18

2.3K 109 22
                                    


"Faez!!!!...ada apa ni..kenapa datang malam-malam ni...abang kim mana?"soal aku bertubi-tubi sambil aku menjengah mencari kelibat abang kim..tiada...faez tu adik abang kim..

"Abang fie...maaf..datang Tak bagi tau..faez datang ambik barang abang kim.."

"Barang??...barang Apa....kenapa???"

"Abang kim....Abang kim eksiden..dengan lori..ada kat hospital..icu..."cerita faez dalam suara menahan tangis...

Ya allah.....Aku lemah...longlai..hampir-hampir rebah namun sempat di sambut oleh faez...dugaan apa lagi yang menimpa ni..ya allah...sungguh aku tak kuat..janganlah jadi apa-apa pada dia...

"Bila..???..baru petang tadi abang call dia"

"Lepas asar..."

"Ya allah....Feaz...bawa Abang jumpa abang kim..please..."tangis aku makin kuat..dah macam budak-budak..hati aku sungguh risau...

Faez memeluk erat tubuh ku yang sedang meracau-racau..tangisanku semakin menggila...aku Tak senang duduk selagi aku tak lihat keadaan abang kim di depan mata...oh..sayangku...tabah la sayang...

Faez satu-satunya ahli keluarga abang kim yang tahu tentang hubungan kami ...dia yang banyak cover up kami...jadi aku mintak tolong dia sangat-sangat untuk bawa aku jumpa abang kim...



Sampai saja di hospital...faez membawa aku dan zafri ke bilik abang kim di tempatkan...ya...aku ajak zafri sekali sebab aku terlampau sedih dan aku tak boleh nak drive sendiri...mujur zafri sanggup menemani ku...dia pun turut risau sebab abang kim juga adalah kawan baik dia...sepanjang perjalanan aku tidak dapat nengawal diri...tangisan ku susah nak berhenti...aku asyik memikirkan bagaimana keadaan abang kim ketika ini....doa ku moga tidaklah seteruk yang di fikirkan....

Zafri memeluk erat bahuku....dia tahu aku sangat lemah ketika ini...bila-bila masa sahaja aku boleh tumbang sebab aku memang tak dapat nak mengawal kesedihan ku...

Abang kim di tempatkan di unit rawatan rapi..di mana tiada siapa yang dibenarkan masuk untuk melawat..kami hanya di benarkan untuk melihat dia di balik cermin kaca...itu pun sekejap jer..

Ya allah...luluh hatiku di kala melihat tubuh kesayangan ku terbaring lemah di katil dengan wayar-wayar yang berselirat...tak henti-henti air mata ku mengalir...dalam hati tak putus-putus doaku agar kekasih hatiku itu sedar dan kembali senyum pada ku...di sebalik cermin itu..aku memandang tepat pada wajah nya...rindu sungguh aku pada dia...walhal baru beberapa hari dia meninggalkan aku...aku nengusap-ngusap cermin kaca itu seolah-olah aku sedang mengusap wajah bersih nya...lagi deras air mataku mengalir...

Zafri memeluk ku dari belakang...cuba menenangkan perasaan ku ketika ini....aku memandang tepat wajah nya meminta dia faham perasaan ku ketika ini yang terlalu amat pedih dan perit melihat orang yang di sayang terlantar lemah...dan paling perit aku tak dapat nak pegang dan peluk dia...

Aku menangis teresak-esak dalam pelukan zafri...faez hanya memerhatikan kami....air mata nya juga tidak henti-henti mengalir sejak tadi...cuma tidak teresak seperti ku...aku tahu abang kim adalah abang yang paling dia sayang walau dia ada seorang lagi abang...sebab dia pernah bagi tahu aku...Abang kim lah yang banyak tolong dia apabila dia berada dalam kesusahan...dia banyak berkongsi cerita dan masalah dengan abang kim...jadi..kejadian ini amat terkesan baginya...

Keluarga abang kim tidak berada di situ...sedang menunggu di luar barangkali...mereka pun tak sanggup nak melihat keadaan abang kim...hanya kami bertiga di sini...ada la beberapa nurse yang sedang memantau keadaan abang kim...

Zafri dan faez mengajak aku keluar...aku tak nak...tak sanggup aku nak tinggalkan kesayangan ku keseorangan di situ...kalau boleh...sepanjang masa aku nak bersama dia...biar bila dia buka mata akulah insan pertama yang dia lihat..tapi ketika ini..aku hanya dapat melihat dia dari jauh...

CINTA BERSATUWhere stories live. Discover now