DAUN pintu utama itu dibuka perlahan-lahan.Senyap sunyi je dalam rumah ni.Mana Hairil? Dah tidur ke?
Setapak demi setapak Damia melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu dan tiba-tiba dia ternampak kelibat Hairil yang sedang duduk di atas sofa sambil merenung kaca tv yang sedang tertutup.Apa dia tengok tu? Tengok tv yang tertutup? Dari tadi ke macam tu?
Damia mengambil keputusan untuk mendekati lelaki itu.
"Assalamualaikum,awak..",
Tiada respon dari Hairil.Lelaki itu masih membatu di tempatnya.
" Awak.. saya nak..", kata-kata Damia terhenti apabila Hairil tiba-tiba sahaja bangun dari tempatnya dan terus memandangnya tajam.Wahh.. pandangan itu lebih tajam dari pisau yang ada di dapur rumahnya.
"Saya nak tanya awak sesuatu,awak ada sorokkan apa-apa dari saya tak selama ni?",
Damia diam sebelum dia perlahan-lahan menggeleng.
Hairil mengeluh perlahan."Betul tak ada apa-apa?",
Damia mengangguk dalam ragu-ragu.
"Ohh..", Hairil mendekati Damia perlahan-lahan.Dia berjalan mengelilingi gadis itu sebelum dia berhenti betul-betul di hadapan Damia.Dari atas sampai ke bawah gadis itu dipandang.Macam anggota polis sedang memeriksa penjenayah saja gamaknya.
Damia hanya memerhati perlakuan suaminya.Apa jadi ni? kenapa dia pandang aku atas bawah? aku ada tumbuh tanduk dan ekor ke apa?
"Tak sangka.. luaran awak nampak baik,ayu dan lemah lembut.Tak ada cacat cela pun.Tapi rupanya..",
Damia berkerut tidak faham."Ap.. apa maksud awak?",
"Sudahlah tu kau berpura-pura,Damia.I knew everything!", Hairil memandangnya tajam.
Kata-kata Hairil menyebabkan Damia terkedu.Apa maksud Hairil dia tahu segalanya?
"Hah?",
Hairil mengetap rahang.Melihatkan kepuraan Damia yang kononnya tidak tahu apa-apa itu menyebabkan dia menjadi berang tiba-tiba.
"Cukuplah Damia dengan muka kau yang kononnya tak bersalah ni! Aku dah tahu siapa sebenarnya kau.Aku tahu niat kau yang sebenarnya! Sanggup kau tipu aku?!", suara Hairil sudah naik beberapa oktaf.Damia terdiam.
" Ti.. tipu? tipu apa ni?",
"Masih nak berlagak baik,hah! Kenapa kau tak pernah bagitahu aku yang kau tu.. kau dah tak suci?! kenapa kau tak pernah bagitahu aku? kenapa kau perlu berahsia dengan aku?",
Hampir lemah lutut Damia mendemgar kata-kata yang keluar dari mulut suaminya.Jadi.. Hairil sudah tahu segalanya?
" Awak.. saya...",
"Aku tak sangka kau macam ni! Apa salah aku pada kau sampai kau sanggup mempermainkan perasaan aku? Aku ikhlas cintakan kau kerana Allah.Aku percayakan kau sepenuh hati aku.Aku dah bagi segalanya pada kau,tapi ini yang aku dapat?!",
"Kau ingat aku ni apa? Lelaki bodoh yang senang nak masuk dalam perangkap kau,hah? Ye.. memang aku bodoh! aku bodoh sangat sebab percaya perempuan macam kau! Luaran macam malaikat tapi..", Hairil mengawal perasaannya.Kalau tak,
memang habis dia dah mencarut tadi.Damia menitiskan air matanya.Sedih kerana dimarahi dan dituduh sebegitu oleh lelaki yang dia cintai.
"Awak.. saya minta maaf.Saya tak ada niat nak sorokkan hal ni dari awak",
" Minta maaf? kau ingat dengan maaf kau tu,semua boleh jadi macam dulu? kalau dengan kata maaf tu,kesucian kau boleh kembali pada kau,aku akan maafkan",
YOU ARE READING
Aku Milik Mr Dino✔
Teen FictionCerita yg sama utk Aku Milik Mr Dino by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 53) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..