Bab 2

105 10 6
                                    

Alya melangkah memasuki ruang sekolah dengan penuh azam dan semangat untuk menuntut ilmu.

Sedang dia melalui jalan ke pintu utama sekolah, bunyi hon kereta yang kuat memeranjatkan dirinya. Dia bergerak dengan pantas ke sisi jalan bagi menghalang dirinya dari dirempuh oleh orang yang kurang didikan di dalam kereta itu. Namun nasib malang terus menimpa dirinya lagi. Dia terpijak sebiji batu lalu terus tersadung ke lantai tanah. "Argh!!" jerit Alya kuat sehingga mengejutkan semua yang berada di situ.

"Argh malang betul nasib aku hari ni!" marah Alya dengan mata yang terpejam menahan perit kakinya yang terseliuh. Dia memandang tajam kereta Marcedes hitam yang memasuki sekolah. 'Tak guna betul!' bentak hati Alya.

Ketika itu semua yang berada di disitu memandangnya. Ada raut wajah yang kesian akan Alya, namun ada juga yang menahan gelak.

"Apa pandang-pandang?! Pandai tengok jeke? Tak reti nak tolong?!" marah Alya. Budak zaman sekarang suka benar mengetawakan orang. Tidak boleh jadi kawan betul!

  Tanpa menunggu pertolongan orang lain, dia cuba bangun sendiri. Memaksa diri walaupun menahan malu!

Dari jauh kelihatan seorang perempuan yang amat dikenali Alya. Semakin lama, semakin dekat. "Wei! asal kau ni?" tanya Jiha sambil membantu Alya bangun sebaik sahaja dia sampai di sisi Alya. "Jatuh laa! sakit tahu tak!" jerit Alya dengan mata yang terpejam menahan sakit sambil cuba bangun dengan pertolongan Jiha.

Kereta Marcedes hitam itu tadi keluar dari perkarangan sekolah. Jiha sedang berleter kerana menganggap bahawa Alya tidak berwaspada. Namun leteran itu kedengaran sayup-sayup sahaja kerana Alya sibuk memandang 'kereta gila' itu. "Tu kau nampak tak? Tu lah kereta gila!" kata Alya sambil memandang tajam ke arah kereta yang lalu di depanya."Ish kau ni. Jangan salahkan orang lain atas kesilapan kau sendiri" nasihat Jiha yang tidak tahu cerita sebenar.

  Dia mengambil sebiji batu di atas lantai dengan niat untuk membaling ke arah kereta itu. Namun niat jahatnya itu terbatas apabila dihalang oleh Jiha. "Woi! tak baik!" sergah Jiha sambil mengambil batu dari tangan Alya lalu dibaling ke arah semak ditepi jalan. "Hish, kau ni kenapa?" bentak Alya. Dia memandang tajam ke arah kereta Marcedes hitam yang semakin lama semakin hilang dari pandangan mata Alya.

  Dia menoleh melihat Jiha dengan mata yang tajam seolah-olah mahu menelan Jiha waktu itu juga. "Ape? ehh bersyukur sikit okay aku halang kau. Kalu tak kau dapat dosa free je. Sia-sia kau hidup kat bumi Allah ni kalu banyak dosa, kau tahu?!" ujar Jiha bersungguh-sungguh sambil membantu Alya berjalan memasuki sekolah.

  "Kau nak ke menjunam masuk ke dalam jurang kegelapan yang akan membawa kau ke lubang neraka. Kau nak? Aku taknak." sambung Jiha lagi apabila melihat Alya yang tiada ayat untuk membalas kata-katanya itu.

'okay deep.' bisik hati kecilnya yang terasa dengan kata-kata Jiha yang agak pedas itu. "Erh, go die laa. Malas aku nak dengar" kini mulutnya pula bersuara. Walaupun perkataan 'go die' itu agak pedas pada pendengaran orang lain. Namun tidak pula bagi mereka yang telah lama mengenali antara satu sama lain.

  Kringgggggg!! Kedengaran sudah amaran. Bunyi loceng pada pagi hari itu agak mengerunkan hampir semua pelajar di sekolah mereka.  Tidak sanggup untuk menghadap cikgu disiplin yang Alya gelarkan sebagai 'Ju-on'.

  Cikgu Zaimi memang tegas dalam pengurusan disiplin di sekolah mereka. Cikgu itu memang ditakuti oleh pelajar-pelajar yang sering melanggar peraturan sekolah.

  Kelihatan semua pelajar mula meninggalkan tempat lepak mereka lalu tergesa-gesa menerjah masuk pintu utama sekolah. Berharap benar agar nama mereka tidak tercatat di dalam 'Buku Rekod Kehadiran Lewat'. Hal ini kerana mereka tidak mahu disoal siasat oleh Cikgu Zaimi yang akan menyebabkan nama mereka disenarai hitamkan. Kalau itu berlaku, maksudnya mereka akan sentiasa diperhati yang membuatkan mereka tidak bebas dan tidak senang duduk. Jadi selagi ada masa, mereka akan mengelak daripada kejadian itu berlaku.

Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!Where stories live. Discover now