Pagi yang indah, tentu dimulakan dengan senyuman yang indah. Namun tidak pula senyuman terpancar pada wajah Alya. " Pagi-pagi lagi dah masam mencuka" itulah kata kawan karibnya, Jiha.
Memang tepat sekali kata Jiha itu. Mukanya bukan sahaja masam mencuka , malah boleh dikatakan seperti mempelam busuk masa sahaja untuk dibuang.
"Aku rasa kau kena tukar motto yang kau pernah bagitau aku dulu" Alya memandang Jiha pelik. "Apa maksud kau?"
"Yelah, dulu kau kata kau gembira gi sekolah. Kau kata ape erk? Jap,jap bagi aku ingat balik. Haaa.. Kau kata 'Sekolahku syurga keduaku'. So kau tukar la kepada 'Sekolahku neraka Zalzalahku' ."
Alya menghempuk bahu Jiha. " Kau ni, tak baik cakap macam tu kat aku" Jiha mengosok-gosok bahunya yang sakit yang dihempuk Alya lalu mencebik. Memang benar kata-kata Jiha itu. Memang pernah Alya berkata seperti itu.
~~~~~~~~~~~~~~~~
Alya mendepakan tangan lalu menarik nafas dalam-dalam. Menghirup udara pagi yang segar. Mukanya nampak berseri-seri dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Angin pagi yang meniup sepoi-sepoi bahasa menambahkan lagi rasa gembira dihatinya.
"Amboi! macam dalam cerita Titanic dah aku tengok! Live!" Tegur Jiha dari belakang. "Hish kau ni! terkejut aku." Alya menarik muka.
"Alah, comelnya anak mama hahahah!" Kata Jiha sambil mencubit-cubit pipi gebu Alya.
"Aku bukan apa, aku happy sangat tau dapat gi sekolah. Sekolah nu dah macam rumah kedua aku dah"
"oh yela tuu" Jiha mencebik. "Yerr, Sekolahku syurga keduaku tau! Hahahahah" balas Alya.
~~~~~~~~~~
Perkara itu sudah lama berlalu. Sewaktu Alya tingkatan 3. 'Tak sangka ingatan Jiha kuat macam ni. Tapi kalu kerja sekolah? Haram nak diingatnya.'
"Woi! Kamu berdua, masuk kelas kamu sekarang! Buat apa bertenggek bersidai kat situ?"
Itulah Syamira. Pengawas yang terlalu 'straight'. Langsung tak boleh buat salah. Kalau buat salah sikit dah melenting dan itu yang membuatkan ramai pelajar tak suka dia termasuklah Alya.
----------
Ketika waktu rehat tamat, ramai pelajar berpusu-pusu memasuki kelas.
"Alya!" Mika mengejar Alya dari tadi. "Boleh tak jangan ganggu aku" kata Alya sambil berjalan dengan pantas memasuki kelas.
Alya memasuki ruang kelas diikuti Mika. "Dengar dulu apa yang aku nak cakap!" Kelas yang mula-mula kecoh tadi menjadi sunyi sepi apabila terdengar suara Mika yang kuat itu. Semua memerhati mereka hairan.
Alya menoleh ke belakang memandang Mika.
"Okay, aku bagi masa dua minit,cakaplah apa yang kau nak cakap sangat tuh" Alya memandang tajam Mika dengan tangan memeluk tubuh. Menanti Mika. "Erm, A-aku" Mika tergagap apabila melihat pandangan tajam yang dilemparkan Alya."Argh, Kau ni buang masa aku tahu tak!" Alya mula naik angin. Dia berjalan pantas ke tempat duduknya. Dia hendak duduk. Rimas dan malas layan Mika yang menyakitkan hati.
"kenapa dengan diorang tu?" bisik farah curiga kepada Afina yang sedang makan roti. "Entah" balas Afina acuh tak acuh. Farah, seorang lagi pelajar kelas Alya. Dia seorang yang kepoh. Mulutnya penuh dengan gosip hangat dari pasaran. Dia tahu semua yang berlaku di sekolah ini. Kadang-kadang bila Alya bosan, dia akan ke tempat Farah. Menadah telinga dan mendengar semua cerita yang masih segar, hangat dan apa yang pasti boleh dipercayai.
Tanpa was-was, Mika memegang pergelangan tangan Alya. Menghalang Alya ke tempat duduknya sebelum mendengar apa yang nak dijelasnya. Alya menarik tangannya. Dia malu depan semua orang yang memerhati. Mukanya merah padam. Apa tanggapan yang akan diorang buat nanti?
"aku dengan Afina takde pape! Kami hanya kawan biasa jer!" Afina yang sedang makan roti tersedak mendengar nama dia disebut. Farah menepuk-nepuk belakang Afina. Taknak kawan baiknya itu mati tercekit dekat situ.
Mika masih memandang Alya. Alya tidak memandang Mika malah dia terus ke tempat duduk. Dia malu dengan semua orang dalam kelas. Apa yang diorang akan simpulkan nanti? Arghhh.
Mika ke tempat duduk Alya. Dia merendahkan dirinya sedikit agar lebih selesa bercakap dengan Alya. "Jelaskan?". " Berambus Mika. Aku taknak tengok muka kau!" kata Alya perlahan. Tak mahu semua mendengar. Kalau boleh dia nak berlari ke tandas sekarang juga tapi kebetulan cikgu memasuki kelas.. Dia betul-betul malu. 'Kau bodoh Mika'
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomanceAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...