Bab 9

35 3 0
                                    

Kringggggg! Loceng balik berdering. Alya keluar kelas dengan tergesa-gesa. Dia berlari dengan pantas ke tandas. Panggilan Jiha diendahkan sahaja.

Dia menolak pintu tandas. Air mata mula bergenang. Dia memandang wajahnya di dalam cermin. Sebenarnya dia tidak sanggup berhadapan dengan kawan-kawannya. 'Mesti diaorang akan fikir buruk pasal aku' Alya seolah-olah sudah dapat mengagak apa yang akan berlaku selepas ini.

Alya sudah basi dengan sikap semua kawan-kawannya. Lagi-lagi, Tyka. Tyka sudah lama tak puas hati dengan Alya. Kalau cerita ini diketahui Tyka, habislah Alya menjadi bahan gelak.

Kedengaran dari luar, bunyi tapak kaki berjalan. Alya mengelap air matanya. Dia berpura-pura sedang membasuh tangan.

Pintu dibuka. Seorang memasuki tandas lalu mengunci tandas dari dalam. Mika memandang Alya.

"Kau buat apa kat sini?" tanya Alya. "Tandas lelaki kat sebelah, ni tandas perempuan." sambungnya lagi. Suaranya kelihatan bergetar.

"Alya, aku nak minta maaf" Dia melangkah kedepan dengan berani. Jantung Alya berdegup kencang. Mika memandang mata Alya. Pandangan redup itu membuatkan Alya gusar. Alya mengalih pandangannya dari terus memandang Mika. "Nanti orang nampak kita, diorang akan fikir pelik. please keluar"

Mika dengan berani melangkah lebih depan. Mika mengangkat dagu Alya. " Aku tak kesah. Aku tak kesah orang nak kata apa. Aku dah malas nak berselindung. Biar diorang tahu semua benda" Alya mengalihkan mukanya. Alya melangkah ke belakang

"Apa maksud kau?" tanya Alya. Alya menajamkan matanya. Mika masih berani melangkah ke depan. Alya kebelakang. Menghalang dirinya berada rapat dengan Mika. Namun langkahnya terbatas apabila dia berada di sudut tandas. Mika membuat 'corner'. Dia meletakkan tangannya pada dinding seperti pagar yang menghalang Alya keluar. "M- Mika.. " Alya dapat merasakan nafas Mika, begitu juga Mika. "Yer? Aku nak kata, biar semua orang tahu betapa aku sayangkan kau. Cintakan kau. Mudahkan?" Alya gelisah. "A-apa Mak-maksud kau haa.?" tanya Alya gagap. "Aku sayangkan kau. yer, lebih dari seorang sahabat "
"

Alya menolak Mika menjauhinya. Dia tidak mahu terus-menerus terjerumus dalam jurang kemaksiatan. Dia menghalang dirinya dari melakukan perkara yang tidak diingini.

   "Aku nak balik" Alya menukar topik  "Biar aku hantar kau balik" "Ehh tak payah, aku boleh balik sendiri." kata Alya dengan senyuman . "Kalau aku nak hantar kau jugak macam mana?" Mika mengenyitkan mata. Alya tergelak kecil. "Tak payah, jumpa petang ni kat pondok, bawak buku kimia. Ajak Jiha dengan Siraj."


Lama mereka tidak belajar bersama-sama. Semua kerana Alya yang tidak mahu berjumpa Mika. Namun hari ini, dia sendiri yang mengajak untuk 'study group'.

Akhirnya mereka keluar dari tandas dengan berhati-hati. Tidak mahu orang nampak. Kalau tak, memang binasalah nasib diorang nanti.

Namun dari sudut lain, ada mata yang melihat .Senyuman sinis terukir di bibirnya. Inilah peluangnya!

~~~~~~~~~~

  Alya rebah di atas katil. Gembira hatinya bukan kepalang. Dia mengeliat lalu mengambil bantal disisinya. Ditelengkupkan bantal itu pada mulutnya. Dia menjerit sekuat hati.

"Adik! Kamu kenapa?!" tanya ibu di luar bilik. "Takde pape!" Alya tergelak kecil . Dia kembali mengingatkan peristiwa tadi.

'M-Mika..'
  'Yer? aku nak kata, Biar semua orang tahu betapa aku sayangkan kau. cintakan kau. Mudahkan?'
'A-apa mak-maksud kau?' 'aku sayang kau. Yer, lebih dari seorang sahabat.'

  Alya tersengih. Dia mengambil bantak peluk dan dipeluk kemas. Matanya dikatup. Akhirnya dia terus terlena.

~~~~~~~~~~

  "Ehh, Alya! lama betul tak berborak dengan kau kan? Yela kau sombong dengan aku sekarang" Alya terserempak dengan Tyka di perpustakaan. "Takdelah" Alya berdalih. "Kaukan dah ada Mikail kan?" Suara Tyka agak kuat kedengaran. "E-ehh Ma-manade kau nii" Alya mengelengkan kepalanya. "Alya boleh aku tanya?"

  "Tanyalah" balas Alya acuh tak acuh. Kalau boleh nak je dia kata 'tak boleh, berambus kau sekarang!'  Tapi nanti apa pulak orang kata.

  "Kau dengan Mika buat apa kat tandas semalam?" Suaranya saja diperkuatkan dengan mimik muka yang seolah-olah dibuat-buat. "Aku buat apa? Manade buat ape." Balas Alya.

"Alah, Aku nampak kau semalam dengan Mika. Korang buat apa erk?" Tyka memberi tamparan hebat kepada Alya. "A-aku tak bu-buat pape" Alya gagap.

  "Alya cite laa, apa yang berlaku semalam. Semua kat sini semua nak tahu." Memang betul, semua disitu menadah telinga mendengar pengakuan Alya. 

_________

To be continued.. Maafkan saya kalau ada kekuranga  dalam cerita ni. In Sha Allah saya akan membaiki lagi mutu penulisan saya.

Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!Where stories live. Discover now