19

2.2K 107 27
                                    



....

Selepas seminggu ditempatkan di wad icu...keadaan abang kim semakin stabil dan mula dipindahkan ke wad biasa...dia pun dah mula sedar...dah boleh bergerak sikit-sikit...hari kedua baru dia mula sedarkan diri...walaupun aku bukanlah yang pertama dia lihat ketika dia mula sedar....namun aku bersyukur kerana dia masih dapat cam aku...abang kim masih lagi bergantung dengan alat bantuan pernafasan...

Setiap hari aku akan melawat abang kim dan bersembang dengan dia..walau dia tak dapat membalas nya....ada saja yang aku bercerita dengan dia...dia hanya mendengar dan menatap mataku....zafri tetap setia menemani ku...sentiasa memberi semangat untuk ku

Sepanjang keberadaan abang kim di hospital...zafri ajak aku tinggal dengan dia...dia risaukan keadaan aku yang dah tak terurus ni...sampaikan makan pun..kalau tak di suruh aku tak kan makan...puas jugak zaf pujuk aku untuk makan...selera aku memang mati terus...selamat la daddy aku tak tahu keadaan anak bujang dia ni...berat badan aku pun dah susut banyak...

Keadaan aku kat sekolah jugak sama...banyak kerja ku terbengkalai...kadang tu zaf yang tolong siapkan..buku rekod mengajar aku jugak zaf yang tolong tulis kalau aku tak siapkan...mujurlah sekarang dah di minggu-minggu akhir persekolahan...pelajar-pelajar banyak terlibat dengan aktiviti yang telah di rancang oleh pihak sekolah...aku hanya bertindak untuk mengawal pelajar saja...tu pun aku buat tak endah saja..selamat la pelajar di sini sangat berdisiplin

"Fie...kalau la abang kim tengok keadaan awak sekarang ni..macam mana dia rasa ye?" tanya zafri pada suatu hari

Aku hanya membatukan diri dan terus melayan perasaan

"Hei fie...abang kim tu hidup lagi la...yang kau nak p siksa diri kenapa??..."tersentak aku bila mendengar zafri bercakap begitu..

"Berani awak cakap abang kim macam tu.."aku dah berang...aku cekak leher baju dia..dah sedia nak tumbuk muka dia...aku tengah sedih lagi dia cakap macam tu...

"Sorry fie..saya sayang awak...saya tak nak tengok awak siksa diri macam ni...abang kim ada lagi...dan dia akan sembuh...percayalah...tapi awak harus kuat dan bagi semangat pada dia untuk terus hidup...tapi awak terus layan perasaan sedih awak sampai menyiksa diri...saya tengok sekarang ni awak yang perlu di rawat. "

Aku terharu mendengar betapa dia ikhlas untuk aku bersama abang kim...dia sanggup korbankan perasaan dia....aku lepaskan baju dia..aku peluk dia sambil menangis...lama aku begitu...

"Saya sayang dia sangat...saya tak sanggup tengok dia dalam keadaan macam tu..."aku berkata setelah perasaan ku kembali reda...tapi masih ada esak tangis...

"Ya saya tahu..tapi bukan dengan bertindak macam ni..kalau dia tahu keadaan sebenar awak macam ni..tentu dia pun turut sedih..dan dia pun tiada semangat untuk terus hidup...sebagai insan yang dia sayang...awak harus tunjukkan bahawa awak amat perlukan dia di sisi awak..."nasihat itu sedikit sebanyak masuk jugak dalam kepala otak aku..

Ya...sememangnya betul kata zafri tu...aku jer yang terlalu ikut kan perasaan..aku tak boleh kawal perasaan bila tengok orang yang aku sayang dalam keadaan begitu...aku rindu kan dia...aku rindu sangat...

Aku tak mampu nak jaga dia..setiap hari aku melawat dia..tapi tiada apa yang dapat aku buat untuk bantu dia..kalau boleh aku nak berada di samping dia...berbual setiap hari dengan dia....menguruskan keperluan dia...apa saja tentang dia...tapi...siapa lah aku...

Setiap hari mesti keluarga abang kim ada...kalau dah setiap hari aku p...mesti depa pun akan fikir lain...aku hanya dapat bermesra dengan abang kim...bila ada faez jer...aku pernah mintak izin untuk jaga abang kim...tapi keluarga nya menolak dengan alasan tak mau menyusahkan orang lain....tidak....aku bukan orang lain...aku kekasih dia...aku kesayangan dia...

CINTA BERSATUWhere stories live. Discover now