Alya merebahkan diri ke atas katil. Dia menangis teresak-esak. Malunya tadi ditahan sahaja. Tapi nasib sahaja Mika datang menyelamatkannya. Air mata membasahi bantalnya. Memori tadi terus terbayang di ingatannya. Bencinya terhadap Tyka terus membuak-buak. Malu yang ditahannya ini sampai bila akan bertahan? Apa pandangan kawan kawannya?
Dia mengambil ubat di atas peti. Berjalan perlahan. Pening kepalanya membuatkan dia tidak hadir ke sekolah hari ini. Dia meletakkan air di atas almari lalu dia duduk di atas kerusi meja makan. Dia menelan Panadol. Gulp Gulp.
Mak Yam menyapa dari belakang. "adik.. Pening kepala lagi ?"
Alya mengangguk pelahan. "Banyak sangat berfikir ni. Adik fikirkan ape ni?" Mak Yam mula berasa curiga terhadap Alya. "Homework je banyak sangat. Penat la ni" jawabnya perlahan. Tidak bermaya. "hm, yelah.. Adik pergilah masuk tidur. Berehat." Mak Yam tahu sangat sikap rahsia Alya. Dia tidak mahu berkongsi ceritanya dengan orang lain. Memang dia tidak mahu memaksa anaknya itu berkongsi cerita. Nanti buatnya budak tu membentak. Bisik hati kecil Mak Yam.
______________
Telah seminggu perkara itu berlaku, tidak pula kedengaran orang mengutuk perbuatan yang dianggap keji orang ramai walaupun dia tidak pernah dan takkan buat kerja jijik tu. Tapi semuanya terbalik, talahan hatinya langsung tidak benar. Semua orang layannya dengan baik. Takde pulak yang buruk sangka.
Kata Jiha, semua orang dah tahu sikap menfitnah Tyka. Jadi tak heranlah kalau orang tidak mengendahkan tuduhan yang tak berlapis tuh!
Hubungannya dengan Mika semuanya berjalan dengan baik. Malah lebih rapat dari biasa. Tapi batasan antara lelaki dan perempuan tu tidak pernah dilupakan Alya. Yelah, dari dulu , Mak Yam menerapkan sifat sifat yang mulia dalam dirinya. Jadi tidak mungkin dia akan berubah sampai macam tu sekali.
"Buat ape menung-menung sendiri nih? Teringatkan saya erk?" Mika mencelah dari mana entah.. Ehh dia ni. dari mana muncul pun dia tak pasti.. Lagi satu, masa bila pulak aku ingatkan dia hish! Desis hati Alya.
"Suka hati jer. Masa bila saya menungkan awak? Buang masa." kata Alya menjeling Mika yang tersengih sumbing. Padahal dia malu Mika menegurnya ketika dia tidak berpijak di bumi yang nyata. Heheh... Yang Mika ni kenapa? Sengih sengih jolok pensil ni dalam lubang hidung baru tahu! "Hahah yelah tu." suka benar dia melihat muka Alya waktu malu. Merah padam. Nampak comel sangat!
"Awak buat ape kat sini? Tak rehat?" tanya Alya. "Buat ape rehat kalau hati saya takde ikut bersama." Dia tersenyum nakal. Berdesur darah menyinap naik ke muka Alya. Malu! Mukanya berona merah menampakkan betapa cantiknya kulit mulusnya yang tidak diselaputi sedikit mekap pun.
"Ehh..da-dahh urmmm.. per-gi main jauh-jauhlah! " Hish dia ni. Kalau tak buat dia rasa gelisah tak boleh ke? Dah la aku ni jenis gugup kalau gementar. "Ehh sampai hati awak halau saya yer?" Mukanya diubah dengan mimik nerajuk. Bibirnya dimuncungkan. Eleh nak merajuk! Saja jer dia nak bermanja-manja. Kalau bersama Alya, hatinya selalu menguntum indah.
" EHH, PASANGAN SWEET NI, TENGAH BERMANJA ERK?! Tak keluar makan ke?" sindir Jiha yang baru masuk ke kelas.
Ehh datang mana pula Jiha ni? Sesuki hati je kata aku ni tengah bermanja dengan Mika. Ergh. Tak berlapis betul mulut minah ni kalau bercakap. Insurans langsung takde! Tak silap hari bulan, kasut ni jugak melekat kat mulut tuh! Marah Alya dalam hati.
Persoalan Jiha hanya dibiarkan tanpa sebarang sahutan jawapan. Antara Mika mahupun Alya. Hish elok sangat lah dua orang tuh! Orang tanya bukan nak dijawab. Hishh.. Terasa diri ini dileperkan je. Hahaha.
"Alya, kau dengan Mika tu ada pape special ke?" tanya Jiha sambil tangannya masih mengemas barang-barang atas mejanya. Alya terkejut dengan soalan tuh. Darah menyinap naik ke muka. Merah tonanya. "Ma-mana d-de"
Jiha memandang Alya. Keningnya diangkat sebelah. Kalau Alya dah gugup tu maksudnya, jawapan yang dia bagi tu tak yakin! Tak confident langsung! Alya memandang Jiha pelik. "A-ape?" Jiha ni sibuk pasal aku hari dah kenapa? Hish! Jangan ditanya soalan maut tu! "Kau simpan jela rahsia hati kau tuh" kata Jiha dengan nada merajuk lalu mengalihkan pandangannya kearah buku yang perlu dikemasnya. Memang masak benar dengan sikap Alya! Bukan setakat masak! dah hangus terbakar dah pun. "Ala.. Hmm.. urmm" Haa sudah, gugup aku ni kalu dah menjadi memang susah lah! tak ke nyaknye aku nak pujuk minah ni kalu macam ni? Haih.. Minah ni pandai pulak merajuk.
"Tak payah la. Errm.. urmm.. erkk sangat yer.. Sakit telinga ni haa! Erghh. Gugup la kau sampai ke tua!" Katanya lalu diselitkan dengan gelak ketawa . Hisshh! dia ni boleh pulak gelakkan aku. aku ingat merajuk! Nak ke orang khawin dengan aku kalau aku asyik gugup jer? Ni pun sorang bukan nak doakan yang terbaik untuk aku! Ehh.. apasal aku pikir khawin ni? Hish gatal bebenor yer? Monolog dirinya dalam hati. "Manade lah pepandai je, bukan kau pun yang aturkan jalan hidup aku" katanya sambil mencebik. Haih.. Alya ni, patutlah Mika suka. Nampak comel! Jiha hanya gelak melihat mulut Alya muncung. Ada- ada sahaja kawan aku sorang nih. Aku harap dia akan bahagia one day nanti!
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomanceAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...