BAB 56

4.2K 156 7
                                    

KETIKA Damia sedang sibuk menyusun kerusi di bawah khemah,
Hafidz mendekatinya.Kebetulan kelibat Hairil tiada di sekitar situ,jadi demgan beraninya dia mendekati Damia.Kononnya nak tolong susun kerusi juga,tapi sebenarnya ada agenda lain!

"Hai Damia..", tegurnya sambil berpura-pura membetulkan alas meja di meja hadapannya.

Damia tersentak juga,namun dia hanya beriak biasa.Baru dia nak marah disebabkan lelaki itu tiba-tiba saja muncul,tapi baru dia teringat yang bakal adik iparnya ialah adik Hafidz.Tak terkejut pun kalau lelaki itu berada di sini.

"Kau tak ada kerja lain ke?", soal Damia tanpa memandang wajah Hafidz.

"Tak ada.. sebabtulah aku tolong kau", jawab Hafidz sambil tersenyum pada Damia.Walaupun senyumannya tidak dibalas oleh Damia,apa yang dia kisah? apa yang penting,dia nak tegur gadis itu.

"Tak payahlah nak susah-susah tolong aku.Aku tak perlukan bantuan kau.Lebih baik sekarang ni kau pergi sebelum Hairil nampak kau",

Hafidz tergelak kecil."Kenapa pun kalau dia nampak aku? nak belasah aku lagi? Dia ingat dengan pukul aku,aku akan seriklah.Macam tu?", soal Hafidz dengan sengihan sinis dan telah membuatkan Damia memandangnya tajam.

"Kau ni kenapa eh? cukuplah tu kau kacau hidup aku! Aku dah penatlah dengan semua ni.Boleh tak kau cari perempuan lain?", Damia mencekak pinggang memarahi Hafidz.Mujurlah saudara dan orang kampung yang lain tiada di sekitar khemah itu,kalau tidak,mahu juga dah kecoh satu kampung.

" Perempuan lain? kenapa aku perlu cari perempuan lain sedangkan kau yang aku ro...",

Belum sempat Hafidz menyambung ayatnya,Damia terlebih dahulu menampar pipinya.

Hah!!! rasakan kau!! puas hati aku!

"Jaga sikit mulut kau! benda tu dah lama lepas,aku tak nak ingat balik semua tu!", Damia memusingkan badannya untuk pergi,namun langkahnya dihalang bila Hafidz tiba-tiba sahaja memegang pergelangan tangannya sampai dia terpusing kembali menghadap Hafidz.

" Lepaskan aku!", tangannya cuba ditarik namun semakin kuat pegangan Hafidz.

"Sanggup kau tampar aku? Kau ingat aku ni apa? Mentang-mentanglah kau dah kahwin dengan mamat tak guna tu,kau langsung tak pandang aku?!",

"Aku..",

Damia tidak dapat menghabiskan ayatnya apabila terdengar satu suara ganjil yang sedang berdeham.Tak perlu dia menoleh untuk memandang pemilik suara tersebut kerana dia sudah tahu siapa orangnya.

Hairil memandang tajam pada Hafidz dan isterinya.Perlahan-lahan dia mendekati mereka berdua.

Damia pula terus menarik tangannya dari pegangan Hafidz.Dia harap sangat yang Hairil tidak mendengar perbualan mereka tadi.

" Macam mana kau boleh ada dekat sini?", soal Hairil pada Hafidz sambil cuba untuk mengawal kemarahannya.Kalau ikut hati,mamat depannya ni dah dapat makan penumbuk sebiji.Tapi disebabkan dia fikir yang ini bukan kampungnya,dia simpan sahaja perasaan itu.

Hafidz tersenyum sinis.Langsung dia tidak takut dengan wajah dan muka Hairil yang sedang menahan marah itu."Kau tak tahu ke? Bakal suami Darisya tu kan adik aku.Jadi lepas ni,kita akan kerap berjumpa lah.Betul tak,Damia?", dia sengaja mahu menaikkan kemarahan Hairil dengan senyuman dan kenyitan mata buat Damia.Dia tahu yang Hairil nampak perbuatannya tadi.

Hairil mengetap gigi sambil memandang tajam pada Damia.
Pandangannya seoalah-olah meminta gadis itu memberikan penjelasan tentang perkara ini.

"Satu kampung dah tahu kut pasal benda ni.Kau tak tahu eh? Damia tak bagitahu kau? Eh,Damia.Kenapa awak tak bagitahu suami awak pasal ni? kan dah terkejut beruk dia sekarang ni", Hafidz menjadi batu api.

Aku Milik Mr Dino✔Where stories live. Discover now