BAB 57

4.3K 152 3
                                    

PUAN SURI masih memujuk Damia.Tadi dia ternampak Damia duduk seorang diri di situ sambil termenung jauh.Dia tahu ianya pasti berpunca dari pergaduhan seketika tadi.Hampir 15 minit jugalah dia harus memujuk anak gadisnya sampai dia juga tidak tahu bagaimana lagi harus memujuknya.

"Mia,sudah lah tu.Setiap masalah pasti ada penyelesaian.Ibu memang tak tahu apa sebenarnya yang dah jadi antara Mia dengan Hairil tapi ibu tak nak masuk campur.Ibu percaya yang kau orang boleh selesaikan sendiri,kan?", ujar Puan Suri lembut sambil menggosok belakang Damia.

"Macam mana Mia nak selesaikan,ibu? Hairil tu kalau dah marah,dia langsung tak bagi peluang untuk orang explain",

"Cuba je lah dulu.Manalah tahu kalau hati dia sejuk bila Mia cakap baik-baik dengan dia",

"Cakap dengan Hairil? Ibu,macam mana nak cakap baik-baik dengan dia kalau dia tak nak bercakap dengan Mia langsung.Pandang pun apatah lagi? Macam mana nak berbincang dengan dia?", kata Damia.Tak tahulah sekarang ini dia perlu menangis atau marah.Memang dia sedih kerana Hairil sudah hilang kepercayaan padanya,namun pada masa sama dia geram sebab lelaki itu tuduh melulu!

"Mia ni cepat sangat tuduh suami sendiri.Belum cuba belum tahu,kan? Macam ni lah,kalau segala salah faham ni berpunca dari Mia,mintalah maaf dengan dia.Tapi kalau semua ni berpunca dari Hairil,bincang elok-elok dengan dia". Puan Suri masih setia memujuk.Memang dia tak tahu pangkal pergaduhan kecil antara anak dan menantunya,tapi apa yang dia boleh buat sekadar menasihati keduanya.

"Hairil dah anggap Mia tak jujur dengan dia.Macam mana kalau bila Mia dah terangkan pada dia,tapi dia tak percaya cakap Mia?", Damia mengesat air matanya yang bertskung sedikit di tubir mata.Herh.. tak sangka dia menangis sebab Mr Dino tu!

"Macam ibu cakap tadi,terangkan elok-elok.Kalau dia tak percaya,
buktikan apa yang Mia cakap tu betul.Buatlah apa-apa pun untuk yakinkan dia yang Mia jujur dengan dia".

"Tapi Hairil tu bukan jenis yang senang percaya,ibu",

"Damia,Mia tu anak ibu dan ibu yakin sangat yang Damia boleh selesaikan masalah ni.Fikir baik-baik dan selesaikan masalah ni cepat.Esok majlis kahwin Risya dengan Eirman,ibu tak nak kau orang berperang lagi.Faham?",

Damia akhirnya terpaksa akur.Dia mesti cari jalan macam mana nak selesaikan hal ini.

Rasanya lebih baik jika dia slow talk dengan Hairil.Macam yang Puan Suri kata tadi,bincang elok-elok dan terangkan satu persatu.Mungkin Hairil boleh faham.Rasanya lelaki itu tidak lah sebegitu kejam kan?

MALAM itu,Damia tekad.Dia mahu berbincang dengan Hairil dan terangkan perkara sebenar.Dia tiada niat pun mahu merahsiakan identiti Eirman daripada Hairil.Lagi pun bukannya dia tidak cuba untuk bagitahu,tapi dia diganggu oleh Pak Lang petang tadi.

Perlahan-lahan Damia mengatur langkahnya ke pintu bilik mereka.Dipulas tombol pintu dengan harapan Hairil sedang duduk berehat di atas katil.

Jejak sahaja kakinya di dalam bilik,Damia mengeluh.

Memang Hairil berada di atas katil.Tapi sedang tidur!

Arhh!! macam mana dia nak berbincang jika begini? Alah tak apalah.Cuba je kejutkan dulu.

" Awak..", kejut Damia perlahan.

Hairil tidak memberi sebarang respon.Menguap tidak,bergerak pun tidak.

"Awak.. bangun kejap", Damia mencuba lagi.Kali ini Hairil bertindak balas dengan menggosok matanya perlahan-lahan dan kelopak matanya di buka.

" Nak apa?", soalnya mendatar.

"Err.. saya nak bincang sikit dengan awak pasal tadi",

Hairil berdecit."Nanti je lah.Saya mengantuk ni.Esok pun boleh kan?", katanya sambil menarik selimut sehingga menutup mukanya.

Aku Milik Mr Dino✔Where stories live. Discover now