Hubungan Alya dengan Mika semakin lama semakin rengang. Selepas dia tahu yang Mika ada hubungan dengan Afina, dia terus menjauhkan diri dia dengan Mika.
Alya tak mahu menganggu hubungan mereka. 'Walaupun hati aku sendiri sakit? Yaa, memang sakit. Sakit menahan rindu yang semakin memuncak.'
Alya pergi ke kedai Pak Lang. Ibunya meminta Alya untuk membelikan barangan dapur. Alya mengayuh basikal untuk ke kedai. Katanya "Hari yang panas macam ini, memang taklah aku nak jalan kaki. "
Ketika dia keluar dari kedai Pak Lang, dia ternampak kelibat Mika yang baru keluar baru dari kereta. 'Kenapa dia ada kat sini?' tanya hati Alya gelisah. Dia mempercepatkan langkah ke basikal yang dia letak di tepi kedai. Alya tak mahu Mika nampak dia.
" Alya!"
'Ergh!! ' Alya hanya memekakkan telinga. Alya tak mahu berjumpa Mika. 'Aku tak mahu Afina kata aku ni rampas boyfriend dia'
Namun, langkah dia lebih pantas dari Alya. "Alya! Jom petang ni kita study" ajak Mika. "Aku sibuk, aku nak jaga ibu aku" Balas Alya tanpa langsung memandang Mika.
Mika hairan. "Erm, aku rindu kau wei.. Lama tak sembang" adu Mika.
"Patutnya kau kena rindukan Gf kau tu Afina an? . Bukan aku! Dahlah Kau pergi jela dekat girlfriend kau tu!" Panas pula hati Alya dibuatnya. Darah dia mendidih tambah-tambah waktu yang panas macam tu.
Alya terus mengayuh basikal meninggalkan Mika yang bingung. "Aku dengan Afina?" Mika mengaru kepalanya yang tidak terasa gatal.
~~~~~~~~~~~~~~~
Alya sedang duduk di dalam bilik. Melihat gambar dia dan Mika waktu hari sukan.
Dari jauh wajah Mika kelihatan. Mika sedang berlari bersungguh-sungguh bagi mendapat gelaran juara. Alya terus memberikan sorokan! Walaupun dia bukan satu rumah sukam dengan Mika. Tapi sebagai seorang sahabat dia wajar memberikan semangat kepada Mika.
"Mika! Do your best!!" Alya menompat sambil menepuk tangannya. Dia nampak betul-betul semangat kali ini. Walaupun dulu dia langsung tidak menyuarakan sorakan kepada ahli rumah sukannya.
Tapi kali ini, 180° dia berubah. Dia menjerit lebih kuat dari orang lain.
Mika yang sedang berlari masih sempat memandang Alya dan memberikan senyuman manisnya dan lambaian. Lalu terus pecut berlari.Alya tergelak melihat gelagat Mika yang nampak comel itu.
____________
"Alya!" Mika memanggil Alya yang sedang bersembang dengan Jiha. Alya menoleh memandang Mika. Kelihatan Mika dengan senyuman bangganya. Mika memegang medal naib johannya dengan bangga sekali.
Alya tergelak melihat Mika. "see? aku menang walaupun tempat kedua." kata Mika kepada Alya.
"yaa, im proud of you." Alya melemparkan senyuman ikhlasnya. "Yaa, i know. Apa pun thanks!" Mika berterima kasih kepada Alya. "Welcome."
"ingat hari ini kau kena belanja aku kat cafe. boleh?" "Hahahahahah yelah! Heheh, wei taknak tangkap gambar ke? Saat-saat kau menang kan." tanya Alya.
"Okay jer, Wei Jiha tangkap gambar kita orang" Mika menghulurkan iPhone 7nya kepada Jiha. "hah? Sorry aku tak dengar, aku tengah sembang dengan Huda tadi" tanya Jiha bingung. Dia memandang Ip Mika. "ouh, Nak suruh aku tangkap gambar korang ke?" Jiha mencapai Ip Mika. "Sweet la korang ni. Dah bergula kat sini!" kata Jiha mengada. Alya melemparkan pandangan membunuhnya kepada Jiha. "Heheh gurau gurau."
"Okay, sedia! one,two,three! cheese!" Pic! Pic! Pic!
Banyak juga gambar yang ditangkap Jiha dengan pelbagai 'posing' Mika dan Alya.
"Korang nampak cute sangat!" Ye, memang diorang nampak comel sangat dalam gambar.
Alya tersenyum sendiri mengingatkan saat-saat bahagia itu. Tidak pernah dinafikan yang dia amat merindukan saat itu.
Dia menyimpan gambar itu dalam kotak merah jambu yang tertulis 'Kenangan Terindah'
Dia meletakkan kotak itu di dalam laci meja.
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomansaAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...