Bab 5

56 4 0
                                    

"Saya minta maaf cikgu, tapi tadi memang kasut saya hilang. Pastu saya jatuh waktu nak ambik kasut saya atas bumbung " terang Alya dengan matanya memandang lantai. Ketakutan jelas terpapar pada wajahnya . "Berhenti dari terus buat alasan bodoh Alya" balas cikgu kasar.

Tidak pernah lagi dia dimarahi seperti itu sepanjang bersekolah di situ. Selama ini dia selalu mendapat pujian melambung tinggi. Tapi hari ini? Imejnya jatuh.

Dia memulas tombol pintu untuk keluar. Mata Cikgu Rum itu hanya mengiringi mereka keluar. " Semua salah kau! " tuduh Alya sebaik sahaja keluar dari bilik cikgu sejarahnya itu. "Ehh, salah aku pulak! Salah kau la! kau yang tak nak terima bantuan aku kan?" bentak Mika.

"Argh! banyak la kau!" Alya merasakannya apa yang dikata oleh Mika ada betulnya. Dia yang tidak mahu dirinya dibantu. Jadi terimalah akibatnya sendiri! Mereka bergegas ke kelas. " Ehh dah berbaik ke?" perli Jiha yang berada di tempat duduknya sebaik sahaja kaki Alya dan Mika memasuki kelas.

" Takde maknenya Jiha." jawab Alya sebaik sahaja sahaja duduk di atas kerusinya. "Eleh, kau dah berbaik kan?" tanya Jiha lagi. Alya hanya membiarkan sahaja soalan Jiha tidak terjawab. Malas mahu melayan kawannya. Dia mengeluarkan buku nota untuk menyiapkan nota sejarah yang diberi cikgu tadi sewaktu dia tidak masuk ke kelas. Dia sememangnya tidak suka kerjanya tertangguh. Dia meminta buku nota sejarah Jiha.

Alya merupakan salah seorang dalam 'top 3' dalam kelasnya. Lagi dua orang ialah Saadah dan Qila. Mereka bertiga merupakan pelajar cemerlang seluruh tingkatan 4. Saadah atau lebih dikenali sebagai Saod memang seorang yang tidak kedekut ilmu. Kadang-kala jika tidak diminta untu diajar pun dia akan datang mengajar. Memang satu sikap terpuji. Dia memang seorang yang baik akhlak,akademik dan kokurikulumnya. Layak bergelar sebagai Pelajar Cemerlang sekolah itu.

Alya memandang jam di tangannya. Jarum jam menunjukkan jam 3.30 petang. Ketika itu dia berada di perpustakaan. Mencari sumber-sumber rujukan. " Ehh, dah lewat nih" kata Alya kepada dirinya sendiri. Dia mengemas semua buku-buku dan memasukkan semua alatan seperti pensel,pen dan pemadam ke dalam bekas pensil. Berkemas untuk pulang.

Malang sekali nasibnya apabila cuaca pada hari itu tidak mengizinkan. ' Hujan! 'Argh! macam mana ni! Perlu ke aku redah je hujan ni? Tapi nanti macam mana dengan buku-buku ni?' Alya bermonolog sendiri . Matanya memandang ke arah buku-buku di tangannya. Tidak sanggup melihat bekalan ilmu itu basah kena air hujan. Plastik! Otaknya berfungsi dengan baik ketika itu. Dia memandang sekeliling perpustakaan mencari plastik.

Bersyukur kerana terdapat juga plastik sampah yang berada di sudut perpustakaan. Dia mengambil tiga plastik sampah lalu membalut buku-bukunya dengan dua plastik sampah dan membalut begnya dengan satu plastik. Dia terus menuruni tangga dan meredah hujan ke hentian bas di depan sekolah. Sesampainya dia di situ, van Mak Leha telahpun lalu di situ tadi. Di telah bertanya kepada seoranv junior yang menunggu pemandu keluarganya. 'Orang kaya susah apa.' dengki hati kecil Alya seraya duduk.Dia memandang jamnya. Jam dah menunjukkan 4.15 petang. Dia mengeluh sendirian, memandang sekeliling.

Dalam tidak rela dia harus meredah hujan ke rumah Jiha untuk tumpang solat Asar. Baginya solat lebih utama. Dia tidak mahu lewat dalam menunaikan kewajiban.

Sewaktu dia berjalan di birai jalan, kelihatan dari jauh sebuah kereta BMW merah. Mika  ternampak Alya yang berjalan meredah hujan lebat.

"Zafrel, berhenti jap!" arah Mika kepada abang sulungnya dengan matanya melihat Alya di luar tingkap. Abang sulung yang bernama Ahmad Asyraff Zafrel sememangnya seorang abang yang bertanggungjawab dalam melindungi adik bongsunya itu.

Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!Where stories live. Discover now