"DADDY!! I've got an ice cream!!", Aisy berlari riang ke arah Hairil yang sedang duduk di sebuah bangku bersama aiskrim coklat di tangannya.
"Aisy,janganlah berlari.Nanti jatuh lagi aiskrim tu,aunty dah tak nak belikan", tegur Damia.Dia menghentikan langkahnya sebelum sampai di bangku yang Hairil duduki.
" Okay,Aisy.Aunty nak kena masuk dulu ni",
"Alah.. jomlah main dengan Aisy", Aisy merungut.Dia menarik hujung baju kurung moden Damia.
Damia ketawa.Isy.. anak tirinya ni.Comel betul!
"Tak bolehlah,sayang.Aunty ada banyak kerja kat dalam rumah tu.Aisy pergilah main dengan daddy,okay?",
Lambat-lambat Aisy terpaksa akur juga.Dia pun berlari mendapatkan Hairil yang sedang asyik melihat skrin telefonnya.Entah apa dia pandang pun tak tahu.Leka sangat sampai tak ingat dunia.
Damia mengangkat kakinya pergi jauh dari bangku yang diduduki Hairil dan Aisy.Naik sahaja ke rumah,dia terus menuju ke bilik air.
Di dalam itu,dia melepaskan segala perasaannya.Sedih,gembira,kecewa,
marah dan sakit hati.Segalanya dilepaskan di situ.Tadi sehabis baik dia mengawal emosinya daripada dikesan oleh Hairil.Ye.. memang dia gembira kerana dapat berjumpa dengan Hairil tadi.Setelah sekian lama,barulah lelaki itu muncul di hadapannya.
Tidak banyak pun yang berubah pada Hairil walaupun umur lelaki itu sudah mencecah 29 tahun.Luaran tetap sama seperti dulu.Cuma.. adakah kebencian lelaki itu pada dirinya masih menebal seperti dulu?Mungkin juga ya kerana tadi Hairil langsung tidak menegurnya.
Kehadirannya seperti tiada erti.Wajah lelaki itu juga seperti langsung tidak berubah setelah melihatnya.Oh ya.. Hairil kan sudah ada isteri.Memang patutlah pun dia dilupakan.
Satu saja soalan yang ingin diajukan buat lelaki itu,adakah dia benar-benar dilupakan? Adakah dia sudah dibenci oleh lelaki itu? Betulkah namanya sudah hilang dari ingatan lelaki itu?
Arghh.. ingin sekali dia bertanya pada lelaki itu.Tapi sudah tentulah dia tidak mampu berbuat demikian.
Damia mengesat air matanya.
Sudahlah.. cukuplah dia menangis selama ini.Setahun lamanya dia merana seorang diri.
Siang,malam,pagi dan petang dia menangis dengan nasibnya ini.Waktu itu dia berharap agar dipertemukan dengan Hairil walaupun untuk seketika.Sekarang ini,doanya dimakbulkan dan itu sudah cukup.Setelah mengesat segala air matanya,Damia keluar dari bilik air.Dia perlu kuat! Orang dah tak suka,apa boleh buat,kan?
MAJLIS persandingan Fisya dan Mukhris pun berlangsung dengan meriah.Damia banyak kali juga nampak Hairil,tapi dia buat tidak endah saja.Dah lelaki itu pun buat tak tahu,dia pun sama lah.Takkan tiba-tiba dia terhegeh-hegeh nak tegur lelaki itu pula,kan?
Tapi ketika Hairil sedang sibuk melayan Aisy di bawah sebuah khemah,dia mengambil peluang itu untuk mencuri pandang suaminya.
Dia tersenyum kecil bila melihat Hairil melayan kerenah Aisy dari jauh.Kadang-kadang lelaki itu tergelak dan sesekali lelaki itu menggaru kepalanya.Peninglah tu jaga anak!Oh ya,tapi mana isteri Hairil? dari tadi tidak pula dia nampak mana-mana perempuan mendekati mereka.Ermm.. busy kut,tak sempat datang.
Damia cepat-cepat mengalihkan pamdangannya apabila mata kelabu Hairil tiba-tiba sahaja mendarat padanya.Dia berpura-pura membelek telefon bimbit.Namun dia rasa mata lelaki itu masih tajam memandangnya,jadi dia berpura-pura pula berbual dengan Makcik di sebelahnya.Hah kan tak pasal-pasal dia terlebih ramah pula dengan jiran sekampung Fisya ni.
Bila dia sudah rasa selesa,perlahan-lahan Damia memandang tempat di mana Hairil sedang duduki tadi,namun lelaki itu sudah tiada.
Damia melepaskan keluhan.Nampak sangat sekarang ni Hairil membenci dirinya.Pandang pun dah tak nak dah.Sampai hati..
YOU ARE READING
Aku Milik Mr Dino✔
Novela JuvenilCerita yg sama utk Aku Milik Mr Dino by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 53) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..