BAB 63

6.3K 184 10
                                    

DAMIA mengangguk faham.Jadi.. Aisy tu hanya anak saudara Hairil dan bukanlah anak kandung suaminya.Baguslah.. lega hati dia.Tapi dia masih belum pasti.Mana tahu kalau Hairil sudah ada isteri lain.Manalah tahu kan,kita kena berfikiran ke depan.

"Ermm.. tak apalah.Awak nak mandi kan tadi? Saya keluar dulu lah kalau macam tu", kata Damia.Dia pun melangkah unuk keluar dari bilik itu.Namun ketika dia lalu di sebelah Hairil,tiba-tiba sahaja lengannya ditarik dan dia ditolak ke dinding oleh Hairil.

Mak datuk betul! terkejut dia.Nasi baiklah tak sakit.

Hairil kemudian bertindak mengunci Damia dengan menekapkan kedua belah tangannya pada dinding.Jarak mereka agak dekat tapi tidak lah begitu dekat.

Damia terpaku.Apa ni?

" Aku cuma nak bagitahu kau yang aku belum berkahwin dengan sesiapa lagi.Cuma kau seorang je isteri aku sekarang ni.Faham?", Hairil membisik lembut.

Damia mengangguk sekali.

"Okay.. err.. saya.. keluar dulu lah", perlahan-lahan Damia cuba untuk meloloskan dirinya namun sekali lagi dia ditarik.Tapi kali ini bukan ditolak ke dinding atau bawah katil,namun dia ditarik ke.. kejap,apa?

Dia ditarik dalam pelukan Hairil!

Damia terpaku.Hairil sedang memeluknya sekarang ini.Tapi kenapa? bukan ke dia dimarahi oleh lelaki itu setahun yang lalu? Bagaimana pula boleh jadi begini?

"Saya tak suruh awak pergi pun and I won't let you go", bisik Hairil.

Lagilah Damia terpaku.Saya pula? tadi aku?

" Err.. awak..",

"Saya rindukan awak",

"Hah?", Okay sekarang ini Damia memang betul-betul rasa nak jatuh pengsan.Betulkah Hairil kata,dia merinduinya? Biar betul ni?

"Saya minta maaf",

Damia meleraikan pelukan mereka.Dia memandang wajah Hairil dengan wajah yang hairan.

"Saya minta maaf sebab.. saya minta maaf atas segala kesalahan saya setahun yang lalu.Saya tahu tu salah saya.Saya tak sepatutnya tuduh awak macam-macam", jelas Hairil dan telah membuatkan Damia terdiam.

"Tapi awak.. benda tu.. memang betul.Saya memang dah..", belum sempat Damia menghabiskan ayatnya,Hairil terlebih dahulu meletakkan jari telunjuknya di bibir Damia.

" Saya tahu benda tu betul.Tapi,saya marah pada awak dulu bukan sebab awak dah tak suci",

"Hah? habistu?",

"Saya marah sebab awak sanggup mempermainkan perasaan saya.Saya ikhlas cintakan awak,saya serahkan sepenuh hati saya pada awak tapi saya dipermainkan oleh awak.Orang yang paling saya cinta dalam dunia ni,mempermainkan cinta saya.Saya tak boleh terima semua tu.
Sejujurnya,saya belum pernah mencintai mana-mana perempuan macam saya mencintai awak",

Mata Damia mula berkaca.Okay,ini menyedihkan.Kenapa dia tak pernah tahu pun?

" Saya minta maaf sebab saya dah hina awak.Saya tahu saya salah.Setahun awak tak ada depan mata saya,setahun tu jugalah sya selalu ingat pada awak.Sekali pun saya tak pernah lupakan awak.Apa saja yang saya buat,saya akan nampak awak.Saya pernah cuba nak lupakan awak,tapi saya tak mampu.Dari situ baru saya sedar,saya lemah tanpa awak.Saya perlukan awak dalam hidup saya.Tapi saya dah terlambat sebab saya tahu awak dah pun benci saya",

"Saya tak pernah bencikan awak.Tak pernah terlintas sekali pun di fikiran saya untuk membenci awak.Semakin saya cuba nak lupakan awak,semakin saya rindukan awak dan saya sedar saya tak mampu untuk padam awak dalam ingatan saya sebab awak segalnya bagi saya", setitis air mata Damia jatuh.

Aku Milik Mr Dino✔Where stories live. Discover now