BEBERAPA BULAN KEMUDIAN..
Hari berganti hari,sekejap sahaja kandungan Damia sudah masuk dua bulan.Namun perutnya masih tidak berapa kelihatan lagi dan tubuh badannya juga tidak lah begitu drastik perubahannya.Boleh dikatakan,walaupun dia sedang mengandung dua bulan,namun fizikalnya tetap sama.
Damia menuruni anak tangga dan dia lihat Hairil sedang baring di atas sofa dengan mata yang terpejam dan muka berkerut.Dia tersenyum nakal.
Dia tahu kenapa suaminya jadi begitu.Sebenarnya,segala alahan di awal kehamilan yang di hadapi oleh wanita sewaktu tempoh awal kehamilan itu terkena pada Hairil.Hahahaha..
Ye.. lelaki itu yang kena.Morning sickness,pening dan tiada selera makan.Itu semua Hairil yang menanggung selama tempoh dua bulan kehamilannya.Nasib baiklah suaminya itu tidak mengidam itu dan ini kerana bab-bab mengidam tu dia yang kena dan tidak terkena pada Hairil.Mahunya kalau lelaki itu minta benda yang pelik-pelik,dah satu hal pula dia kena cari.
Tapi kadang-kadang dia juga mengalami rasa mual dan hilang selera makan tapi tidaklah seteruk Hairil.Kiranya mereka berdua berkongsi alahan sewaktu awal kehamilan.Kan adil begitu.
Kasihan tu memanglah kasihan bila Hairil terpaksa ambil cuti beberapa hari kerana tidak tahan dengan alahan itu namun apalah nasib yang dia ada? Tapi bila difikir balik rasa kelakar pula.Kadang-kadang dia rasa seperti Hairil pula yang mengandung,bukannya dia.
Haih.. nasib awaklah Mr Dino.Dah handsome dan segak tapi bangun pagi je terus lari masuk dalam bilik air.Keluar-keluar muka dah pucat.Hahaha..
"Awak.. okay tak ni?", soal Damia.
Hairil membuka sebelah mata kemudian dia memejamkan kembali matanya."Awak rasa saya okay?", Hairil bersuara perlahan.
Damia ketawa kecil dan membuatkan Hairil terus memandangnya dengan mata mengecil." Awak gelakkan saya?",
"Eh,mana ada.. saya tak gelak pun",
Hairil bangun dari pembaringan dan duduk bersandar pada sofa.
Sebelah tangannya memicit dahi.Adomak.. pening betul kepalanya sekarang ini.Berdenyut-denyut.Rasa macam nak cabut saja kepalanya dan campak dalam longkang.Memang orang perempuan akan rasa macam ni ke setiap kali awal kehamilan?
"Aduii.. bila nak habis alahan ni?", soal Hairil pada Damia yang sudah duduk di sebelahnya.
" Alah.. bila kandungan dah masuk tiga bulan,kebiasaannya dah hilang dah alahan tu semua.Tapi tak tentu jugalah",
Mata Hairil terus tercelik.Dia kini sudah duduk tegak menghadap isterinya."Tak tentu juga? awak jangan main-main.Takkanlah setiap pagi saya kena muntah dulu dalam bilik air sampai awak bersalin?
Matilah saya macam ni", luah Hairil sengaja.Padahal dia tidak kisah pun dengan alahan ini.Sekurang-kurangnya dia dapat mengurangkan kesakitan yang ditanggung oleh Damia.Bukan dia tidak tahu yang tujuh bulan akan datang,isterinya itu akan menanggung kesakitan yang lebih teruk dari ini.Jadi apalah sangat setakat alahan biasa-biasa ini.Damia sekadar tersengih.
"Maaflah.. sebab saya awak yang terkena alahannya ni", ucap Damia perlahan.Terpamer di wajahnya sedikit rasa sayu pada Hairil.
Hairil yang sedar perubahan pada wajah isterinya,segera mendekati Damia.Ye.. memang dia terkena segala alahan sewaktu awal kehamilan namun bab-bab emosi tidak stabil,itu tetap terjadi pada Damia.Pernah satu hari,isterinya itu boleh pula menangis tiba-tiba sewaktu menonton berita di kaca tv.Tak pasal-pasal dia yang kalut cari tisu.Biasanya bila menonton drama Korea saja Damia menangis.Haih.. masalah.
YOU ARE READING
Aku Milik Mr Dino✔
Teen FictionCerita yg sama utk Aku Milik Mr Dino by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 53) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..