Hujan membasahi bumi Allah pada malam itu. Cahaya bulan agak samar-samar kerana dilindungi oleh awan yang kelihatan gelap.
Ketika itu Alya berada di dalam biliknya. Dia memeluk bantal busuknya . Matanya tertumpu pada satu tempat. Tapi fikirannya seperti memikirkan sesuatu. Sesuatu yang mustahak!Otaknya ligat memikirkan cara untuk membalas dendam.'Mika ! aku akan buatkan kau menyesal buat macam tu kat aku! Argh tak guna punya jantan! ' Alya bermonolog sendiri.
Matanya mula layu. Layu selayu tumbuhan yang mati. Dia menguap lalu menutup matanya. Dia terus dibuai mimpi indah dalam tidurnya pada malam itu.
Keesokan harinya di dalam kelas.
Dua sahabat itu kelihatan dari jauh sedang bersadai di koridor kelas. Jiha sibuk bercerita sehingga tidak sedar Mika lalu di depan mereka. Alya yang perasan terus bersuara.
" Ehh kenapa anak Dato' sekolah kat sini erk? Kat KOTA tu dah takde sekolah cluster dah ke?! Ke takde yang nak terima? Ish ish, kesian." lalu mencebik. "Alya, kau ni kenapa!" bisik Jiha dengan pandangan takutnya tertumpu pada Mika.
"Biarkan dia! Biar dia sedar diri! Jangan nak koya sangat! Harta yang dia ada sekarang harta bapak dia bukan harta dia!" Alya menghendik Mika dengan kata-kata yang pedas! Dia menepis tangan Jiha yang cuba menariknya pergi.
Mika terhenti mendengar setiap butir bicara Alya. Hatinya mula memanas seperti direbus di dalam periuk. Dia menoleh lalu menghampiri Alya.
Dia memandang Alya tajam. "Kau kenape erk perempuan?! Kau jangan nak hina aku and kau tak tahu pape pasal aku! Jangan nak buat andaian sendiri pulak" tengking Mika sambil jari telunjuknya ditunjukkan ke arah Alya . Jiha hanya memerhatikan sahaja drama itu berlaku kerana dia tidak mampu menghalang Alya yang semakin naik kepala.
Alya menolak dada bidang Mika menjauhinya. Mika terundur ke sedikit kebelakang. "Kau ingat kau punya maruah je tercalar?! Aku punya maruah? Kau dah malukan aku depan orang and kau ingat aku akan fikir kau punya maruah? Wei kau ingat kau anak Dato' aku gentar? Sorry to say laa. Kau bukan sesapa untuk aku takut!" balas Alya pedas dengan matanya masih tajam melihat manusia yang kurang didikan di depannya.
"Perempuan gila !" jerit Mika sambil matanya memandang Alya atas bawah. Dia berlalu pergi meninggalkan Alya yang masih membara panas hatinya kerana dia tidak mahu mengambil masa yang lebih melayan si Alya tu. Dia terus melangkah memasuki kelas seraya menjeling Alya.
Permusuhan ketat antara Mika dan Alya terus berpanjangan tanpa penyelesaian . Macam mana nak selesai ? Kalau dah dua-dua hati batu! Ego mengunung! Asyik mahu menang sahaja. Kalau dalam perang mesti ada yang kalah dan yang menang tapi tidak pula dalam konflik antara Alya dan Mika. Tiada erti kalah dalam kamus hidup Alya mahupun Mika.
Alya terus-terusan mencari pasal dengan Mika. Mika? Dia pun sama! Tiada siapa antara mereka yang mahu menyerah kalah. Jiha? Sudah muak menasihati Alya yang tetap dengan pendiriannya yang sama sekali salah!
Alya telah merancang sesuatu untuk mengenakan Si Poyo itu dengan rapi sekali. Ketika itu tidak kelihatan pula Mika di dalam kelas. Kemungkinan besar dia ke tandas. Pada masa itu juga tiada cikgu di dalam kelas jadi bibir Alya mula menguntum senyuman sinis.
Dia memulakan agenda jahatnya. Dia pergi ke tempat duduk Mika lalu meletakkan sesuatu di atas kerusi mamat poyo itu. Benda seperti cecair kuning yang belendir. ' Rasakan nikmat ini Mikaa.. AHAHAHAHHAH!' gelak Alya dengan senyuman jahat. Alya memecahkan satu lagi telur ayam yang diambil dari rumahnya pagi tadi apabila telur yang yang diletakkan dirasakan sikit. 'Sikit sangat nih! tak bagi penangan yang cukup nikmat!'
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomanceAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...