaknya. Selama hari ini baginda tidak pernah menunjuk meniat dengan mana-mana perempuan apatah lagi hal-hal perkahwinan. Tiba-tiba sahaja, dia melihat anaknya tersenyum bersama seorang wanita yang tidak pernah melihat kewujudannya.

"Cik cecile, beliau adalah tetamu khas Tuanku. Jadi banginda amat bersenang hati dengan kehadirannya" terang Luhan yang sedari tadi berada dibelakang mereka. 'haishh xiumin ni, seronok sikit tu jangan tunjuk sangat' perlahan Luhan menggeleng kepalanya melihat telatah xiumin.

           Luhan melihat, para exo semua telah pun hadir. Terlihat mereka berada dibahagian buffet sana sambil meneguk air yang tersedia. Kemudian seketika, Cik Cecile meminta izin mengundurkan diri. "Tetamu khas?" Bonda Permaisuri bertanya kepada Luhan.

Luhan tersentak dan berdehem "ya, bonda permaisuri"

"Beta tidak namapk namanya didalam senarai yang kamu serahkan sebelum ini?" Tanya lagi Bonda permaisuri.

"senarai nama tetamu itu semua sudah saya berikan, tetapi tetamu khas tuanku raja tidak meletakkan namanya pada senarai. Malahan saya juga baru mengetahuinya petang tadi bonda permaisuri" jelas Luhan. Terasa peluh mengalir didalam bajunya, walaupun Pontianak sepertinya tidak seharunya merasai peluh.

        Bonda permaisuri mengetuk perlahan jarinya pada beranda dan tersenyum. "Beta mahu maklumat dirinya. Pastikan tidak ada satu yang tertinggal. Sama ada sepengetahu Tuanku atau tidak" titah Bonda permaisuri.

"menjunjung perintah" kata luhan. Bonda memberi isyarat untuk pergi. Sketika luhan mengundurkan dirinya dan melonggarkan sedikit bow tie untuk menghilangkan beban didada.

"Hyung!! Hahaha " lambai sehun keraha Luhan yang melangkah kearah mereka.

"wassup, muka ni dah macam sakit. Tak sihat ka?" Tanya suho.

Luhan mengambil minuman dari Baekhyun dan meneguk dengan rakus.

"ehhh itu saya punya, hyung.." baekhyun sudah pun putus asa untuk berlawan dan melihat sahaja.

"nampak stress dari kita semua nampaknya Luhan. Ada masalah dengan ahli kaunselor lagi ke?" Tanya Kris

"Tak.Kali ini dengan bonda permaisuri." Kata Luhan sambil melihat kearah xiumin dan

Zhang Linghun.

Para exo yang lain hanya melihat keadaan Luhan sahaja.

EXO(XIUMIN)[WEREWOLF&VAMPIRE]Where stories live. Discover now