Ufuk kemerahan di sebelah Barat kelihatan. Di sebalik jendela kelihatan seorang pelajar sedang mengemaskan diri untuk ke sekolah. Dia mengurai rambut panjangnya ke belakang lalu disanggulkan rambutnya.Selepas itu, dia memakai tudung yang tertera lencana SMK Tanjong Lumpur dan nama pelajar itu, Alya Danisya.
Disapukan sedikit bedak ke mukanya bagi menyegarkan dirinya pada pagi itu. Setelah siap mengemas diri, dia mengambil beg berjenama Body Glove yang berada di sudut biliknya. Dengan penuh semangat dia turun ke dapur untuk menjamu sarapan yang disediakan oleh ibu kesayanganya.
"Ibu ! ermm.. bau sarapan ibu sampai bilik adik tau" kata Alya sambil memeluk bahu ibunya. "Ishh, budak ni terkejut ibu "kata ibu sebaik sahaja Alya melepaskan pelukannya. " Alah ibu ni, adik nak bermanja pun tak boleh ke?" ngajuk Alya lalu menarik muka. " Eleh adik ni, ibu gurau je sayang." pujuk ibu lalu mencuit hidung Alya. Alya tersenyum lalu memeluk ibunya lagi.
"Takdelah ibu, adik saja je nak test sayang ibu kat adik" beritahu Alya sambil mencuit pinggang ibu kesayanganya itu. "Ehh, pocot" latah ibu sambil melompat sedikit ke depan "Ishh budak sorang nii, nakal betul lah" ngajuk ibu lagi sambil meletakkan nasi goreng ke dalam pinggan Alya. Alya suka benar mengusik ibunya kerana dia tahu ibunya itu kuat melatah.
" Hehehe" sengeh Alya manja. Kasih sayang antara anak dan ibu tidak akan putus. Bak kata aforisme, air yang dicincang tidak akan putus. Kasih dan sayang Alya terhadap seorang insan yang telah banyak berkorban bagi melihat dirinya dapat hidup gembira di bumi Allah yang indah ini tidak akan pernah berakhir.
"Adik balik lewat sikit ye ibu.. Adik ingat nak belajar dengan Siraj laa. Adik tak faham sangat pasal Matematik yang cikgu ajar semalam. Almaklum la ibu, Siraj anak angkat kesayangan ibu tu kan cerdik Math." beritahu Alya panjang lebar sambil membuat muka.
"ishh adik ni tak baik kata macam tu sayang. Setiap orang ni dilahirkan berbeza kemampuannya. Seperti Alya dan Siraj tu. Alya pandai dalam Sains manakala budak Siraj tu pandai Matematik. Adik boleh belajar Matematik dengan Siraj and Siraj pun boleh belajar Sains dengan adik. Jadi sama-sama bagi manfaat antara satu sama lain. And bukan jadi parasit dalam hubungan berkawan ni yer. " bebel ibu sambil menuang air ke dalam cawan Alya. Sekaligus memberi mukadimah pada pagi hari.
" Ishh ibu ni, bebel pulak. Ye Ibu, memang macam tulah hubungan kita orang. Sama-sama belajar. Sebab itulah adik minta kebenaran ibu untuk belajar dengan Siraj lepas sekolah." kata Alya bagi membangkang perkataan 'perasit dalam hubungan berkawan'. Ibunya itu sedang memperli Alya. Pada pandangan ibunya, Alya seorang yang sibuk mencari ilmu tapi tidak pernah pula berkongsi ilmunya dengan orang lain selagi seseorang itu tidak jumpa dengan dia sendiri. Seperti hubungannya dengan Siraj. Siraj itu seorang yang pemalu jadi mahu meminta Alya untuk mengajarnya pun dia malu. Jadi tidak peliklah ibunya mengelarkan Alya 'parasit'.
" Hm, kamu tu.. Ajar la si Siraj tu. Kamu dah kenal rapat dengan dia jadi kamu mesti tahu yang dia tu seorang yang pemalu. Ibu taknak anak ibu berjaya sesorang. Biarlah berjaya bersama-sama dengan kawan-kawan."bebel ibunya lagi. Alya mengeluh sendirian. " Yelah ibu, adik akan tanya Siraj nanti samada dia nak ke tidak belajar dengan adik. Adik minta maaf ye ibu." kata Alya.
"Yelah. Tapi ibu tak salahkan kamu yer sayang. Ibu just tegur." terang ibu sambil tersenyum memandang anak kesayanganya itu yang sedang mengunyah nasi goreng dalam mulutnya. Manakan tidak sayang, Alya seorang saja anak yang dia ada.
Setelah lama menyepi, Alya bersuara "Jadi ibu? boleh tak?". "Mestilah boleh. Ibu percaya dengan anak bongsu Mak Mah tu. Dia tu memang baik. Bukan saja baik malah hormat orang tua pulak tu. Hish kalu jadi menantu tu.." beritahu Ibu sambil berangan angan mak jenah. " Haa, mula lah tu" sampuk Alya lalu mencebik.
' Asyik-asyik Siraj, ibu ni. Kalu Siraj tu puji melambung-lambung kalu puji anak sendiri? Hish puji tu 5% je. Kalu belebe? hm 95% laa jawabnya.' dengki hati kecil Alya.
"Adik cepat makn sayang, nanti lewat" tegur ibu. Ibunya sahaja mengubah arah dalam perbualan mereka kerana dia tidak mahu emosi anak kesayanganya itu terganggu pada pagi hari. Dia amat menyayangi Alya seperti dia menyayangi dirinya sendiri malah lebih lagi. Dia tidak mahu hidup anaknya itu susah dan menderita.Kehidupan ibu Alya atau lebih dikenali sebagai Mak Yam lenyap selepas kehilangan orang yang pernah menjanjikan untuk hidup bersama pada ketika dulu. Dia seperti berada di dalam bilik yang penuh dengan bunga-bungaan yang pelbagai jenis, warna dan harumanya. Tiba-tiba, bilik itu gelap apabila cahaya lampu terpadam. Semuanya gelap-gelita sehinggakan tidak dapat dikesan oleh mata walaupun bunga-bungaan itu masih wujud.
Sehinggalah datang seseorang yang membawa sinar cahaya yang menerangi bilik gelap itu. Hidup Mak Yam kembali mekar. Semekar bunga di taman. Orang itu berada di hadapanya yang sedang memasukkan suapan nasi gorengnya yang terakhir ke dalam mulut. Terukir senyuman kecil di bibirnya sambil memandang Alya. Senyuman yang membawa seribu satu rasa.
Setelah selesai makan, Alya bangun dari kerusi lalu bergerak ke singki untuk membasuh pinggan. "Adik, letak je kat situ. Kamu pergi tunggu van nanti terlepas pulak." kata Mak Yam sebaik sahaja melihat Alya membuka pili air. Mak Yam meluru ke pili air untuk menghalang Alya yang masih berdegil untuk mencuci pinggan.
"Ehh, ibu biarlah adik basuh. Sikit je pon." kata Alya. "Kamu tengok jam tu. Dah pukul berapa? Nanti lewat. Pergi pakai kasut." marah Mak Yam sambil menolak Alya pelahan menjauhi sinki. Dia memandang Alya lalu menunjukkan jari telunjuknya ke arah pintu "Kamu pergi depan, pakai kasut" kata Mak Yam lagi.
Alya masak benar dengan perangai ibunya itu. Apabila ibunya itu menggunakan perkataan 'kamu' dalam percakapan antara mereka, maksudnya dia sedang marah.
Jadi, agar keadaan ibunya tidak menjadi lebih keruh, dia terus bergerak ke depan untuk memakai kasut. Ketika dia sedang memakai kasut, kelihatan van berwarna jingga berhenti di depan rumahnya. Alya bangun apabila selesai memakai kasut lalu memanggil ibunya. "Ibu! van dah sampai ibu!" jerit Alya memanggil ibunya yang sedang berada di dapur."Haa sabar.. okay... nah duit belnja". Mak Yam tercungap-cungap mencari oksigen selepas memaksa dirinya untuk berlari pada usianya yang dalam lingkungan 50-an. Lalu dihulurkan Alya duit belanja.
Alya mengambil duit yang dihulurkan oleh ibunya. "Terima kasih ibu." ucap Alya kepada Mak Yam. "Sama-sama sayang" balas Mak Yam lalu menghulurkan tangannya kepada Alya. Alya memegang lembut tangan tua ibunnya lalu dicium tangan si penjasa itu. Bibir mungilnya bergerak dari tangan ke pipi Mak Yam.
"Adik pergi dulu yer ibu." kata Alya lembut. Senyuman yang begitu indah terukir di bibirnya untuk orang yang paling istimewa dalam hidupnya.
"Ye sayang, hati-hati tau. Jaga diri." pesan Mak Yam sambil mengusap kepala anaknya itu.
" Baik ibu, bye. Assalamualaikum " balas Alya yang seterusnya disusuli dengan salam. "Waalaikumusalam" balas Mak Yam.
Alya berlari-lari anak ke arah van sambil menoleh ke belakang untuk memandang ibunya. "BYE!" jerit Alya sambil melambai-lambai tangan ke arah ibunya lalu terus memasuki pintu van yang terbuka luas.
"BYE!!" balas Mak Yam sambil melambai tangannya ke arah van. Jelas kelihatan wajah Alya yang berada di tepi tingkap. Alya membalas lambaian ibunya itu.
Van mula bergerak meninggalkan kawasan rumah Mak Yam. Van itu laju bergerak sehinggalah hilang dari pandangan Mak Yam.
'Ya Allah, pemudahkanlah urusan anakku dalam menuntut ilmu. Jagalah dia sepertimanaMu menjaga diriku dari dulu sehingga sekarang.' doa hati kecil Mak Yam.
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomanceAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...