SETAHUN BERLALU..
"Mia,termenung je kerja kau eh?", tegur Fisya pada Damia.Dia mengambil tempat di hadapan sahabatnya yang sedang duduk di dalam cafe tempat mereka sering berjumpa.
Damia tersenyum tawar."Kau ni pun.. salam tak reti nak bagi ke?",
Fisya mencebik tidak puas hati."Ye lah,makcik.Assalamualaikum", tegurnya.Sejak peristiwa setahun yang lepas,Damia sudah berubah.
Sahabatnya itu menjadi lebih matang dan sering termenung.
Dan juga sekarang ini dia menjadi seorang yang tidak banyak cakap.Kalau dulu,ada sahaja benda yang dia bebelkan.Damia tersenyum.Tahu pun..
"Weh.. kau datang tak?",
"Hah? datang mana?",
Fisya mengeluh.Tengoklah ni.. asyik lupa je minah di depannya ni.
" Kau datang tak majlis kahwin aku dengan Mukhris?",
"Aku rasa..",
"Eh.. tak ada rasa-rasa.Aku nak kau datang juga! Please lah,Mia.Sampai hati kau kan? Majlis kahwin kau aku datang,siap jadi pengapit lagi.Tapi majlis kahwin aku kau tak nak datang", Fisya menunjukkan wajah kecewanya.
Damia mengeluh.Sememangnya dia ingin menghadiri majlis kahwin Fisya dan Mukhris namun dia takut.
Perasaan itu seringkali menganggunya."Kau takut kau akan jumpa Hairil?", tebak Fisya.Tapi tebakannya memang tepat mengena.Perkara itu lah yang membuatkan Damia takut.Dia takut jika dia berjumpa dengan Hairil setelah sekian lama mereka tidak bersua muka.
Damia mengangguk perlahan-lahan.
" Alah kau ni.. apa kau nak takut? Relax je lah.Benda dah lama kut.Entah-entah Hairil dah tak kenal kau",
Damia mencubit lengan Fisya.Suka hati je cakap macam tu! kecil hati dia.Memanglah dia dan Hairil sudah lama tidak berjumpa,tapi takkanlah dia sudah dilupakan? tapi logik je kalau ikutkan.Entah apa lah yang jadi pada Hairil.Setahun berlalu,setahun dia tidak mendengar khabar suaminya itu.Silap-silap dah kahwin lain.
"Datang lah tau? Aku tunggu.Kalau kau tak datang,memang aku tak akan kahwin", ugut Fisya berani.Damia pula ketawa melihat gelagatnya.
" Eleh.. ye lah tu.Sanggup ke kau lepaskan pengarang jantung kau tu semata-mata sebab aku?",
Fisya hanya tersengih.Okay fine! dia tak sanggup.
"Alah tapi aku nak kau ada juga.
Mia,benda tu dah lama terjadi tau.Kau sepatutnya dah move on dengan semua ni.Hairil tu pun dah menghilang.Kau tak tahu dia ada dekat mana sekarang ni.Lupakan dia boleh?", Fisya memberi sedikit nasihat pada Damia.Damia mengeluh.Susah untuk buat orang lain faham perasaannya."Kau cakap senanglah,Fisya.Tapi yang menanggung semua ni aku.Aku yang kena tinggal dengan suami sendiri,
aku yang digantung tak bertali,aku yang merindui dia siang dan malam.Kau tak rasa benda tu", matanya mulai berkaca."Hmm.. habis kau masih nak tunggu dia? Dah setahun berlalu pun kau masih mengharapkan dia lagi? Eee.. lelaki macam tu,tak patutnya jadi suami kau.Dahlah dia hina kau.Baik kau minta je cerai dari dia", Fisya sudah tahu segala cerita pada malam di mana Hairil meninggalkan Damia kira-kira setahun yang lepas.Gila lah kalau dia tak sakit hati! Tak sangka Hairil sanggup buat begitu pada isteri sendiri.
"Selagi dia tak datang dan melafazkan talak pada aku,aku takkan buat apa-apa",
Fisya terlopong mendengar kata-kata Damia.Isy minah ni!
" Kau biar betul? gila lah kau ni!",
Damia tidak menjawab.Apa yang gila? Memang dia terasa hati dengan kata-kata Hairil setahun yang lalu,namun jauh di sudut hati dia masih menyayangi lelaki itu.Cintanya dari dulu sampai sekarang tidak pernah pudar sama sekali.
YOU ARE READING
Aku Milik Mr Dino✔
Teen FictionCerita yg sama utk Aku Milik Mr Dino by WaniEllyz dan authornya sama saja cuma sambungan utk novel itu (BAB 53) disambung di account ini disebabkan masalah teknikal.Hrp maklum..