BAB 53

12.9K 208 8
                                    

PAGI itu Hairil dan Damia berjalan seiringan ke pejabat.Sewaktu sedang menunggu pintu lif terbuka,mereka hanya mengunci mulut.Bukan apa,cuma tak tahu nak cakap apa.Takkan tiba-tiba nak cakap pasal kucing jalanan tepi rumah pula,kan?

"Kenapa diam ni?", Hairil memecahkan suasana di 'kampung' itu.

" Tak ada apa",

"Ye ke tak ada apa?",

Damia tergelak." Betul lah.Kenapa tak percaya pula ni?",

Melihat Damia tersenyum,Hairil juga turut tersenyum.Lega hatinya.
Ingatkan isterinya itu tidak bersuara disebabkan sakit atau ada yang tidak kena.

"Bukan tak percayalah,sayang.Saya cuma tanya je.Kut-kut lah awak ada tak puas hati dengan saya", jawab Hairil dengan wajah selamba seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Damia pula sudah terkelip-kelip memandang suaminya di sebelah.Sayang? Dia sedar ke tak tu yang dia panggil aku sayang?

Ting!

Pintu lif terbuka dan belum sempat mereka melangkah masuk,wajah seseorang yang berada di dalam lif itu membuatkan langkah mereka berdua terhenti.Serta merta hati Hairil membara dengan api kemarahan.

Hafidz memandang ke arah mereka berdua silih berganti.Mereka bertiga masing-masing tidak bergerak sehinggalah Hairil tiba-tiba sahaja memegang erat tangan Damia.Sempat lagi dia tersenyum sinis buat Hafidz yang sedang memandangnya tajam.

Damia hanya diam membatu di sebelah Hairil.Memang bagus pun tindakan yang dilakukan suaminya tu.Biar sedar sikit si Hafidz yang dia tu isteri orang!

Dengan wajah penuh benci,Hafidz melangkah keluar dari kotak lif dan ketika itu boleh lagi dia sengaja melanggar bahu Hairil.Sengaja mahu membangkitkan kemarahan lelaki itu.Belum sempat Hairil mahu membalas tindakan lelaki biadap itu,Damia terlebih dahulu menahannya.

Aish.. Nasib baik bini aku ada,kalau tak memang siap kau aku kerjakan!

"Awak jangan layan sangatlah mamat tu.Dia tu kadang-kadang sengaja je nak cari pasal dengan awak", kata Damia tenang ketika mereka berdua berada di dalam lif.

Hairil menghela nafas berat sebelum dia menjawab "Sebab saya tak layanlah perangai dia jadi macam tu,awak tahu? Saya tak fahamlah apa yang dia nak dari awak.Awak ada berhutang dengan dia ke?", Hairil menyoal tiba-tiba dengan wajah serius.

Damia pula berubah menjadi tidak tenang.Aduhai.. Boleh pula suaminya ni menyoal soalan macam tu sekarang? Hah sudah.. Apa yang dia perlu jawab ni? Ada? Tak ada? Tak tahu lah?

" Nur Damia?",

Bila mendengar namanya dipanggil,barulah Damia tersedar.Dia hanya mampu tersengih kerang buat Hairil yang masih memandangnya.

"Err.. Awak tanya apa tadi?",

" Saya tanya awak ada berhutang dengan Hafidz tu ke sampai dia selalu sangat kacau awak?",

"Err.. Tak.. Tak ada",

" Oh,lega hati saya.Kalau dia kacau awak lagi bagitahu je saya,okay?", Hairil mengukir senyuman buat isterinya.Lambat-lambat barulah Damia turut membalas senyumannya itu.Mujurlah Hairil tidak mengesyaki apa-apa tadi.

Ting!

Pintu lif terbuka dan mereka melangkah keluar beriringan dengan tangan Damia yang masih lagi di dalam genggaman Hairil.

"Err.. Awak,saya rasa dah boleh lepas dah kut tangan saya", bisik Damia sebelum mereka masuk ke dalam pejabat.Bukan apa,walaupun semua staf sudah tahu tentang status mereka,tapi masih tidak manis jika kemesraan mereka ditunjuk di hadapan umum begitu.

Aku Milik Mr Dino✔Where stories live. Discover now