Telah hampir sebulan hubungan mereka rapat. Walaupun kadang-kadang bergaduh seperti anjing dengan kucing. Namun setiap detik itu akan membuatkan hati Alya meruntum bahagia. Dia juga tidak pasti tentang perasaanya terhadap Mika.
"Haih, mana minah ni?" bentak Alya yang dari tadi menunggu Jiha di luar tandas. "Wei! Kau sembelit ke apa?" tanya Alya geram. "Ye aku datang, ergh!" balas Jiha. Jiha melangkah keluar dengan jelingan maut yang dilemparkan ke arah Alya. Mereka terus ke perpustakaan tanpa sepatah kata.
Alya melangkah masuk ke dalam perpustakaan. Sebaik sahaja Alya melangkah masuk, matanya tertumpu kearah pasangan yang sedang bermesra di meja belakang. Alya melihat Mika dan Afina sedang bergelak ketawa. Hatinya terasa berat. Dia mengalihkan pandangannya. Dia terus mengambil tempat duduk. Dia duduk di tepi Asmira yang sedang khusyuk membaca buku. Dia hanya mendiamkan diri sepanjang di perpustakaan.
Kringgggggg! Loceng yang berdering menunjukkan waktu rehat. Alya keluar dengan hati yang sakit. Marah,bengang, sedih dan kecewa semua bercampur baur. 'kau memang bodoh Alya! kau ingat dia suka kau? Afina lagi cantik dari kau la.. kau buruk! sekarang kau dah tengok sendiri! Siapa suruh kau bagi harapan ha? Siapa kata yang Mika suka kau?!' Alya bermonolog sendiri dengan kakinya melangkah keluar perpustakaan.
"Alya!" suara yang memanggil mengejutkan Alya. Alya menoleh ke belakang, mencari gerangan yang memanggilnya tadi disebalik pelajar-pelajar yang sibuk membeli di kantin sekolah. Mika muncul ditepinya. "Kau beli ape?" tanya Mika. Alya hanya memandang Mika lalu memandang makanan yang dibelinya. "Kau tak nampak aku beli ape? ke dah buta?" balas Alya kasar dengan matanya masih tertumpu ke arah makanan yang dibelinya. Lalu memandang Mika. "Haa?" matanya tajam memandang Mika.
"Yela, aku nampak..". kata Mika lembut. "Habis buat ape kau tanya lagi? dah nampakkan? Argh! buang masa layan kau!" Alya mencelah sebelum Mika menghabiskan kata-katanya. Alya terus beredar meninggalkan Mika yang masih terpinga-pinga. "Kenapa dengan dia tu? datang bulan ke?" tanya Mika kepada dirinya sendiri.
"Woi!" jerit Aidil. "Wuish! kau ni dah kenapa? terkejut aku!" marah Mika sambil tangannya meraba-raba mencari pen yang terjatuh ke lantai tadi akibat terkejut." Heeheheh, wei, aku nak tanya ni.. Kau dengan Afina ada pape ke?" tanya Aidil kepada Mika yang sedang menyiapkan kerja Matematiknya.
Mika menoleh memandang Aidil. "Gosip mulut sape pulak kau dengar kali ni?" tanya Mika kepada Aidil yang langsung tidak menjawab pertanyaan Aidil tadi. "Tak, aku cuma nak kepastian. " balas Aidil. "Ergh, aku dengan Afina tu takde pape pun la." balas Mika sebaik sahaja mengeluh. Dia terus memandang kerja Matematik yang harus disiapkan sebelum cikgu Matematiknya masuk ke kelas.
Cemburu Alya melarat hingga seminggu. Selama seminggu mereka tidak bertegur sapa. Selalunya mereka akan buat 'study group' pada waktu petang bersama Jiha dan Aidil. Tapi akibat cemburu Alya, jadual mereka semua tidak terurus. Sebab perkara itu sudah jadi rutin. Jadi bila tidak dilaksanakan, akan berlaku masalah.
Pagi Isnin, kelibat Jiha yang menunggu di koridor terus berlari ke arah Alya yang baru memasuki sekolah. "Alya!" Panggil Jiha yang termengah-mengah mendapatkan oksigen. "Ye, kau ni.. kalu yer pun nak bercerita, biar la aku masuk kelas dulu.. " tegur Alya yang terus berjalan sambil memandang Jiha di tepinya yang masih termengah-mengah. "Tak.. Ada.. go.. go..sip hot nii!" kata Jiha yang tersekat-sekat. "Haih, tarik nafas dulu." arah Alya yang tiba-tiba berhenti berjalan lalu memandang Jiha yang sedang menarik nafas. " Haa.. bagus itulah anak Pak Husin.. heheh. jom kita masuk kelas dulu." kata Alya sambil diiringi ketawa kerana dia menggunakan gelaran 'anak Pak Husin'.
"Haa kau nak cerita ape tadi?" tanya Alya sebaik sahaja dia mengapai sebatang penyapu. Dia mahu mengemas kelasnya yang kelihatan agak kotor. "Macam nii, kau tahu tak yang Mika.." balas Jiha bersungguh. Namun terhenti apabila Alya mengisyaratkan Jiha supaya berhenti. "Jap jap.. Ape? Mika? kalu pasal dia aku taknak dengar." kata Alya keras lalu meneruskan kerja menyapunya. "Kau tahu tak yang Afina dan Mika couple?!" bagitahu Jiha walaupun Alya tidak mahu mendengarnya tadi. Alya terkejut. Penyapu ditangannya jatuh. "A.. a.. Ape?" tanya Alya tersekat-sekat.
'Aku bodoh!' hatinya meraung menahan sebak. Hari itu, dia hanya mendiamkan diri, menyepi. Tidak mahu diganggu. Dia broken!
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomanceAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...