PETANG itu,penduduk kampung dan saudara mara datang untuk membantu Puan Suri dan keluarga.
Dua buah khemah juga sudah dipasang di perkarangan rumah.Kaum perempuan atau lebih dikenali sebagai 'Geng Makcik Hot' sedang sibuk mengupas kulit bawang dan sebagainya manakala 'Geng Anak Dara Terlajak Laris' pula sedang gagah membuat hantaran dan ada juga yang sedang menghias pelamin.
Lelaki pula sedang sibuk menghidupkan api dan mengemas kawasan belakang rumah.Ketika Damia sedang sibuk menyusun hantaran di atas meja,dua pupunya,Amy mendekatinya.
"Hai Mia.. lama tak nampak kau", tegur Amy.Mereka memang sebaya jadi panggilan 'aku dan kau' itu sangat biasa bagi mereka berdua.
"Hai.. memanglah dah lama tak nampak.Kita kan duduk jauh", tegur Damia yang cuba untuk bermesra.
Walaupun mereka sebaya,namun mereka tidaklah begitu rapat.
Mungkin disebabkan perbezaan perwatakan."Hmm.. aku nak tanya kau sikit boleh?", soal Amy sambil membetulkan kedudukan dulang yang disusun oleh Damia di atas meja.
" Tanya je lah",
"Erm.. kau dengan abang Ril tu dah lama kahwin kan?",
Damia hanya mengangguk walaupum dia sendiri tak faham apa yang cuba disampaikan oleh dua pupunya itu.
"Berapa lama eh?",
" Lima bulan",
"Oh,lamalah juga tu.Tapi aku tengok perut kau still kempis je.Tak ada isi lagi ke?", soal Amy dengan sengihan sinis.Memang niat dia mendekati Damia cumalah untuk bertanyakan tentang hal ini.
Soalan Amy membuatkan Damia menghentikan kerjanya." Belum ada rezeki lagi", Ye.. jawapan cliche yang dia akan jawab kalau ada yang bertanya tentang hal yang sama.
Memanglah,habis nak jawab apa?"Kitorang belum buat apa-apa lagi",
Macam tu? memang kena hempuk lah dengan Puan Suri nanti.
"Oh,belum ada rezeki.Emm.. tak adalah,aku cuma tanya je.Ye lah macam pelik kan,dah lima bulan kahwin tapi still tak ada anak",
Damia memaksa dirinya untuk ketawa." Ye ke? tapi tak pelik sangatlah sebab kitorang baru lima bulan berkahwin.Ada je orang lain yang bertahun kahwin tapi still tak ada anak.Okay je life diorang", jawab Damia.Sebab inilah mereka tidak terlalu rapat.Mulut Amy tu terlampau lepas sangat.
"I just wonder,manalah tahu kut-kut abang Ril tu macam tak selera dengan kau lepas dapat tahu sejarah silam kau tu dulu,kan? ke abang Ril tak tahu pasal ni?", bulat mata Amy yang mengharapkan telahannya itu benar.
Damia terdiam buat seketika.Eh perempuan ni.. satu hari cium juga tapak kaki aku!
"Of course lah dia tahu.Takkan aku nak simpan perkara tu kan? dan alhamdulillah,abang Ril terima aku seadanya", bohong Damia.Memang tidaklah dia nak mengaku perkara sebenar,kalau begitu memang bersorak gembiralah si Amy ni.
Amy diam.Tak sangka Hairil akan terima Damia walaupun dalam keadaan yang macam tu.
"Kau bahagia ke dengan dia?",
Damia tergelak sebelum dia menjawab pertanyaan Amy dengan yakin."Of course! aku happy sangat dengan dia.Hairil tak macam lelaki lain,dia sangat memahami aku dan terima aku seadanya",
Amy senyum paksa.Dia tidak kisah dengan perkahwinan Damia dan Hairil tapi dia tidak suka akan lelaki sekacak dan sekaya Hairil itu memilih Damia yang langsung tiada apa-apa sebagai isteri.Ee.. tolonglah! kalau nak dikatakan paras rupa,sah-sahlah dia lagi lawa dari Damia.
"Kau tak terfikir ke kenapa dia pilih kau sebagai isteri?", soal Amy lagi.
Ternyata masih ada soalan-soalan yang diajukan untuk memanaskan hati Damia.
YOU ARE READING
Aku Milik Mr Dino✔
Novela JuvenilCerita yg sama utk Aku Milik Mr Dino by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 53) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..