PERLAKUAN Damia yang sedang menyusun pakaian yang telah dilipat ke dalam almari diperhati lama dari atas katil.Fikirannya berbelah bahagi sekarang ini.Dia ingin menyoal satu soalan kepada isterinya,namun dia tidak tahu bagaimana.Dia takut jika isterinya kecil hati.Tapi dia ingin tahu! Kalau tak memang tak lena tidur lah dia malam ni.Tapi.. macan mana dia nak tanya eh? Nak mulakan macam mana?
"Sayang..",
" Hm?", Damia menoleh belakang.
Lah.. sejak bila pula Hairil berada atas katil tu? Tak perasan pun dia tadi."Sini kejap..", panggil Hairil lembut sambil menepuk tilam di sebelahnya.
Aduh.. macam mana nak tanya ni eh? Kang kalau salah tanya,takut bergaduh pula nanti.Baru je nak berbaik,dah bergaduh balik.Damia meletakkan pakaian yang sudah dilipat ke dalam almari lalu dia mendekati Hairil.Apa hal ni? kenapa macam serius je? Ada masalah ke apa?
" Ye,ada apa?", soal Damia bila dia sudah duduk di sebelah Hairil.
Hairil memandang Damia buat seketika sebelum dia mula membuka mulut.
Alah.. tanya saja lah.Lagipun dia tak ungkit apa-apa,cuma nak bertanya.
Tangan Damia diraih dalam genggamannya."Jangan marah eh kalau saya tanya.Saya bukan nak mengungkit tau",
"Isy awak ni,awak tak tanya lagi macam mana saya nak marah.Tak apa,awak tanya je lah", Damia pula yang gementar.Dah kenapa pula suaminya ni tanya soalan macam ni? Buat dia cuak saja lah.
"Saya dah lama tak dengar berita pasal Hafidz.Dia dekat mana sekarang?", soal Hairil perlahan.Dia menelan air liurnya.Takut kalau Damia mengamuk nanti sebab dia sebut pasal lelaki itu.
Damia diam seketika.
"Awak tak dengar apa-apa ke pasal dia?",
Laju Hairil menggeleng.Kenapa? Hafidz dah kahwin ke? dah ada anak ke? atau.. Hafidz dah insaf?
"Dia dah meninggal dunia", jawab Damia perlahan dan membuatkan mata Hairil membulat.Dah apa?
" Meninggal dunia?",
Damia mengangguk.
"Inna lillahi wainna ilaihi rrajiun.Bila dia meninggal?", soal Hairil masih terkejut.Sepanjang dia berjauhan dengan Damia,memang dia tidak mendengar apa-apa berita tentang lelaki itu.Kali terakhir mereka berjumpa pun masa tengah hari sebelum malam dia tinggalkan Damia.
"Dua hari lepas awak tinggalkan saya malam tu,saya dapat tahu dia masuk hospital.Masa tu saya kena tahan dekat hospital lagi.Kebetulan ibu yang nampak Makcik Milah dekat wad ICU.Itu yang saya tahu dia accident",
"Teruk ke accidentnya?",
"Kereta dengan lori simen,awak.
Mahu tak teruknya?", terang Damia." Mula-mula dia koma.Ada lah juga dalam sebulan lebih.Lepastu doktor cakap yang Hafidz dah tak ada harapan lagi sebab semua organ dalaman dia dah tak berfungsi.
Jadi,doktor terpaksa hentikan mesin bantuan"," Tapi awak tahu tak macam mana dia boleh accident?",
"Lori simen langgar kereta dia,kan?", Hairil menjawab.
Damia menggeleng.
"Bukan? habistu takkan dia yang bawa lori simen tu,lepastu langgar kereta orang?", Okay maaflah sebab kepala otak Hairil malam ni ada masalah sikit.Tak dapat berfungsi dengan baik.Mungkin terkejut sangat dengar berita tentang kematian Hafidz tadi.
Damia ketawa.Apa punya logik tu?
" Bukanlah.. apalah awak ni? Macam ni,dia accident masa dalam perjalanan nak ke hospital.
Sebenarnya dia nak jumpa saya sebab nak minta maaf pada saya atas segala kesalahan dia pada saya dan awak.Tapi tak sempat..", Damia mula sebak.Memang dia benci dengan lelaki itu kerana Hafidz telah merosakkan hidupnya namun bila dia lihat keadaan Hafidz sewaktu dia terlantar di wad ICU,kemarahan dan kebenciannya itu hilang secara tiba-tiba.
YOU ARE READING
Aku Milik Mr Dino✔
Teen FictionCerita yg sama utk Aku Milik Mr Dino by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 53) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..