Kepala Alya terasa berdenyut-denyut. Matanya yang dari tadi terkatup akhirnya dibuka perlahan-lahan. Dia berada di dalam bilik rumahnya. 'Macam mana aku boleh ada kat sini?' tanya Alya pelik kepada dirinya sendiri . Pintu biliknya terkuak perlahan-lahan. Kelihatan jelas ibunya sedang membawa dulang makanan untuknya.
"Ehh, princess ibu dah bangun?" sapa ibu lembut. Alya hanya mengangguk perlahan. Badannya masih lemah. "Apa yang dah berlaku ibu?" tanya Alya perlahan. Suaranya tersekat-sekat. "Migrain serang kamu kat sekolah tadi. Cikgu Rafidah kamu yang hantar. Sebelum tu dia bawa kamu ke klinik pesakit luar dulu, Doktor kata kamu stress sangat. Kenapa ni sayang? kamu fikirkan ape sampai jadi migrain ? Risau ibu nih." jawab Mak Yam.
'MIKA!'. Mahu sahaja Alya menjawab, tapi takut nanti beribu-ribu soalan yang akan diajukan ibu kesayangannya itu. Jadi Alya hanya terdiam membiarkan soalan ibunya tidak terjawab.
Ibunya menyediakan dia bubur ayam dan air susu. Mak Yam menyuap bubur dengan penuh kasih sayang ke dalam mulut Alya. Alya memakan bubur yang dibuat oleh ibunya itu kerana waktu itu pun perutnya terasa kosong.
Alya mengenang kembali peristiwa tadi. Sakit! Apa yang dilakukan Mika tadi memang keterlaluan!
Keesokan harinya Alya melangkah memasuki kelas. Ibunya puas menegah Alya dari terus ke sekolah kerana keadaannya yang tidak pulih sepenuhnya, tapi Alya masih degil dengan keputusannya.
" Kau sihat tak lagi ni?" tanya Jiha yang berasa risau. " Aku okay laa" jawabnya ringkas seraya duduk di tempat duduknya. " Okay apanya kalu muka pucat macam ni". Alya hanya membaca novel 'Dulu benci.. Kini sayang' yang diambil di dalam begnya. Membiarkan saja Jiha dengan perasaan risaunya itu. Dia malas menjawab soalan Jiha, buat sakit hati je. Baik diam.
'sometimes silent is more better, right? '. Sekarang Alya mengiya-iyakan 'quotes' tu.
Kelihatan musuh ketatnya memasuki kelas. Dia memandang sekilas lalu pandangannya kembali pada novel. Malas mahu melihat wajah Mika. Meluat! Mika ke tempatnya.
" Alya.. aku minta maaf. Aku tahu tindakan aku keterlaluan semalam." Mika memandang Alya. Alya tidak memberi sebarang riaksi. Terkejut mahupun gembira bahawa dia telah menang dalam 'war'.
" Alya aku minta maaf. Tolong lah maafkan aku. Aku berdosa dengan kau nii " merayu Mika lagi. 'Tahupun nak minta maaf. Tahupun fikir dosa selama ni tak fikir dosa' Alya bermonolog sendiri. Alya masih lagi tiada sebarang riaksi. Setelah merasakan usahanya sia-sia, dia terus ke tempat duduknya.'Mungkin dia masih marah pasal semalam kot' pujuk Mika dalam hati.
Memanglah! Siapa yang tak marah kalau maruah dia dah tercalar balar? Lagi-lagi kalau perempuan. Alya langsung tidak bertegur sapa dengan Mika sejak peristiwa itu. Dulu kalau jumpa mesti bertekak, tapi sekarang semua tu dah tak berlaku. Mereka seolah-olah tidak kenal malah seperti tidak pernah bertemu.
Tapi berbeza dengan Mika yang semakin lama semakin jatuh egonya yang mengunung itu! Dia asyik memerhatikan Alya. Hatinya tenang apabila melihat Alya. 'Kenapa erk?' Mahu bercakap dengan Alya dia malu kerana Alya masih tidak dapat memaafkan dia.
'Alya masih marah aku ke?' gerutu Mika. Manakan tidak? Hampir dua minggu perkara itu berlaku. Tidak mungkin Alya masih marah? Kenapa Alya masih tak boleh maafkan dia? Kenapa?! Banyak soalan yang bermain di kepala Mika.
Alya ketika itu sedang bertukus lumus menyiapkan kerjanya yang tergendala. Tiba-tiba dia ditegur oleh orang yang kenal dengan orang yang cukup dia kenal. Siraj. "Awak sibuk ke?" tanya Siraj sebaik sahaja duduk di depan Alya di perpustakaan. "tak" ringkas Alya. "Erm, takpe ah. Ni Mika bagi kat awak. Saya minta diri dulu la yer." Siraj menghulurkan Alya sampul surat. Alya mencapai sampul surat itu. Dia berlalu pergi meninggalkan Alya yang terpinga-pinga. Matanya mengiring pemergian Siraj.
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomanceAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...