Alya berjalan keluar. Mencari kelibat sahabatnya sorang tuh! Manalah minah ni? Janji tak pernah tepat. Alya duduk di sebuah kerusi di tempat menunggu. Alya berpakaian ringkas, berbaju t-shirt labuh warna putih dan skinny jeans. Tudung yang terlitup di wajahnya menampakkan keayuan dia sebagai wanita melayu.
Kelibat yang dicari dari sejak setengah jam tadi muncul di depannya dengan muka yang tengah mengah. Macam baru berlari 100 km je. Alya hanya menghadiahkan jelingan.
" Sorry Alya. I know im late... " Alya mengangkat tangan, isyarat supaya Asmira diam. Asmira baru sahaja nak menyambung kata-katanya lalu mengeluh apabila melihat muka masam mencuka Alya. Eii minah ni poyo betul la.
"Belanja aku makan, wayang and shopping kat sini" kata Alya tanpa memandang Asmira. Lalu pandangannya dibuang ke wajah sahabatnya itu perlahan-lahan. Keningnya diangkat-angkat . Senyuman nakal terukir di bibirnya. "HAHAHAHAHAH, Yelah!" Alya tersenyum. Rindu yamg membuak menyebabkan marahnya tak boleh berpanjangan. Rindu dia kepada gadis kecik molek ini telah terubat. Lalu mereka terus berdakapan. Alya ni saja je buat drama pagi pagi ni!! hati kecil Asmira mula gelak riang mengikut fizikal mulutnya yang tengah ketawa terbahak-bahak mendengar celoteh Alya.
________
Masa yang singkat bagi Alya dan Mira sememangnya tak cukup untuk jelajah satu London ni. Yelah masa yang diperuntukkan hanya Tiga Hari je?! mana cukup tu!! Tapi hati Alya sebenarnya dah meloncat riang. Masa yang ditunggu-tunggukan akhirnya tiba. Rindu kepada tanah airnya terus membuak-buak. Tapi apa yang pasti dia akan rindukan tanah asing ini. United Kingdom. Banyak yang dia peroleh kat sini dari segi pengetahuan, maklumat dan sejarah tempat itu sendiri. Kawan dia dekat tanah english ni dia akan ingat selalu! Kawannya yang selalu bersamanya ketika dia masih mentah di UK ni. Budaya yang berbeza bukanlah penghalang mereka menjalinkan hubungan persahabatan yang ampuh.
........
Dia dan Mira membawa bagasi mereka memasuki laluan masuk ke kapal terbang apabila pengumuman telah dibuat. Mira melambai-lambai rakan-rakannya. Alya nampak mata Mira merah berair . Mungkin sedih jugak tinggalkan sahabatnya sepanjang dia berasa disini. Macam perasaannya yang berat mahu meninggalkan sahabat karibnya di Scotland. Alya akan ingat diorang semua. Tapi kawan rapat Mira, semuanya perempuan. Alya faham yang Mira memang segan berkawan dengan lelaki. Alya masih tak kenal hati budi kawan Mira. Tapi sepanjang berada disini diorang memang baik melayan karenah aku yang macam-macam ni. Gerutu hati Alya.
Alya dan Mira mengambil flight di Heathrow Airport London. Heathrow Airport ni memang sibuk. Memang padanlah dengan saiznya yang besar gedabak ni! Airport antarabangsa ni merupakan lapangan terbang yang paling sibuk di dunia!
Alya dan Mira memasuki perut kapal terbang itu, mengisi ruangan dalamnya. Mencari tempat duduk lalu berehat sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia...
......
"Alya bangun.." Mira yang masih mengosok-gosok matanya yang mengantuk mengejutkan Alya. Alya merengek manja taknak bangun. Alya masih berdegil taknak bangun. "Alya.. Kita dah nak sampai Malaysia ni. Bangun la" Mira masih cuba mengejutkan Alya. Alya membuka mata. Malaysia? Teruja benar hatinya mendengar nama Negara itu. Haih
Dia mengeliat di bawah jaket lalu membetulkan duduknya. Dia mengosok-gosok matanya. Ngantuk lagi sebenarnya! Dia membuang pandangannya ke luar tingkap kecil. Benarlah kata Mira, dia sekarang berada di atas langit Malaysia. Tersenyum dia sendiri. Terbayangkan kehidupan yang akan dibina disini.
YOU ARE READING
Jika Ditakdirkan Kau Milik Aku!
RomantizmAlya Dannisya ♡ Muka mulus ini membuatkan lelaki itu tak keruan. Yep. First memang benci tapi tak sangka pulak boleh fall in love zaman sekolah macam ni. Cinta Monyet? Yaa.. Maybe. Namun, lelaki itu pindah. Hati dia luluh. Tak sangka 'Dia' sanggup p...